Ahad, Oktober 23, 2011

iklan mode

Cerite pasal sayE: Gadjet jepoN:

di atas adalah link blog adik saya yg sedang di Fukui, Japan.

kalu ande2 ade berminat untuk membeli gadget2; contohnya: 2nd hand dslr, 2nd hand flash and etc. walaupun 2nd hand, kualitinye bagus, berbaloi ngan harge 2nd hand yg murah dari harga dslr ori kat negare kite.


kalu nk brg2 lain pun ade:
contoh:
t-shirt, key chain, kimono (mahal ni, levelnyer mcm suterakite la), yukata ke...

ape2 la yg anda rs mahu dr jepun yang xde kat negare kita Malaysia yg tercinta ini.

tp ermm..jgn mintak makanan basah la ngan explosive material dah la. ;p

Khamis, Oktober 20, 2011

satu cerita di satu petang

ptg smlm ada usrah.
Alhamdulillah usrah kedua setelah lama bercuti panjang bulan Ramadhan dan Syawal.

sy sgt suka nak kongsikan di sini secubit kuih muih kami semalam.

*kedekut aih, secubit je*

haha.

kalu nk cerite semua, itu namanya saya jadi ibu usrah, nak ke?

salah satu kuih muih yang kami kunyah dan telan smlm adalah berkisar tentang 3 golongan manusia.

jadi kami pun mendengar dengan tekun setiap bait2 yg ibu usrah utarakan.
ibu usrah meng'quote' cerita dari Ust Ismil Kamus yg berpengalaman membawa jemaah2 haji ke tanah suci Mekah.

adapun ceritanya adalah salah seorang jemaah menangis2 kerana ketika dijejak kaki beliau ke Masjidil Haram, yakni di dataran Kaabah, tidak terlihatan di matanya Kaabah yg dicium peluk manusia seluruh dunia. yg dilihat hanya padang bola.

duit habis berbelas ribu.
travel berjam2 dlm flight.
sampai dataran Kaabah, nampak padang bola....



alkisahnya beliau memang seorang kipas susah mati bola @ kaki bola.

itu saje. abes cerite.

kesimpulan yang kami simpulkan adalah apabila kita buatkan perkara dengan tidak sepenuh hati, buat kerana ikut orang, buat kerana orang lain pun buat, buat kerana orang lain suruh, buat kerana mahukan pujian manusia, kerja hasilnya takkan sempurna.

boleh jadi juga kerana kurangnya persiapan.

kamon men!

nak pergi Haji ni...
ini bukan melawat Istana Buckingham yang boleh diprepare baju2 sejuk dan DSLR semata2. boleh amik gambar dlm sejuk cuaca yang tiada di Malaysia dan upload kat fesbuk.

ini adalah tanah haram Mekah. selain dari bershopping kurma, air zam2, tasbih, sejadah, atau jubah, tujuan utama adalah menunaikan Rukun Islam ke 4.

Rukun Islam bro!
the basic for Muslim.
the fundamental of Muslim.

kalu xbuat dgn sengaja, dpt dosa.

kalu kita dengan segaja tak pergi visit Istana Buckingham walaupun ada duit ribu raban, jongkong emas berketul2, duit cash berkepuk2 dalam rumah, xde maknenyer Allah nk marah.

ini kiblat umat Islam seluruh dunia!

saya ulang: kiblat umat Islam dari seluruh dunia!

jadi, rasa2nya kalu nak pergi tempat sehebat ni, cukup dengan ihram, telekung dan duit sahaja kah?

kalu kita ada exam esok, kita studi setahun lg awal, cukup ke? boleh jamin lulus?

umat Islam zaman sekarang kurang pengertian tauhid.

maaf. saya sangat celupar.

saya tanyakan di sini:

kaya manapun kita, duit berkepuk2 pun punya kita, punya siapa yang sebenarnya?
siapa yg beri pd kita?

xkesahlah orang minat Justin Bibir ke, kaki wayang ERA ke, kaki pancing ke, walau sehebat mana passion anda terhadap sesuatu selain Allah, tidak boleh mengatasi level teratas hanya untuk Allah.

Allah The Greatest = AllahuAkhbar = Allah Maha Besar

mari kita berkenalan dengan Allah.
mari kita berkawan dengan Allah.
mari kita bercinta dengan Allah.
mari kita bersembang dengan Allah.
mari kita menangis pada Allah.
mari kita makan, bangun, tidur, belajar, berlari semua kerana Allah.

Allah xsombong, kita yg sombong dengan Allah.
kalu kita nak kenal Allah, Allah dh sampai dulu dlm hati kita.

first step untuk mentauhidkan Allah: kenal dengan Allah.
macam mana?
next entri.
Insya Allah.

ingatkan saya.

Selasa, Oktober 18, 2011

{Funny} Aussie convert story to Islam



he is funny.

but when he said something about more Muslim go to the masjid during Ramadhan indeed is very true.

funny but its true.

Isnin, Oktober 17, 2011

next step

this is for those who chose doing MSc/PhD in research (by thesis)

ok.setelah membuat keputusan untuk menyambung MSc atau PhD, perkara yang paling utama difikirkan adalah TOPIK research.

pecah kepala dik nak fikir topik.
ke hulu.
ke hilir.
kacau orang tu.
kacau orang ni.
semata2 nk mintak kasihan kan kita.
bagilah idea untuk topik walau cuma satu.

untuk memilih topik adik2,
sebenarnya, utamanya dahulu dipilih area of research dulu.
pilih area yang mana adik paling minati.

contoh area in IT:
networking ka.
security ka.
multimedia ka.
Artificial Intelligence ka.
Fuzzy ka.
Knowledge Management ka.
etc.

kalu nak extend topik FYP pun boleh.

as long as u are interested in that area of research!!!!

kadang2 dik, kalu adik bertuah, adik dapat supervisor yang berikan topik research, adik boleh terus start buat research dah.

tp, bad news is, xsemua supervisor akan berikan topik pada supervisee nya.

dan kalaupun supervisor adik berikan satu topik tetapi adik xminat, tlg fikirkan dahulu. jangan setuju melulu. jgn setuju semata2 kerana adik nak topik.

they said "you are married to your research".

jadi, apa gunanya kahwin dgn org yg kita xsuka?
nnt kita yg merana.

ok now, say that you have chosen an area of research yang adik sangat berminat.
sekarang, masa untuk pilih universiti dan supervisor.

saya suka nasihatkan adik2 sambung di universiti yang sama dengan degree adik2.
kerana apa?

sbb adik dh kenal lecturer di dalam department adik.
adik save time for ice breaking.
adik dah kenal lecturer mana, pakar dalam area apa.
and of course, adik boleh continue dgn supervisor during FYP.

tetapi kalu adik nak tukar jurusan pun boleh.
degree amik EE nak tukar Syariah pun boleh.
no problem.
as long as that university accepted your application.

let says that you are applying from other university.
not you degree university.

cara2 untuk kenal potential2 supervisor is thru the universiti website.

katakanlah adik berminat nak buat research on Grid Networking.
jadi, adik buka beberapa websites universiti yg offer course :ICT, Computer Science, BIS dan yg sewaktu dengannya.

contoh universiti2nya: UITM, UTP, UKM, UM..

notatengah2entri: ada 4 universiti yang diiktiraf sebagai research universiti oleh Ministry of Higher Education: USM, UPM, UM dan UKM.

jadi, kalu adik2 menitikberatkan akreditasi, mungkin adik2 nak cari dari 4 universiti ini. dah kecilkan scope of searching.

*senyum*

tp unibersiti lain pun bagus2 juga, UUM, UIA, UTP.. (nk jgk)

so, adik2 buka website, pilih link staff academic ataupun research.
save beberapa Professors, Associate Professors, Doctors, yang adik nampak area of research mereka sangat dekat dengan apa yg adik minat.

next: email them.

tgk mana yg reply.ada sesetengah Professors yg super duper busy, mereka tak pernah reply e-mail pun.
tapi apapun, try email them.

i repeat , THEM.

pilih banyak2, tgk mana yang bg respond.
while waiting for their reply,start survey scholarship, study loan ke.


contoh:

UTP ada GA Scheme.
Ministry of Higher Education Malaysia ada MyBrain15 for local student. for international student ada MIS.
UIA ada PhD Trainee.
public uni's ada SLAB.
ada tajaan dr Shell, PETRONAS
etc.

untuk yang sudah bekerja contoh: lecturer Politeknik dpt tajaan dr government untuk sambung PhD.

dalam sedar tak sedar kan, bila adik2 buat proses2 ni semua, adik memang sudah mula membuat research.

but of course, dlm study, adik akan buat research yang lebih teratur. ada guidelines nya. ada documentation yang adik kena buat.

bila adik dah start buat, baru adik2 akan nampak jalannya sikit demi sedikit.
kene cuba.
kene buat sendiri.

kalu xbuat, xtahu.

may Allah guide you alls.
Insya Allah.

