Sabtu, April 27, 2013

yang penting doa

Jumaat haritu,
saya ber'pillow talk' dengan budak 6 tahun.
dia tanya tentang Mekah, Kaabah, Madinah...

saya tanya dia
" Zidane nak pergi umrah?"

si dia senyum malu-malu dan angguk.
"nak"



*senyum*

betapa bertuahnya budak kecil ni.
saya sedang umur macam ni dulu kala,
jangankan niat nak pergi umrah,
tak kenal pun Kaabah tu apa.


ini peringatan untuk saya.
InsyaAllah kalau saya diberi rezeki berkahwin,
diberi rezeki mempunyai anak sendiri,
saya mesti mendidik anak saya ke jalan Allah.
InsyaAllah.


*senyum*




saya nak kongsi di sini,
kalaulah anda semua ada teringin hendak menunaikan umrah,
doakan tanpa putus.
harapkan dalam hati sungguh-sungguh.

tak ada baget, tak apa.
doa saja.

tak ada mahram, kena cari.
doa lah hari-hari.



ini kisah saya.
sewaktu Amma selesai operation pada May 2010 dulu,
Amma niat nak menunaikan umrah setelah sehat dari chemotheraphy yang terakhir.


takdir Allah sangat besar,
jemputan datang untuk menjadi tetamu-Nya pada 4 Februari 2013,
namun, hajat Amma tak kesampaian.
Amma pergi pada 16 hari sebelum tarikh penerbangan.

saya berseorangan membawa hajat kami bersama.
tapi itu bukan kisahnya.


saya ini penganggur.
kerja yang pernah saya buat adalah bekerja di restoran McDonald's dan
bekerja di stesen minyak.

xcukup nak simpan duit untuk ke umrah.
sedangkan hutang PTPTN, masih berlambak-lambak tertunggak.


setiap kali saya memandang gambar Kaabah,
hati saya sebak.

setiap kali saya mengetahui sesiapa sahaja menunaikan umrah,
hati saya cemburu.

saya mohonkan pada orang yang tak saya kenal,
dan orang itu pun tak kenal saya,
saya mohon dia doakan supaya saya pun dapat ke sana.


saya layari website astro, mencari-cari ruang untuk menghantar surat pada program
Jemputan Umrah.




*senyum*



secara mudahnya,
hendaklah niat di hati untuk membuat umrah dengan selok seselok seloknye.

ok?
faham maksud selok?

selok = beria-ria
selok= bersungguh-sungguh



setelah beberapa masa dengan perasaan selok,
akhirnya Allah perkenankan doa saya.



cara Allah memberi kad jemputan kami untuk ke sana bermula begini:
seorang dermawan bersetuju memberi sejumlah dari rezekinya kepada kami berdua untuk menunaikan umrah.

di saat dermawan itu meluahkan hasratnya,
saya dan Amma terus menitiskan air mata.


Ya Allah,
terima kasih Allah.
Alhamdulillah.


tak sangka ada orang yang sanggup berkorban harta sebanyak itu.


banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke sana.
dengan keadaan kewangan yang serba kurang,
saya bimbang.

pasport.
suntikan.
pakaian ihram.
ubat-ubatan.
semuanya  jadi ada.
saya sendiri pun hairan, dari mana saya dapat duit tu.


kemudian, saya jadi risau tentang perbelanjaan di sana,
namun kuasa Allah sangat besar,
saya sampai ke Madinah dengan wang berjumlah RM 2 k.
di KLIA pun masih ada yang menghulur wang belanja buat beli aiskrim.


*senyum*


saya balik Malaysia, masih ada RM 40 dan SR 50.
tak habis belanja pun duit.



kesimpulannya,
saya miskin.
tapi Allah tak.
Allah itu Maha Kaya.
Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
Allah Maha Berkuasa.


jadi beginilah,
semiskin manapun kita,
sebesar manapun dosa kita,
teruskan berdoa pada Allah.


kita doa yang baik-baik,
InsyaAllah, Allah berikan rezeki dari ceruk yang kita tak terfikir pun.
bila Allah beri,
Allah beri cukup dari A sampai Z.
dari sebelum, sedang, dan selepas.


yang penting DOA.

Selasa, April 09, 2013

kasih sayang lebih tinggi dari langit


hidup kita adalah ujian.
saya ada ujian saya sendiri.
awak semua pun ada.

ujian kita xsama.
tapi kita sama-sama kena uji.

dulu, saya ada tempat mengadu yang paling saya sayang.
saya sedih, saya telefon Amma.
saya rasa takut nak jawab exam sbb susah, saya telefon Amma.
saya jalan kaki dalam gelap malam nak balik ke hostel dari lab, saya telefon Amma.
saya gembira sangat-sangat, saya telefon Amma.

tapi sekarang, Allah dah bawa Amma pulang ke sisi-Nya.
saya dah hilang tempat mengadu suka duka.

selain Amma, saya ada ayah sedara yang paling banyak bantu saya dan femili.
Abah Kuantan kami panggil dia.
saya pergi umrah dengan dia bulan 2 aritu.
Allah jemput arwah kat Mekah sana.
kami balik Malaysia tanpa dia.


saya rasa saya dah hilang seorang lagi tempat saya bergantung.
saya rasa sunyi.
dalam ramai pun saya rasa sunyi.


nak mengadu, tak tahu pada siapa.
bukan tak percaya pada orang lain,
bukannya saya tak tahu ramai yang sayang pada saya,
Abah, mama, abang-abang, adik-adik, kezen-kezen, sedara mara, kawan-kawan.
tapi mereka tak sama dengan Amma.
tak sama dengan Abah Kuantan.


saya dalam melankolik untuk satu jangkamasa tu,
tapi lama-lama,rasa puas jugak.
lepas nangis, nangis,
lepas nangis, nangis.
takde keje lain.

sampai satu tahap,
saya rasa nak hidup.
hidup yang betul-betul.


tak ada kuasa yang boleh kembalikan saya ke dunia nyata,
tak ada kuasa yang boleh bangkitkan hati saya,
tak ada kuasa yang boleh pujuk hati saya,
selain dari Allah.


ubat yang paling mujarab buat saya adalah:
dalam bilik sorang diri,
saya mengadu pada Allah.

tentang semuanya.
tentang bimbang.
tentang sunyi.
tentang rindu.
tentang sedih.
tentang syukur.

semuanya saya dahulukan dengan solat.
saya doa di akhirnya.
saya menangis mengongoi dalam sujud.

sampai sesak hidung dengan hingus.
sampai sesak nafas baru bangun dari sujud.
sampai sakit belakang membongkok baru saya duduk.

lepas tu,
saya rasa lega.
saya lebih bersedia untuk hadap masalah dan realiti hidup.



*senyum*


Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka).
Surah Al-Baqarah, 2:186


Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar).
Surah Ali `Imran, 3: 173


ini peringatan untuk saya.

Allah nak bagi saya sedar yang;
Allah sahajalah sebaik-baik tempat untuk saya mengadu,
Allah sahajalah sebaik-baik tempat saya bergantung hidup dan mati.

Amma dah takde.
Abah Kuantan pun dah pergi.

tak bermakne saya takde tempat mengadu.
tak bermakne saya takde tempat bergantung.

Allah nak beritahu saya yang;
Allah ada.
bila-bila masa je.


saya asyik kenangkan yang telah pergi,
saya lupa hargai yang masih hidup.
saya lupa nak bersyukur pada Allah atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada saya.
saya lupa nak berterima kasih pada Allah atas kurniaan-Nya yang tak terhitung pada saya.


*kesat air mata*


dear all,
walau macam mana super dasyat pun ujian yang awak semua sedang tanggung sekarang;

percayalah,
di sebaliknya,
ada pengajaran,
ada jalan kebenaran,
di mana kasih sayang Allah lebih tinggi dari langit.


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin.

Selasa, April 02, 2013

poor them, all they have is money.

dalam hidup kita, selalunya berkonsepkan yin dan yang.

ada orang kaya.
ada orang miskin.

ada orang baik.
ada orang jahat.

ada orang gembira.
ada orang sedih.

antonim dan sinonimnya ada.
pasangannya ada.



haih.
*mengeluh pendek*

xjumpa perkataan perumpamaan untuk saya umpamakan perasaan saya.

senang kate macam ni lah:

" saye kecik hati dengan orang kaye yang rase die boleh kontrol orang2 miskin ni terutamanya; menggunakan duit."


Alhamdulillah.
terima kasih Allah ketemukan saya dengan orang kaye yang macam ni.
saya banyak belajar.
saya belajar untuk bersabar apabila saya dimarah depan orang lain.
saya belajar untuk merendahkan diri di hadapan mereka kerana martabat saya miskin dan mereka kaya seperti mana yang orang2 kaya ni mahukan.
saya belajar terima hadap perangai buruk sprt: biadap, tak menghormati orang lain, suka mengarah, cepat menuduh melulu, selalu ada persepsi negatif terhadap semua orang.

saya minta maaf ya Allah,
atas semua angan2 saya yang jahat2.
yang buruk2.


sepatutnya saya doakan:
"Ya Allah, ampunkan mereka dan berikan petunjuk serta hidayah kepada mereka".


nampaknya, hati saya masih belum cukup sabar.
saya masih belum lulus ujian dari Allah kali ini.



dengan hati yang sebak  rasa maruah dipijak2 henyak, hati penuh marah dan dendam,
saya doakan:
" Ya Allah, berikan balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka kepada kami"



Ya  Allah,
memang maruah kami orang miskin dibawah tapak kaki mereka.
sedih hati tak dapat nak luah.
hinanya kami kerana kami orang miskin.


Ya Allah,
sabarkan saya tempuh sebulan ini.

Ya Allah,
ingatkan saya di saat saya lupa pada-Mu.

Ya Allah,
pimpin saya ke jalan yang Kau mahu saya sampai.

Ya Allah,
sabarkan saya di saat sabarlah yang paling menipis di hati saya.

Ya Allah,
Ihdinassiratalmustaqim.