Ahad, Disember 06, 2009

antara famili, adat dan agama

bile masuk bulan 12 ni dh boleh agak aktiviti feveret rakyat malaysia. cuti2, balik kampung. adding to that, kenduri kahwin.... hurmmmm.....

Ade teman sy pelannya mau tunang thn depan. depa br berbincang hantaran.

Belah perempuan sy namakan Siti Rahmah, belah lelaki sy namakan Ali.

Siti Rahmah kata pd Ali, keluarga sy mintak bnyk ni;RM xx xxx.xx, Ali dan keluarganya kata mahal.

Siti Rahmah bilang, adat dia semua wang hantaran dan belanja kenduri, ditanggung oleh Ali.

Ali bilang pada Siti Rahmah, adat mereka, bg wang hantaran hanya pd Siti Rahmah, hal ehwal kenduri di rumah Siti Rahmah, keluarga Siti Rahmah yg uruskan.

Siti Rahmah: "Kalau diberi sikit, apa kata famili, saudara dan jiran?"
Ali: "Kalau beri banyak sangat nanti di kata saudara dan jiran".

Masing2 susah hati. tersepit. Siti Rahmah paling kasihan. Hati Ali perlu dijaga. Hati mak dan ayah juga. Hati dia sendiri?gi mana sih......

Harap xsemua pasangan yg bakal berkahwin mengalami dugaan yg semacam ini.

Sy pasti bila shj kita mahu bernikah, pasti kita mempunya idaman sendiri, namun kadangkala ianya dicantas oleh emak, ayah, kakak, mak cik sebelah rumah dan boleh jadi nenek dan datuk anda.

susah nk puaskan hati semua org...bukan setakat keluarga sendiri, tetamu yg datang pun nak di beri yg terbaik, supaya xdiumpat kisah hari kahwin kita di belakang hari nnt.

on top of that, Allah uji setiap seorang Muslim berbeza2. ada ujiannya yg dtg sebelum kenduri, ada ujian yg datang semasa kenduri, ada juga selepas berumah tangga. jangan kita sedih dengan nasib diri. kita tahu ini kasih sayang Allah. harap2 kita xkan mudah melatah.

hanya mampu minta pd Dia tuk tunjukkan jalan yg benar. jalan yg bisa bg keajaiban berkahwin itu dimanfaatkan di dunia dan tentunya paling utama di akhirat kelak.

Tiada ulasan: