Isnin, Februari 27, 2012

*muka kesian*

salam.


sekarang saya lagi mencari kerja.
utara, pantai timur, central..dh merata hantar cv.

kawan2ku,
kalu ada yang kalian tahu dlm pengetahuan,
ada lagi kerja yang perlukan pekerjanya,

mohon.....
tolong khabarkan saya.

segala kerjasama kalian,
saya dahulukan dan teruskan dengan doa untuk kalian.
agar terus Allah berkati rezeki kalian.

Insya Alllah.

Rabu, Februari 15, 2012

result for interview Academic Trainee UIA

interview academic trainee UIA yg saya pergi hari tu,
keputusannya dah dapat.
emel dihantar ptg td.

seperti yang dijangka.
tidak berjaya.

ok.
sedih ke?

pelik.
sbb sy xsedih.
serius sy pelik.


xapalah.
ini nasib saya.
nasib kalian belum tahu lagi.
barangkali, lebih baik dari saya.
kn....

aja-aja!

buat kalian lain2 yg sedang berusaha
yg sedang menanti saat2 ditemuduga,
jangan lupa pesanan murahan + busuk saya ini:

satu:
jgn terlalu bergantung pada info2 yg anda baca di blog.
lain fakulti, lain caranya.

dua:
bersedialah dengan semua sjil2, thesis, conference proceeding dan apa2 shj yg anda rasakan penting di mana ia berkait dgn research anda.

tiga:
banyakkan berdoa pd Allah, bersungguh2.

empat:
kalu xdpt, think positive, rezeki Allah sangat luas sayang.

*senyum*


semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.
Amin Ya Rabb.

Isnin, Februari 13, 2012

BIAR JIWA - FYNN JAMAL (OST filem KONTRADIKSI)

sila tgk video di bawah.

*saya masih xjumpa cara untuk naikkan video ni*
haha.

bukan xjumpa tapi belum mencari jalan.
*ketuk kepala*
ok.saya malas.


ini kisah suami isteri di tepi jalan
menyanyi lagu puisi
lagu cinta.

ok fine. bukan lagu yang saya hendak fokuskan.

tapi, sedar xsedar, saya tersedar buruknya hati.

saya berangan macam ini:

ada suami nanti, saya hendakkan yang pandai bermain gitar.
ada suami nanti, saya hendakkan suaranya untuk saya.

untuk saya.

*senyum senget*
*geleng kepala sikit*

klise.
saya terlalu dimomokkan oleh filem2 dan drama2 Melayu.
dan omputih.
dan hindustan.
dan korea.



*pejam mata*


saya buat dunia saya jadi sempit.
definisinya suami isteri adalah perkongsian.
its all about 'toleransi'
give and take.

bukan take, take, take and take!
bukan demand nak tu! nak ni! yang tu! yang ni pun! besnye kalu dpt semue!

habislah.
kuruslah suami.

kalu suami duduk tepi jalan,
isteri pun sama.

agaknya inilah sebab Allah belum sampaikan rezeki suami untuk saya,
haha.



untuk suami isteri: Tri dan Fynn
dan suami isteri di mana2 saja

apa2 materi milik kalian yang;

rumah kecil je.
xapa.

kereta buruk je.
xapa.

baju xbeli baru sejak 5 thn lepas.
xapa.

bersofakan tikar 5 ringgit je.
xapa.

materi is materi.

dan cinta bukan salah satu dari attributes materi.
bukan.

jadi,
saya wajib ubah 'ada suami nanti,....' saya.

*senyum*

Jumaat, Februari 10, 2012

Do not give up!

D'Masiv
Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

repeat reff1

reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

repeat reff1
repeat reff2

jangan menyerah

sebulan lebih sikit
lamanya saya duduk di rumah
sejak tinggalkan utp
ntah kenapa hati saya merajuk
saya rasakan yg saya tak akan jejak ke sana lagi
bila saya say good bye,
i mean it.

thanks Allah for the 8 years life in utp.
saya lebih lama di situ berbanding di bawah ketiak Amma.

duduk rumah.
setiap kali driving, saya rasakan bukan saya yang menggerakkan kereta tu.
buat kerja2 xglamer dan boring (ini definisi saya. jgn marahkan)

contohnya:
kemas katil
sapu habuk dan sampah dr dlm bilik, bawak ke ruang tamu, sampai ke dapur.
kebas karpet berhabuk.
basuh pinggan mangkuk.
sental kotoran degil pada sinki.
basuh toilet.
buang sampah yg smelly dan kadang2 ada ulat.
masak2 sayur.
masak air dan penuhkan bekas air.
masak2 lauk.
masak nasi goreng.
kutip baju kotor dan letak dalam mesin basuh.
sidai, angkat dan lipat kain2.
simpan dalam almari.
gosok baju kerja Ayep.
terpaksa tgk Putri yang Ditukar, Gemersik Kalbu, Vanila Coklat, Ariana Mikhail dan Bella Calamidades.
goreng donat hampir hangus.
bakar badam dlm microwave sampai hangus. (seriusly...bekas transparent tu cair dan berasap weh)
yg paling xboleh blah...berat badan dah naik semula!!

*hentak kepala atas meja*

kadang2,
saya tgk suri rumah yang menjadi suri rumah selama berpuluh2 tahun,
saya jadi pelik,
pelik pada hebatnya mereka jadi sabar dan kekal berkhidmat sebagai tukang masak, tukang sapu, buat laundry service SETIAP HARI.

Subhanallah.
saya memang nak bagi awards pada suri rumah full time tuh.


sudah tidak ada bagi saya.
tiada lagi life yg osem as phd student;

pergi ke lab.
cari journals, papers.
baca papers.
buat summary.
bermeeting berkaitan ICCIS.
preparation untuk tutorial lab.
mengajar dalam lab.
marking assignment students.
kadang2 invigilate test.
berdiskusi bersama Brother KUD, Sis Sureena mengenai phd, research, utp, postgraduate in uk, doing phd in us dll.
having mesyuarat tingkat wif Sob, Hamada, Din..
professor itu, dean ini, conference itu, journal ini, fees, allowances, bla bla bla....
ber'speaking' bila nak bercakap dgn international students

*paused*

saya sedang melihat dan merasa hidup saya sedang berubah dari the swan princess ke ugly duckling.
haha.

bila pepatah kata hidup ni ibarat roda,
sekejap kita di atas,
sekejap lagi mungkin kita di bawah.

terlalulah benar.

saya boleh bantu Amma untuk monthly expenses, dulu lah.
tapi...
sekarang, sayalah penghabis beras kat rumah ni.
semua bil  dan expenses saya adalah atas ihsan Amma.
satu persatu rantai dan gelang emas Amma jadi korban.
untuk menyambung hidup kami.

Ayat 1000 dinar baca tiap2 hari.
hantar resume dah,
interview dah,
tp nothing.

kadang2
rasa nak menangis pun ada.
pernah x rasa diri useless?

sekarang saya sedang rasakan.
kebesaran Allah.
yang saya bukan siapa2
saya bukan paling hebat dalam famili.
walau saya belajar paling tinggi
saya tetap jadi pencuci toilet.

selama ni saya sombong tanpa saya sedar.
kalu Allah kata bukan saya punya,
memang milik Allah lah.

memangnya hanya pada Allah sajalah tempat menyerah.
untuk sedar kelemahan diri,
sangat pedih.
hati saya dikelar2.

untuk cari jalan keluar,
lagilah...
hati saya bagai dihiris2.

tau x pemandangan di dunia yg kedua terindah?
(yang pertama dah tentu  untuk melihat sendiri Kaabah)

*senyum*

berdiri di luar rumah.
lihat ke dalam.
lihat semua isi rumah sedang bersama2, bercit chat, tersenyum, gelak ketawa.

*senyum*

senyum itu yang mahu saya kekalkan...

Ya Allah,
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Janganlah jauh dariku.
saya takut tanpaMu,Ya Allah.

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rabb.

Opick - Tafakur

first time dgr lagu ni, saya terkedu.

*speechless*


yg paling buat hati saya kena hiris adalah:
"berjuta kata tak cukup untuk melukis indah-Mu"

*hati cair*

xperlu sy ckp apa2 lg..
sila layankan~~

Opick
Tafakur

Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu

Reff:
Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu


Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..

Bumi akan sepi
Bangga sementara

A… adakah tempat kembali
A… adakah selain Allah

Back to Reff:
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haa…ha..ha..

Khamis, Februari 09, 2012

kosong

jauh saya tinggalkan bulan Februari ni tanpa entri.


ada cerita nak diceritakan.
ada tangis.
ada derita.
ada cerita.

ada.


tapi belum jumpa kekuatan.

tunggu saya....
boleh?

Rabu, Februari 08, 2012

39th day of 2012

8 February 2012
Ulangtahun Lahir Abg Adi ke 33.
Semoga Allah terus limpahkan kurnia dan rahmat-Nya buatmu abang.
Semoga doa2 mu dimakbulkan Allah suatu hari nanti InsyaAllah.
Semoga kau tabah jalani hidup yang penuh dengan liku dan dugaan.
Semoga sentiasa ditunjukkan jalan benar yang patut kau pilih dan
sentiasa dipandu hatimu untuk membuat keputusan yang tepat apabila tiba di persimpangan.

2009's convocation


esok ulangtahun Arieana pulak...
kene mintak Yana doa banyak2 ni.
:)



Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb