ptg smlm ada usrah.
Alhamdulillah usrah kedua setelah lama bercuti panjang bulan Ramadhan dan Syawal.
sy sgt suka nak kongsikan di sini secubit kuih muih kami semalam.
*kedekut aih, secubit je*
haha.
kalu nk cerite semua, itu namanya saya jadi ibu usrah, nak ke?
salah satu kuih muih yang kami kunyah dan telan smlm adalah berkisar tentang 3 golongan manusia.
jadi kami pun mendengar dengan tekun setiap bait2 yg ibu usrah utarakan.
ibu usrah meng'quote' cerita dari Ust Ismil Kamus yg berpengalaman membawa jemaah2 haji ke tanah suci Mekah.
adapun ceritanya adalah salah seorang jemaah menangis2 kerana ketika dijejak kaki beliau ke Masjidil Haram, yakni di dataran Kaabah, tidak terlihatan di matanya Kaabah yg dicium peluk manusia seluruh dunia. yg dilihat hanya padang bola.
duit habis berbelas ribu.
travel berjam2 dlm flight.
sampai dataran Kaabah, nampak padang bola....
alkisahnya beliau memang seorang kipas susah mati bola @ kaki bola.
itu saje. abes cerite.
kesimpulan yang kami simpulkan adalah apabila kita buatkan perkara dengan tidak sepenuh hati, buat kerana ikut orang, buat kerana orang lain pun buat, buat kerana orang lain suruh, buat kerana mahukan pujian manusia, kerja hasilnya takkan sempurna.
boleh jadi juga kerana kurangnya persiapan.
kamon men!
nak pergi Haji ni...
ini bukan melawat Istana Buckingham yang boleh diprepare baju2 sejuk dan DSLR semata2. boleh amik gambar dlm sejuk cuaca yang tiada di Malaysia dan upload kat fesbuk.
ini adalah tanah haram Mekah. selain dari bershopping kurma, air zam2, tasbih, sejadah, atau jubah, tujuan utama adalah menunaikan Rukun Islam ke 4.
Rukun Islam bro!
the basic for Muslim.
the fundamental of Muslim.
kalu xbuat dgn sengaja, dpt dosa.
kalu kita dengan segaja tak pergi visit Istana Buckingham walaupun ada duit ribu raban, jongkong emas berketul2, duit cash berkepuk2 dalam rumah, xde maknenyer Allah nk marah.
ini kiblat umat Islam seluruh dunia!
saya ulang: kiblat umat Islam dari seluruh dunia!
jadi, rasa2nya kalu nak pergi tempat sehebat ni, cukup dengan ihram, telekung dan duit sahaja kah?
kalu kita ada exam esok, kita studi setahun lg awal, cukup ke? boleh jamin lulus?
umat Islam zaman sekarang kurang pengertian tauhid.
maaf. saya sangat celupar.
saya tanyakan di sini:
kaya manapun kita, duit berkepuk2 pun punya kita, punya siapa yang sebenarnya?
siapa yg beri pd kita?
xkesahlah orang minat Justin Bibir ke, kaki wayang ERA ke, kaki pancing ke, walau sehebat mana passion anda terhadap sesuatu selain Allah, tidak boleh mengatasi level teratas hanya untuk Allah.
Allah The Greatest = AllahuAkhbar = Allah Maha Besar
mari kita berkenalan dengan Allah.
mari kita berkawan dengan Allah.
mari kita bercinta dengan Allah.
mari kita bersembang dengan Allah.
mari kita menangis pada Allah.
mari kita makan, bangun, tidur, belajar, berlari semua kerana Allah.
Allah xsombong, kita yg sombong dengan Allah.
kalu kita nak kenal Allah, Allah dh sampai dulu dlm hati kita.
first step untuk mentauhidkan Allah: kenal dengan Allah.
macam mana?
next entri.
Insya Allah.
ingatkan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan