Selasa, Jun 29, 2010

Kuasa Allah, tak ada manusia yg boleh halang

"salam eby..Akak harap eby,mak n family tabah dan kuat hadapi ujian ni..Rajin2 baca Al-Quran, smg Allah berikan ketabahan, kesabaran n kesembuhan..Minta selalu dengan Allah..Doa akak sentiasa bersama eby n family..Kuatkan semangat ek.."

semalam, Dr.Mokhtar dr KMC sahkan my emak ada kanser pangkal rahim. saiznya lebih besar sikit dr bola tenis.

Alhamdulillah.

Semoga aku redha dengan Qada' dan Qadar-Mu Ya Rabbi.


217
Ward Mamkmur
KMC
8.15 pm

Ahad, Jun 13, 2010

enaf means stop lah

kite semua yakin atau x pd janji Allah?

Allah janji yg baik akan di balas baik, yg jahat akan dibalas setimpal dgn perbuatannya.

tp rata2, yg sy nampak, kite manusia terlalu cepat menghukum. dh mcm nk amik alih tugas Allah dh dan para malaikat dh.

cnth 1:
bila suami curang, ade girlfriend lg muda dan cun melecun, si isteri pun nk tunjuk dia xkalah, die pun mekap cun2, cucuk sane, buang lemak sini, bwk kete sporty, dpt 'anak ikan'.

cnth 2:
kes bunuh si A di mahkamah dibicarakan. tertuduh,si B di bebaskan krn tiada bukti yg kukuh, keluarga si A xpuas hati. xpuas hati ngan sistem perundangan yg xtelus. xpuas hati ngan polis yg dikatakn 'makan'. lg hebat dia yg nk hukum si A tu pandai2 sendiri.

cnth 3:
dendam. hr ni org buat kt die, esok luse, bile ade peluang, die balas balik kt org tu. org tu makin xpuas hati, die buat plan lg nk balas semula. ish2..xkn berhenti bende ni...

sampai bila?


sbb kalu kita kaya, bnyk wang, harta menggunung, bolehlah diwariskan pd anak cucu 7 keturunan.

kalu wang xada, takkan nk wariskan dendam? kalu si anak xdapat nk tunaikan, nk disampaikan pada cucunya pula?

sampai bila?

we have to know when we should stop beating a dead horse.

enaf is enaf!

Allah tu Maha Adil. sabarlah. percayalah pd janji Allah.

Sabtu, Jun 12, 2010

lelaki itu complicated atau perempuan yg xfaham kaum Adam?

org lelaki berbeza drpd orang perempuan dalam bnyk aspek.

dan kadang2 they like to complicate things yg easy.

such as:

1) takkan say 'No' straight away in front of the face of their wife when they dislike or they dont want to buy the things that their wife asked for.

cara penyelesaian: main politik, buat sampai si isteri xjd beli bende tu.

2) ini di petik dr filem The Shaggy Dog, si anak xsuka main baseball tapi xpernah ckp perkara yg sebanar pd ayahnya.

cara penyelesaian: si anak dgn sengaja mahu merendahkan markah exam supaya ayahnya akan melarangnya dari terus bermain baseball krn merasakan pelajaran anaknya terganggu krn asyik dgn baseball.

3)bila dh ter'kick' dr universiti, mereka takkan beritahu mak dan ayah mahupun balik ke kampung. malahan, nk cr kerja. xmahu beritahu dgn alasan xmahu menyusahkan sesiapa.

cara penyelesaian: kantoi jugak setelah beberapa lama. mak ayah terkejut dan sedih.

4) xckp straight forward bila mahu si isteri buat sesuatu. bg hint2 supaya si isteri buat. atau buat muka... atau ckp menggunakan ayat2 yg berbunyi xmemaksa tp cuma meminta.

cara penyelesaian: isteri kene faham language suami dan ikut kan aje...

5) cakap xserupa bikin. awal2 janji A, bile dh sampai masa, jd B.

cara penyelesaian: hantar sy balik rumah mak sy skrg jugak! kata si isteri.



:)

well, women are from mars and men are from venus.
tp mcm magnet kn, yg menyebabkan 2 kutub berbeza ni bertemu dan melekat.

jd, hey gents, is it any of the above true?

Rabu, Jun 09, 2010

kenapa lelaki Muslim boleh berkahwin 4 isteri?

despite all the poligamy problems and issues that faced by our org Melayu di Malaysia skrg ni, pernah tak terfikir kenapa Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri?

kenapa ya?

oleh kerana sy adalah salah seorang anak di dunia ini yg lahir dr keluarga berpoligami, sy tertanya2 soalan ni.

Allahyarham Ahmed Deedat gave me the answers. Thanks to the technology. :)

sy jumpa jawapannya. sila klik sini.

video yg lain, juga boleh lihat yg ini. sila klik yg ini pula.

Khamis, Jun 03, 2010

realiti itu pahit tuk ditelan

untuk isteri yg setia dan sayang pada suaminya,

siapa yang suka dan mahu dimadukan?

sila angkat tangan.




















ada?

xkan ada lah.

ini realiti. mana ada isteri yang mahu dimadukan.

tp, skrg bnyk yg jd poligami.
ini juga realiti.

perit, pahit, macam mana sekalipun, telan juga.

jd, bila dh terpaksa telan pahit poligami, boleh x sila berfikiran rasional?

maaf wahai isteri2 pertama. sy bukan nk meng'generalized'kan bahawa semua isteri pertama tidak berfikiran rasional.

tidak sama sekali.

tiada siapa yg dpt faham peritnya hidup rs dikhianati setelah berbagai pengorbanan yg dilakukan, hanya kamu seorang, wahai isteri yg setia.

cuma yg diminta, jgn dilupa anak2 kamu juga turut serta menari tari yg kamu lagukan. ( dlm erti kata yg lain, anak2 kamu turut dpt tempias derita pahit poligami)

kenapa?

apakah?

situasi 1:

walau bnyk manapun marahnya kamu pd suamimu, jgn di ajar anak2 membenci atau menceritakan buruk hodoh ayah mereka.
itu berdosa.
tindakan suami bernikah sekali lg bukan dosa.
tp tindakan kamu menghasut adalah dosa.

perit terima kenyataan ini?

ini realiti.

situasi 2:

walau terluka hati dikhianati, usah dilafaz minta diceraikan.
itu berdosa.
tindakan suami bernikah sekali lg bukan dosa.
tp tindakan kamu meminta cerai adalah dosa.

perit kn?

ini realiti.

situasi 3:

suamimu x dtg menjenguk, xdiberi wang perbelanjaan yg mencukupi, lalu kamu bertindak menghalang suami bertemu anak2mu.
itu berdosa.
tindakan suami bernikah sekali lg bukan dosa.
tp tindakan kamu menafikan yg hak adalah dosa.

perit kn?

ini realiti.

situasi 4:

kamu merajuk dengan anak2mu apabila melihat kemesraan anak2mu bersama madumu.
kamu marah2, lalu menangis. krn yg terluka akhirnya, adalah kamu.
lalu kamu rskan anak2mu telah derhaka kerana membuatkan kamu menitiskan air mata.

hurmm...

sungguh





ini










sangat

















penat.


pangkat anak itu sgt fragile.
anak itu WAJIB menghormati dan menyayangi kedua2 ibubapanya.
walau ada ibu tiri, sama dosa dan pahala sprt apa yg anak perbuat pd ibu kandungnya sendiri.

doa untuk kedua ibu bapa, adalah doa yg patut dibaca oleh setiap anak apabila selesai solat. doa yg mustajab itu tetap mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa, bukan hanya ibu. atau bukan hanya untuk bapa.

tidak ada tertulis dlm kitabullah bahawa anak dibenarkan menderhaka pd ayah yg berpoligami.

tidak ada.

turutilah selagi tidak melanggar syariat Islam.


anak itu ada tanggungjawabnya yg dipikul.

yg akan dipersoalkan di kala matahari jauhnya sejengkal cuma dr ubun2.

wahai suami, wahai ayah, nikahlah sebanyak mana yg kamu mahu. jgn dilupa tanggungjawabmu, krn kamu juga akan dipersoalkan tindak tandukmu sewaktu hidup.

wahai isteri, biarkanlah, jangan dihalang. ingatlah Islam sentiasa meninggikan darjat seorang ibu. memuliakan wanita yg digelar ibu. krn itulah syurga anak2mu di bawah tapak kakimu. :)

wahai anak, kamu pangkatnya paling rendah, ikutlah pesan Rasulullah.
Hadith Rasulullah SAW
Siapa yg lebih utama tuk aku layani?
yg pertama: ibumu
yg kedua:ibumu
yg ketiga ibumu
dan
keempat: bapamu.

:)

Allah Maha Adil wahai isteri2.













Allah Maha Adil.