Jumaat, Jun 22, 2018

22.06

Pagi ni aku dapat bithday notification dari FB.

Harini ulangtahun kelahiran Mak.

Satu perasaan yang susah untuk diluahkan dengan kata-kata.
Seperti biasa, air mata saja yang bisa berbicara.

5 tahun lepas, hingga sekarang, aku masih rindukan Mak.

Ebby sayang Mak.
Al-fatihah.

Aidilfitri 2018

Salam Aidilfitri 2018.

Semua kasih sayang-Nya yang memberkati kami adalah rahmat.

Semoga ianya terus membuatkan kami belajar untuk terus bersyukur pada-Mu Allah.
Terima kasih untuk tahun ini.

Jumaat, Februari 23, 2018

kenang dan rindu


Tuceng.

Tuceng dah balik kepada-Nya hari Isnin minggu ni.
Atas riba aku.
Pukul 11.00 malam macam tu.
Mimin tengah kerja, called.
Dan, kami sama-sama menangis.
Sama macam malam Mak pergi.

Jadi, malam tu jugak, Ayep mengorek tanah bawah pokok kat tepi rumah tanam Tuceng.
Aku dan Fyda mandikan Tuceng yang kotor sebab muntah dia yang melambak.

Dalam pukul 12 tengah malam, Tuceng dikebumikan.

Satu kesedihan yang tak dapat aku nak tahan.
Hidung aku tersumbat.
Kepala aku sakit.
Air mata tak dapat tahan sikitpun.
Turun macam air terjun.

Lepas tu, kami bersihkan toto yang Tuceng muntah dan masuk tidur.

Aku tak tahu pukul berapa aku tidur.
Aku tak boleh tidur sebab semuanya jadi cepat sangat.
Bukan senang-senang boleh mengantuk,
lepas tu tidor.


Bangun pagi Selasa,
emosi aku lembik.
Aku tengok cermin, mata aku bengkak 2 2.
Jadi, aku pun mesej bos cakap aku EL.

Tuceng,
boleh cerita yang baik tak tentang kami pada Tuhan?

Tuceng,
Auntie B sayang Tuceng.

Babai Tuceng,
Kita jumpa lagi satu hari nanti.

Isnin, Februari 19, 2018

video workout satu


Aku nak share kat sini, video yang aku downlod dari internet khusus untuk orang noob yang nak exercise macam aku.

Video ni best sebab step dia mudah tapi cukup memberi kesan pada peha aku.
haha.

in case, koram takda masa nak pergi gym,
boleh buat yang ni kat rumah.

all the best uols!

lirik Nama Yang Kau Lupa

Dari kejauhan engkau ku perhatikan dirimu kesepian
Tanpa persoalan tanpa pertanyaan wajahmu kemuraman

Kau bisikan semula nama yang engkau lupa
Tika diri di puncak sana
Kau tanya kan semula
Cintaku yang ke mana
Hilang antara sejuta bintang

Memaksa diri dalam mimpi
Berharap aku hadir bersama
Memaksa diri dalam rindu
Berharap aku masih seperti dulu
Yang dulu

(gitar solo)

Kau bisikan semula
Nama yang engkau lupa
Tika diri di puncak sana
Kau tanya kan semula
Cintaku yang ke mana
Hilang antara sejuta bintang

Memaksa diri dalam mimpi
Berharap aku hadir bersama
Memaksa diri dalam rindu
Berharap aku masih seperti dulu

Padamkan saja parut luka
Masa yang tak berputar semula
Pendamkan saja resah itu
Berjalan waktu ini lebur dirimu
Dirimu

Album Search terbaru - Nama Yang Kau Lupa

Search - Nama Yang Kau Lupa


satu kesedihan.
yang indah diiramakan.

maafkan aku Tuhan. 

Jumaat, Februari 16, 2018

aku benci betul bila...

Semalam, balik dari opis, sebelum sampai rumah, aku singgah mamak, sebab nak makan capati.
capati kat situ memang sedap.
lembut.

lepas aku basuh tangan, aku duduk kat satu meja yang paling strategik iaitu, bawah kipas. haha.

masa aku baru nak duduk, aku dah nampak ade sorang lelaki tengok aku.
aku buat dono.
tapi dia masih tengok aku lagi.

masa tu aku tengok depan orang lelaki tu ada orang perempuan, yang mana aku assume itu adalah isteri dia.

aku benci betul..

harini, sebelum pergi IKEA dengan adik-beradik aku, kitaorang makan kat mamak yang lain. ade jugak aku sedar yang sorang lelaki ni tengok aku.
dia perati yang mata tak kelip tu.
dan kat meja dia ada jugak orang perempuan dan budak kecik yang aku assume isteri dan anak-anak dia.

aku benci betul..


benda macam ni dah lame dan banyak kali aku kena.
boring betul.

haih...
untuk kedamaian hidup aku semasa makan di mamak lepas ni, aku memang kena tukar seat kalau ade orang lelaki mate tak reti nak jage ni. tak respect isteri langsung.

kalau aku nak salahkan orang lelaki yang tak pandai jaga pandangan mate,
salah tak?

aku datang mamak pakai baju dengan seluar elok-elok kot.
takkan aku pulak yang salah.
aku datang mamak makan capati kot.
kalau aku nak makan kat mamak, jadi salah ke?
kena bungkus je?

letih fikir.
benci betul aku.