definisi pandai ada banyak.
1) pandai dr segi akademik. UPSR dpt straight As. PMR pun dpt 8A. SPM dpt 10 A. dpt masuk universiti. dpt first class dgree. dpt kerja besar dgn gaji besar. org selalu puji2. "ni lah anak yg bagus...pandai betul anak si fulan tuh".
2) pandai dr segi emosi. bila ada masalah, xcepat melatah. kalu bercinta masa studi, xpernah ganggu waktu belajar. result exam semakin "power" sejak berkasih. bila ada masalah, xpernah gabra, xpanik..tp berfikir dgn tenang cari jln selesai.
3) pandai cakap. mcm tin kosong. bising sgt tp dlmnya xada isi. bisingnya bingitkn telinga tp org tetap dgr. ini org pandai bodek bos. cepat naik pangkat, cepat naik gaji walau kerja xtahu buat. tahu bg order kat orang lain.selain tu, org ni pandai bg nasehat pd org, tp diri sendiri xikut pun.
4) tak pandai. ini mustahil.semua ada kepandaian masing2, dlm bidang berbeza2. jgn pandang terlalu tinggi pd diri sendiri dan jgn perkecilkan org lain yg kita rs xpandai mcm kita.
5) pandai semulajadi. genius. org ini duduk dlm kelas, pasang telinga dgr cikgu ajar sekali, dh boleh ingat sampai bila2. mata pejam, dahi letak atas meja = pendek kata gaya mcm tdo dlm kelas, tp bila cikgu tanya soalan, boleh jwb semua.cinkgu pun xboleh nk marah. kwn2 yg lain bagai nk rak tahan mata ngantuk dr tdo, pun xboleh nk paham apa yg cikgu ajar. org ini dia xperlu usaha lebih untuk pandai. anugerah dr Allah.
6) pandai bila usaha. org ini kene stadi bnyk2...rajin2 melebihi org lain, makin bnyk usaha, bertambah pandai tentang sesuatu subjek. bagus org ini, dia kenal erti kemanisan kejayaan. hanya yg lalui penat lelah usaha belajar, dpt rs indahnya genggam scroll waktu convocation.
7) pandai cari makan. org ini walau susah mcm mana pun, dia tetap boleh survive. menipu atau tidak. yg penting survive bila dlm masalah. kalu org bisnes, pandai cari client. kalu suami madu 3, pandai nk selamatkn diri bila isteri2 mengamuk.
8) pandai berjimat. ini org yg paling pandai mengatur duit belanja.bijak.simpan skrg utk masa depan. perlu sgt ada org mcm ni di dunia.kalu semua org boros, inflasi xboleh turun atau hapus.
sy xtahu kenapa sy tulis entri ni. sy nk jd pandai tp pandai tu sendiri membawa definisi yg berbeza-beza. sgt subjektif.xboleh nk fix. sy pandai. dan awak tidak. pandai dlm satu perkara saja xcukuplah.kena pandai serba serbi. mcm mana tu?
2 ulasan:
salam..best post nih..ilmu baru yang ana dapat..
saya pandai. saya tak bodoh :)
Catat Ulasan