Khamis, Februari 23, 2017

lain luar je, masih satu lagi hat dalam tu.

aku perlukan space untuk jadi aku.
kat tempat kerja,
aku adalah cikgu.
banyak undang-undang nak kena ikut dan patuh yang tak boleh komplen.
aku cuma boleh sami'na wa 'ata'na.

bila menulis,
aku jadi diri aku.

bukanlah aku ada dua muka,
bukanlah aku ada split personality atau hape2,

aku nak space aku sendiri.
ker sebab introvert je yang buatkan aku jadi macam ni?

habis tu, introvert bukan Allah yang jadikan?
haha..

bersalahan antara satu sama lain.
qiyamuhu binafsih

ini pengajaran untuk aku.
jangan cepat
jangan selalu judge orang.

semuanya qiyamuhu binafsih.


ok. nak jual apa boleh dapat duit pergi holiday kat london?

kau mesti dah rasa erti hidup yang macam kejam ni.

masa aku tengah belajar dulu,
aku sebok nak habis belajar,
aku nak kerja.
sebab aku nakkan duit.

sekarang, (setelah melalui berbagai-bagai masalah dalam hidup) aku dah kerja.
malah kerja yang aku sangat-sangat suka.
aku memang suka mengajar.

tapi, sekarang aku ada masalah dengan apa yang aku suka tu.
masalahnya adalah, aku suka mengajar tu sahaja.
benda2 lain yang aku kena buat dalam pekerjaan ni aku tak suka.

aku dah rasa macam nak berenti kerja.
tapi aku nak duit.
tapi, duit yang dapat ni pun tak pernah cukup.

stress jiwa aku.
haha..

inilah dia orang cakap manusia tak pernah bersyukur.
aku leteww..

tapi,
aku boleh je nak survive dengan kedaan sekarang.
cuma aku perlukan masa untuk aku rehat dari semua syaiton nirrojim ni.
 haha..

aku nak duit lebih.
aku nak pergi bercuti kat thailand jumpa kak sureena.
aku nak bercuti kat london, uk, aku nak pergi studio harry potter.

tu je aku nak bagitau.
haha..

btw, gambar tu, aku join kechara soup kitchen.
aku gi sana untuk mendapatkan food for soul giteww..

semua orang perlukan makanan selain daripada makanan badan,
hati kita pun nak makan.
sebab tu kita kena zikir beb.

nak bagi habis cerita ke nak bagi elok semula?


aku tengah dahaga.
aku kehausan dalam lautan yang tak pernah mengenyangkan.

dari hijau,
aku dah bertukar kuning.
tanda-tanda tak cukup mineral dan air.

tak lama lagi boleh jadi coklat ni.
kering.
rapuh.
terus mati.

habis cerita.

Sabtu, Februari 18, 2017

masalah bau ketiak

Sebenarnya masalah bau badan ni masalah yang normal.
yang tak normal adalah orang yang tak sedar yang badan dia berbau.
ataupun orang yang dah tahu badan dia berbau tapi tak ambil tindakan.

inilah penyelesai masalah bau ketiak aku yang paling berkesan!

dah la berkesan, jimat pulak!
rm30 boleh tahan lama.
sebelum ni, aku kena beli deodorant tiap-tiap bulan.

baju aku tak da jadi keras kat bawa ketiak pun.
takda jadi warna kuning.
tak ada kesan apa-apa kat baju.

Roll On Amway je lah panggil. nak mudah sebut.
kot-kot nak try beli, boleh la bgtau.
kita diskas.

satu masa dulu

Dulu, masa aku baru-baru dapat kerja,
aku pergi kurus kat IDT, kat situ aku jumpa beberapa orang niqabis.

Masa tu aku memang teringin jugak nak pakai niqab.

Lepas aku fikir banyak-banyak kali,
Aku pun nekad nak pakai.
Aku beli niqab dan start pakai bila kat luar.
Sebab kat tempat kerja memang tak dibenarkan.

Tapi, sekarang, aku dah tak pakai dah.
Even hand sock pun aku tak pakai dah. Stokin pun tak.

Apa yang aku boleh cakap,
Dulu, aku mencari Tuhan, aku nak jadi baik.
Aku dikelilingi oleh orang yang berpenampilan begitu yang aku rasakan inilah ciri-ciri orang baik.
inilah ciri-ciri para ahli syurga.

Ada beberapa perkara yang telah merubah fikiran aku.
Aku malas nak cerita lagi.
Nantilah.


Pokoknya,
Tuhan tak pernah tengok baju apa aku pakai untuk tahu aku ni baik ke tak, beriman ke tak.
Tuhan bukan bleh ditipu dengan pandangan mata.

Tuhan boleh baca dalam hati aku.
Deep inside.

Jadi, aku dah jumpa apa yang aku carik.
Dan, aku belajar yang Tuhan tu tak pernah ada pada niqab, pada stokin, pada jubah.
Semuanya terletak pada hati aku.
Aku nak jadi baik, aku kenal Tuhan aku siapa, aku kenal diri aku siapa.

Aku pakai seluar jeans pun takpa.
Aku tetap tutup aurat.

Aku doakan pada semua pencari Tuhan, semoga kau jumpa Tuhan yang kau cari.
Kalau kau mintak, mesti Dia bagi.
kau cuma kena buka hati untuk terima.

kadang-kadang,
Tuhan dah bagi banyak dah,
kita je yang tak terima.

maka, jadilah kita seperti kaum kafir yang menolak kebenaran setelah diberi peringatan. seperti yang selalu disebutkan dalam AlQuran.

this is how 'cinta sejati' looks like.

lagu best.

sejati by Faizal Tahir.

Jumaat, Februari 17, 2017

weight loss journey katenyer.

Weight Loss journey.

Intan,
kau tengok, jaket tu dulu langsung tak boleh kancing.
sekarang dah boleh.

jadi, sila teruskan.
jangan pernah putus asa.

tak apalah makan nasik.
tak apa.
bukan dosa.

besok, mulakan semula.
sampai jadi.

yang penting,
tahun 2017 ni mesti jadi.

tasbih pink

Zikir adalah personal.
Oleh kerana ianya personal,
aku pilih tasbih berwarna pink.

oleh kerana aku suka,
maka kau juga boleh warnakan ikut yang kau suka.
habis cerita.

We are here in 2017


Welcome 2017.


Changed the blog title to new name.

I am going to do a lot of beneficial things in my life.
We are not giving up.
We are moving on.