and i have decided to go for it

entri ini khusus untuk anda2/ adik2 yg telahpun konfirm akan menyambung MSc or PhD.
bila saya maksudkan konfirm, adalah setelah berfikir semasak2nya, bertanya kpd org2 yg lebih pakar atau pd org yg berpengalaman, dan jalan terakhir adalah dengan bertanya kpd Yang Satu.

buatlah solat sunat Istikharah. 2 rakaat je dik.
kalu buat lebih lagi, laaaaaaggggggiiiiiiiiii best.
*sengih*

kalu nk buat buat tiap2 kali lepas solat pun boleh. kecuali solat Asar.
nk buat seblm tido pun boleh. (dgn harapan boleh mimpi jawaban dr Allah ye)
*senyum*

jawaban dr Allah, saya nk tekankan di sini, tidak semestinya dtg dlm bentuk mimpi.

ia juga boleh diberikan dlm bentuk kemudahan urusan.

dan juga dlm bentuk ketenangan hati.

pd adik2 muslimah yg sdg bercuti, bacakan doa istikharah, boleh juga.

*senyum*

to chose full time or part time, selalunya part time untuk adik2 yg sudah bekerja. kene buat research lah sikit.
buka beberapa website universiti, tgk mana yg offer course adik in part time.
part time kalu cikgu2 sekolah, bnyk sambung di OUM.
kalu staff bnyk sambung di UITM.
you decide.

*senyum*

pada yg pilih untuk buat full time, kene pilih lagi antara by coursework or by research.

apokah ke 2 2 itu?

by coursework konsepnya sama seperti adik belajar degree, ada kelas, ada quiz, ada assignment, ada group / individual project, ada test, ada final exam, ada CGPA.

lebih jimat masa iaitu setahun.
kalu adik nak habis Master cepat, pilihlah by coursework.
dan or course, kene cek la universiti mana yang offer course adik by coursework mode. takut xoffer by coursework, takut ada by research je.

by research pula buat thesis/ dissertation. no class, no exam, no CGPA. but at the end of the study, mesti present research dalam 'viva'. itulah penentu bahwa adik dapat MSc atau tidak. lulus atau re-viva. lulus atau gagal. (sound scary?)

orang kata, kalu adik berniat nak sambung PhD, amiklah Msc by research. sbb by research ni sangat consume time untuk kita memahami the fundamental of research.

selalu orang cakap buat master by research ni susah.
xsusah dik.
bila kita dah faham, semua ok.

macam nak belajar kayuh basikal.
xboleh explain dr buku, kene experience sendiri.

mula2 pakai roda.
pastu cuba xada roda.
kita jatuh. sakit.
bangun semula.
jatuh lagi. kali ni luka. nangis pula.
xapa.
bangun lagi.
belajar sampai pandai.

bila adik dah pandai kayuh basikal, merata2 adik pergi kan.
pergi kedai.
pergi sekolah.
pergi rumah kawan.
pergi taman permainan perumahan seberang.

*senyummmmmmmmmmm*

itulah ibaratnya susah research. tapi bila dah dapat tuning, smooth je perjalanannya.

jangan takut dengan apa yang org cakap dik.
this is your future,
you know you.

nasib kita takkan sama dengan orang.
Allah dah tetapkan rezeki masing2.
yg penting usaha.
decide.

Insya Allah, Allah ada.

DON'T in research

sebelum saya teruskan discussion about commencing research, ada satu yang saya nak sampaikan.

untuk menerjunkan diri ke dalam bidang research, lihat pada niat anda terlebih dahulu.
looking back at the reason why i continue MSc was to get myself away from going to UPM.
and to be frank, xde rasa ikhlas pun nak sambung MSc untuk buat research.

ada mcm2 sbb student Malaysia, Melayu especiallynye, mengambil keputusan untuk continue MSc. contoh2nya:

1. kecewa xdpt kerja yg diidamkan.
2. kecewa clash ngan bf/gf.
3. mengikut bg/gf yang sambung MSc.
4. mengikut member.
5. isteri mengikut suami continue MSc dan vice versa.
6. nak cuti dari stress bekerja.
dan etc.

walau apapun reason untuk sambung belajar, semuanya milik peribadi tetapi ada satu reason yang saya akan katakan a very big NO.

if u want to continue MSc for the money, to become rich....

i am sorry to say. u will never get rich by doing research.


*tarik nafas panjang*

doing research, student kat sini, makan bercatu, beli pamper anak yang paling murah sekali kat tesco, kalu xda duit isi minyak, jalan kaki je.

in other words, we are technically poor.

i repeat, we are technically poor.

if you come here for the money, u will be dissapointed.
if you come here for the knowledge, u will work for it although you are poor.

think.think.think very carefully.