06:00
friend: tapi aku ade bende pelik lah
mat: benda apa?
friend: macam mana aku tengok kau hari2 semangat ah? padahal kau ibadat takde pun.
mat: pasal hang bergantung kat Tuhan. bile Die tak bagi hang marah, tension. aku tak bergantung dengan sapa2 pun. aku jenis pikiaq positive, aku pikiaq apa2 jadi kat hidup aku, must a reason behind that.
jadi hidup aku senang, hati aku senang.
friend: habis tu orang cakap kalau lagi banyak kau ibadat, lagi kau dekat dengan Tuhan,
lagi hati kau tenang?
mat: kalau ibadat hang ikhlas.
friend: .......
+++++++++++++++++++++++++++++
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
(Ayat 37 : Surah al-Hajj)
(Ayat 37 : Surah al-Hajj)
(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya.
(Ayat 31 : Surah al-Hajj)
Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kepada-Nya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya)”.
(Ayat 29 : Surah al-A’raaf)
Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan yang demikian).
(Ayat 14 : Surah al-Mu’min)
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Allah suruh kita solat, puasa, zakat, menunaikan Haji, umrah dan sebagainyer, memang wajib buat.
kalu tak buat dgn sengaja, dosa.
at the same time, Allah pun bagi guidelines, macam mana nak buat semua tuh.
IKHLAS.
kalu xikhlas, sia2.
ikhlas ibarat ruh sesuatu ibadat. diplagarism dari sini.
dulu saya buat baik, sebab nak dapat balasan syurga.
saya xnak buat jahat, sebab takut masuk neraka.
kita ibarat beli syurga dengan amalan baik.
secara logiknya,
inilah sebabnya, kita frust menonggeng bila Allah xbagi apa yang kita hajatkan.
kita rasa kita dah bayar, mesti ada something in return.
kita dah usaha, mesti ada balasan setimpal yang kita layak dapat.
kita dah buat yang terbaik, mesti Allah balas yang terbaik juga.
kita dah ikut semua Allah suruh, tapi Allah tak tunai apa yang kita nak.
Allah ni siapa di hati kita?
siapa Tuhan yang sebenarnye? Allah ke? kite ke?
kalu Allah adalah kita mengaku sebagai Tuhan, awat nak Allah ikut cakap kita pulak?
pelik.
sangat kontra.
yang Maha Hebat tuh Allah.
yang Maha Kuasa tu Allah.
yang Maha Memberi Rezeki tu Allah.
yang Maha Penyayang pun Allah.
bile Allah tak bagi, jangan marah kat Allah.
*sedih*
saya bukan sedih Allah kene marah, kamon men.
Allah tuh Maha Hebat.
xde efek langsung kat Allah bile kita marah2 kat Dia.
macam dalam cerita Hindustan/ Tamil, hero2 filem tuh banyak marah2 kat Tuhan depa bila Tuhan depa tak bagi apa yang depa nak. apekah motif?
saya sedih kerana betapa ruginya hati2 yang buta tuh.
bimbang hati yang buta tuh, di tulikan pula.
Na'uzubillah.
*paused*
kalu nak syurga, buat ibadat kene IKHLAS KERANA ALLAH.
kalu nak ikhlas, kene buat ibadat tanpa harapkan/ nantikan apa2 in return.
especially balasan dari manusia. i.e gelaran, pangkat, penghargaan, hamper, etc.
kalu Allah bagi, bawak2 la bersyukur.
kalu Allah xbagi, bawak2la bersangka baik pada Allah.
redha dengan Qada' dan Qadar.
Allah dekat dengan kita.
percayalah.
cakap je pada Allah.
Allah Maha Mendengar.
nota di almost hujung entri:
di bawah adalah video matluthfi - rokok dan kopiah yang saya tak jumpa cara untuk naikkan ke atas.
haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan