Ahad, Julai 03, 2011

sedekah

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal,

1. Shadaqah jariyah,

2. Ilmu yang bermanfaat, atau

3. Anak shaleh yang mendoakannya

–HR Muslim
dicopy dr sini

Hadis ini sangat jelas. dah selalu kita baca dan dengar sepanjang hidup kita ni berkali2. kita tahu tapi still susah nak buat kn..

dan ada satu perkara yang mesti kite cuba fahami di sini, setiap kali kita terbaca atau terdengar hadis ini, ia bukanlah satu kebetulan.
inilah cara Allah memberi peringatan kepada kita.
berkali2.
sbb Allah memang sayangkan hamba2-Nya.

ok lah.
setakat tulis dalam blog, memang senang.
kalu cakap guna air liur, boleh la.
tapi nak buat, susah kan..

*senyum*

memang susah, tapi kita boleh cuba.
usaha kita yang Allah nak tengok. sejauh mana kita usaha untuk menurut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

entri kali ni saya nk diskas #1. iaitu sedekah.

saya pun baru belajar untuk bersedekah bulan lepas. dah tue, haha. baru nak buat.

xper, its better late than never darling.

mari kita cuba sedekahkan pada masjid RM 1 setiap hari.
iye.
seringgit je. tapi setiap hari.

tujuannyer buat setiap hari supaya kita belajar menjadikan sedekah itu satu tabiat.
satu habit.

and this is a good habit kn..why not?

dan saya tahu kadang2 kita akan ada masalah kewangan yg sangat meruncing. mkn nasi pun sekali sehari je, dh habis jimat dah tu. xper, kite kurangkan dr RM 1 tuh jadi 50 sen sehari. kalu xleh sgt, 20 sen sehari. 10 sen sehari.

jangan putuskan sedekah. itulah penolong kita di dalam kubur kelak. dalam alam barzakh.

sbb sementara menunggu hari Kiamat kita akn menunggu2 di dalam kubur.
apakah yg menjadi peneman kita? 3 amalan di atas.
let say, umur kita xpanjang, xsempat mempunyai anak, kita cuma ada amalan no 1 dan no 2 shj. jadi, cuba buatkan yang sebaik2nya.

peluang tuk bersedekah sangat banyak.
bila kita pergi pasar malam.
bila kita nak bayar di pasar raya, ada tabung derma.
bila kita makan di McD, ada tabung derma.

masukkan je RM 1 di situ. xperlu malu dgn org.
"ee..mkn McD berpuluh2 ringgit, derma singgit je!"

xde org yg fikir mcm tu, kita je.
yg penting ikhlas.

rasa malu itu syaitan sengaja timbulkan dalam hati kita supaya kita takkan bersedekah.

ok?

jadikan ia tabiat.
dan yg penting, mesti ikhlas krn Allah.

Insya Allah, ada peneman kita di dlm kubur nnt.

2 ulasan:

kejora berkata...

sedekah senyum :) :) :)

I.N.T.A.N berkata...

boleh sangat2... paling mudah kn... tp kene hati2. jgn sampai org ingat u suka kt dia pulak. hihihi