16 Januari 2013
Saya pulang dari kerja jam 11 pagi. Amma minta pada saya dibawa ke hospital besar untuk diadmit ke ward. kata Amma, dia dah tak tahan semput. mungkin perlukan bantuan oksigen. Amma sendiri menelefon Prof Mokhtar dan minta dimasukkan ke ward.
3.00 ptg
Saya, Amma dan Mektam berjumpa dengan doktor di klinik OnG. setelah membuat pemeriksaan dan bertanya serba sedikit pada Amma, urusan admit ke ward pun dibuat.
Amma dan Mektam ke ward terus sementara saya membawa dokumen ke bahagian pendaftaran.
Qabla 'Asr
selesai semua urusan, saya pun duduk bersama Amma sambil meng'sms' berita kemasukkan Amma ke ward pd adik beradik dan sedara terdekat.
6.00 ptg
Saya mengikut Mektam pulang untuk mengambil barang2 keperluan Amma sementara Amma ditunggu oleh A.Adi dan K.Ani.
Ayep sampai bersama bed chair dan dgn iPhonenye dapatlah Mimin di Jepun melihat keadaan Amma melalui skype. Ayep berbisik dengan saya samada perlu menyuruh mimin pulang atau tidak...saya katakan xperlu.
di solat Maghrib, saya menangis meraung melepaskan lelah, sedih, takut, risau dan macam2 lagi perasaan saya pada Allah. Selepas itu, barulah hilang sejuk ditangan dan kaki saya. barulah fikiran saya selamat dari fifkiran2 negatif seperti "Amma akan dibedah lagi. atau Amma akan meninggal".
8.30 mlm
saya selamat sampai dan malam itu tidur di atas bed chair di sebelah Amma. Amma masih sukar untuk tidur akibat semput namun Amma sangat kasihan saya. hanya beberapa kali Amma mengejutkan saya mlm itu.
17 januari 2013
Kami ternanti2 doktor datang untuk buat pemeriksaan agar dapatlah diberitahu punca dan langkah perubatannya. Tapi, jawapannya agak kabur. Kurang CO² katanya. Doktor mahukan Echo jantung dilakukan. Lalu kami menunggu kerana katanya ptg akan dibawa peralatan itu.
Tapi, sampai ke petang tiada sesiapa yang tiba. Saya lihat kehampaan di wajah Amma. Tapi, saya tahu yang ini adalah hospital kerajaan..kita tak boleh expect layanan yang secepat hospital swasta.
1.00 ptg
Auntie Miah datang bawa bubur nasi seperti di request Amma. tapi Amma makan sikit je. Auntie urut Amma dengan penuh kasih syg. saya terharu yang Amma ada kakak yang sebaik itu, kerana belum tentu saya akan dapat yang sama apabila saya tua kelak. Abah Ktn dan Mak Long pun ada. inilah kebiasaannya seperti saya menjaga di 2010 dulu. keberadaan Mak Long menemani Amma, membolehkan saya membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor.
5.00 ptg
Amma menyebut2 nama Auntie.
"Miah....Miah....Auntie Miah tak datang ke Ebby?"
melihatkan Amma menyebut2 Auntie, saya pun menelefon Auntie. Walaupun mulanya Auntie tak berniat untuk datang, tapi setelah saya beritahu Amma menyebut2 nama Auntie, Auntie datang jugak.
lainnya Amma kali ni, menyebut2 nama org yang disayangnya.
Auntie Miah.
Atuk.
Abg Syam.
Mimin.
Keadaan ptg tu sangat melankolik. Atuk sendiri menangis melihatkan keadaan Amma.
pada mulanya keadaan Amma beransur tenang. Amma dapat tidur dalam 2 jam. itulah tidur Amma yang tenang yang terakhir. semput Amma makin menjadi2. Amma jadi stress akibat restless. Amma tak boleh tidur, tak boleh baring, tak boleh duduk. semua serba serbi tak kena buat Amma.
malamnya, kumpulan doktor2 pakar berbincang sesama mereka dengan keadaan Amma. Lalu mereka berbincang dengan kami adik beradik untuk memberi Amma bantuan pernafasan. kami diterangkan risiko2 proses ini, dan consequencesnya.
apabila mendengar perbincangan kami, akhirnya Amma sendiri bersetuju untuk menggunakan bantuan pernafasan itu. Sementara dokor2 dan pakar bius mempersiapkan kerja2 mereka, saya menelefon yang lain agar sempat berjumpa dengan Amma.
kasihan mimin, dia hanya mampu menangis di depan skrin komputer mendengar wasiat Amma.
11.00 mlm
selesai operasi Intubation. malam itu malam paling sunyi.
tiada lagi saya dengar suara Amma.
Amma pun tak memandang saya lagi.
tangannya tak lagi memegang tangan saya.
18hb Januari 2013.
ramai sahabat Amma yang sama bekerja di KMC dulu datang melawat Amma. penuh ward teratai 2c dengan pelawat2. sungguh tragis dan melankolik.
saudara mara dari KL, Kelantan, Johor. Kedah semuanya tiba. Alhamdulillah Mimin pun selamat sampai pada maghribnyer.
Amma sungguh bertuah. sungguh ramai kunjungan dan tak putus doa untuk Amma. Bacaan Yaasin pun bertalu2 untuk Amma.
19hb januari 2013
12.00 mlm
saya dan mimin yang menemani Amma di hospital. Abah tidur di luar.
yang lain2 saya suruhkan mereka pulang. berehat.
2.50 pagi.
Staffnurse mengejutkan saya yang tidur.
"Dik dik.. banngun...tengok BP mak awak dah tak boleh baca. heart beat pun tinggal 46 je"
saya terkulat2, terpinga2..melihatkan ke arah mesin jantung itu.
saya kejutkan Mimin, waktu tuh heart beat Amma sudah jatuh ke 42.
dan apa yang saya lihat selepas itu hanyalah satu garis lurus.
Mimin terpinga2.
Saya berdebar, saya berlari kejutkan abah yang tidur di luar.
Innalillah hiwainna ilaihiraji'un.
"Mak dah tak de" kata abah.
Saya tenung jasad mak yang dah tak benyawa.
hancur luluh.
yatimlah saya sekarang.
terlunas janji Allah.
kemudian datanglah nurse dan doktor, serta pakar bius datang untuk mencabut mesin bantuan pernafasan.
saya dan Mimin berundur memberi ruang mereka membuat kerjaan mereka.
Kami ke balkoni.
Kami menangis sambil merenung langit malam.
bagi saya langit malam itu indah.
Al-Fatihah.
Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama2 dengan hamba-Nya yang soleh.
Amin Ya Rabb.