Ahad, Mac 27, 2011

say NO to these kind of rubbish

dicedok dari sini

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh.

Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram.

Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).

Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

wish to step in


kaki berdiri
mata menatap
tangan menadah

mengharap~~

extremely important reminder sebelum buat loan

buat loan yang paling kritikal dulu.

contoh: loan rumah dulu berbanding loan asb.
sbb bank kalu tgk monthly komitmen terlalu tinggi, mungkin xapproved loan rumah.

especially tuk org yg ade loan ngan PTPTN, loan kereta..

think b4 u make loan.

hahah

futnot:thanks to afiq for the info.

Sabtu, Mac 26, 2011

sebelum Allah turunkan bala ke atas negara kita, marilah bantu selesaikan kes buang bayi

saya tak tahu apa sebenarnya dalam fikiran ibu2 yg telah membuang bayinya.

saya harap saya tahu dan mudah untuk membantu.

saya berfikir2 sendiri. mungkin sebab utama bayi itu dibuang adalah kerana TAKUT.

takut akan dibuang keluarga.
takut dihina masyarakat.
takut hidup susah membesarkan anak kecil.
takut tiada sesiapa yg hendakkan dia lg berstatuskan ibu tunggal beranak luar nikah.

ntah la, takut apa lagi.

saya mahu mereka tahu, jadi seorang ibu itu sangat indah.
saya masih belum berezeki berkahwin, belum merasa mengandung indah 9 bulan, belum merasa perit melahirkan, belum bisa memeluk si kecil di dalam pangkuan sambil mencium ubun2nya, belum itu, belum ini, belum segala2nya.
tp saya tahu yang saya pasti tentang satu perkara. saya sayangkan my emak dan saya tahu indahnya menjadi seorang ibu. itulah kurniaan Allah yg paling agung pada insan yang terpilih sahaja. sedia maklumlah bahawa ada insan yang sudah berkahwin berpuluh2 tahun, masih belum punya anak biologi mereka sendiri.

jangan kufur dengan nikmat Allah. anak itu anugerah. ada hikmah-Nya.

jangan terlalu takut dengan perasaan TAKUT. indahnya menjadi ibu itu terlalulah agung sehingga tak akan terjadi kudis langsung buat kamu kalu dipandang hina masyarakat.

(nota penting: di sini, saya tidak berniat merendah2kan darjat seorang bapa)

indahnya menjadi ibu, bukan setakat yang kau nampak di hadapan mata.
mengandung.
melahirkan.
bg minum susu.
basuh ken.... dan be...
belikan mainan
belikan baju
masak hari2
jaga masa kamu sakit.
sekolahkan kamu sampai besar.

semua itu nampak mudah, bila disebut.
nampak bosan, kerana dibuat hari2.
tiada yg istimewa kerana semua ibu pun buat perkara yang sama

cinta ikhlas dari seorang ibu itu....

terlalu luas.

ibu merotan, kamu dibelasah sampai lembik, itu tetap kerana sayang.
ibu membebel sampai kamu naik bosan, itu tetap kerana sayang.
ibu kamu tinggalkan kamu untuk pergi bekerja, itu semua kerana sayang.

saya mengidamkan satu channel untuk menyalurkan cinta ibu2 di seluruh dunia. boleh jadi satu muvi, satu blog, satu series, satu buku, satu website, satu t-shirt...apa2 ajelah.

asalkan kecantikkan kasih sayang ibu dari seluruh dunia itu dapat sampai kepada insan2 yg sepatutnya mengetahuinya.
agar hati mereka tidak takut lagi menjadi ibu.
agar mereka bisa menyusun bilah sejarah kasih sayang pengalaman menjadi ibu.

yg paling penting, agar tiada lagi anak2 tong sampah.

please, anak itu anugerah.

taf girl!


movie title: Ever After A Cinderella Story lakonan Drew Barrymore and Dougray Scott.

ini filem yg di 'inspired' dari cerita dongeng Cinderella. tapi ini cerita Cinderella yg lebih logik. lebih realiti. no fantasi2...no magic pumpkim yg boleh tukar jadi kereta kuda. no no no...

inilah cerita yg saya tabik spring. dan saya kagum dengan ke'taf'an Daniella. i wish i can be as 'taf' as she throughout the movie.

buat semua girl outside there, whatever bad thing happen, we must not give up! be taf! xde maknenyer lembik2 ni. sikit2 nangis. sikit2 nk mengadu. bile org xlayan, nk merajuk.

XDE MAKNENYER!!!!

org pun bosan nak layan air mata yg xabis2 mcm dlm series Indon. muak! muak! dan muak!

berhenti buat org muak dgn anda, buatlah org kagum dengan ketabahan anda. :)


saya jatuh cinta pandang pertama pada long dress ini~~

pisau cukur


another 1, antara muvi2 yg sy suka. ada mesej. dan of course, sy paling tabik pd penulis skripnyer, Rafidah Abdullah. :) u r so brilliant girl!

kalu di tengok sekali imbas pd poster ni, mmg rs xde faedahlah tgk cerita ni. buat apa nk tgk 2 org perempuan gedik kn....well, peribahasa berkata "tak kenal, maka tak cinta".

filem melayu yang ini, ade mesej. bukan kosong, bukan sekadar lawak berdekah2.

saya berharap sesangat pemikiran penerbit2 filem di malaysia ni makin matang dan pilih cerita yg terbaik sblm dibuat filem. please, mari kita capai no rubbish! and no plastic!

dan, mari kita capai sifar pisau cukur! haha...

Rabu, Mac 23, 2011

utopia

saya dan adik menonton wayang2 iklan raya oleh Petronas di youtube. yg secara langsungnya kebanyakkannya di ideakan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad.

how can i picture her ideas?

pengisian yang pendek tapi mendalam.

buat saya nampak yang hidup ini lebih dari apa yang saya nampak.
lebih dari apa yang saya tahu.
lebih dari apa yang saya rasa saya tahu.
segala2nya lebih..

i was thinking how can she be so brilliant?
how she can touched our heart with hers?

sadly to say, iklan deepa raya, kongsi raya arwah lebih 1Malaysia daripada mana2 iklan 1Malaysia yg ada di dalam tv kini. iklan2 1Malaysia yg klise itu buat saya nk muntah. plastik! rubbish! dan anak2 kecil kita dipertontonkan plastik.

saya sedang marah. saya sedang marah pada timbunan rubbish pengisian di tv kita sekarang.
1) cerita seram yang tak sudah
2) series Indonesia yg episodnya melarat2
3) realiti show yg mengloloskan poket penonton
4) iklan 1Malaysia yang plastik
5) cnjdhcfdhjhklcddukopojhg

saya tak mahu ber'kritik' lagi.

Selasa, Mac 22, 2011

127 hours

Tag line movi ini:
THERE IS NO FORCE ON EARTH MORE POWERFUL THAN THE WILL TO LIVE

unfortunately, saya tak dapat menonton muvi ini di wayang, mujur mimin dah donlod.
firstly, muvi ini sangat inspiring. really!
secondly, muvi ini ade jugak since yg ganas. jd, budak kecik xdigalakkan tgk part yg itu.
since yg die potong tangan tu, betul2 buat sy rs nk muntah. tak apa. itu maknenyer filem ini mmg sangat berjaya...mcm real.
mari teruskan hidup~~

Selasa, Mac 01, 2011

Di sebalik tabir Syukur 6

bersawang.

puh! puh! puh!

nk cerita psal Syukur 6 pun rasenye dah cam basi. tp ini cerita kami. tentang Syukur 6 kami.

My emak dh tamat 6 cycle of chemotheraphy treatment.
Mimin bakal ke negara Sin Chan tuk menuntut ilmu.
Nuren Arieana turn to 4 years.
Abg Adi turn 32 years.
Ayep kemenangan di Flying Superstar.
Rumah kami.

Saya berharap menjadi Syukur 7 tapi xkesampaian. belum ada rezeki lg. harap a. adi dan k.ani tabah.
:)

Saya melihat dengan mata kasar, jadi, kita manusia bisa membilang satu per satu nikmat2, anugerah2, rezeki2 yang diberi Allah Yang Maha Agung.

tp realitinya, tiada siapa di dunia ini yg dapat membilangnya, apatah lagi menyebutkan satu per satu hadiah dr langit selama hidup mereka.

mungkin kita akan jadi sangat cekap dalam mengumpul sesak hidup, corot, compang campingnya baju di badan kita sendiri berbanding menilai permata yang di depan mata.
cara yang paling selalu kita lakukan, memandang dongak indah istana orang lain yang di rasa tak setanding dengan pondok buruk milik kita.

berulang kali udah saya katakan bahawa Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Penyayang.

Minta janganlah menjadikan Syukur 6 kami sebagai indah2 belaka. jangan jadikan ini perbandingan dengan syukur2 yang dimiliki kalian.

Tidak mudah untuk kami mencapai apa yang kami capai sekarang. saya ulangi, TIDAK MUDAH!

Untuk saya coretkan satu persatu cerita gelap itu, tak sampai tangan ini. terlalu perit. saya tidak mahu kembali ke masa itu lagi. NOT EVEN IN DREAM.

cukuplah saya katakan, kami berkorban duit, masa, tenaga, air mata. dan Allah akan balas yang setimpal dengan usaha kalian.

cerita hidup kami tidak terhenti di sini. semuanya belum pernah ada kepastian.

My emak perlu sentiasa di pantau. sel2 tumor itu boleh kembali semula. kali ini ia mgkn boleh menyerang organ lain pula.

Mimin bakal duduk di kepulauan yang terdedah risiko gempa bumi itu selama 4 tahun setengah.

dan lagi ketidakpastian..


*senyum*

tiada siapa akan tahu masa hadapan, tetapi tolong jangan takut untuk menghadapinya. mesti berani. yakinlah yang Allah sentiasa ada di sisi kalian.

Ya Allah, jangan jauhi aku bila aku menjauh. panggillah aku...

*senyum pahit*