sebulan lebih sikit
lamanya saya duduk di rumah
sejak tinggalkan utp
ntah kenapa hati saya merajuk
saya rasakan yg saya tak akan jejak ke sana lagi
bila saya say good bye,
i mean it.
thanks Allah for the 8 years life in utp.
saya lebih lama di situ berbanding di bawah ketiak Amma.
duduk rumah.
setiap kali driving, saya rasakan bukan saya yang menggerakkan kereta tu.
buat kerja2 xglamer dan boring (ini definisi saya. jgn marahkan)
contohnya:
kemas katil
sapu habuk dan sampah dr dlm bilik, bawak ke ruang tamu, sampai ke dapur.
kebas karpet berhabuk.
basuh pinggan mangkuk.
sental kotoran degil pada sinki.
basuh toilet.
buang sampah yg smelly dan kadang2 ada ulat.
masak2 sayur.
masak air dan penuhkan bekas air.
masak2 lauk.
masak nasi goreng.
kutip baju kotor dan letak dalam mesin basuh.
sidai, angkat dan lipat kain2.
simpan dalam almari.
gosok baju kerja Ayep.
terpaksa tgk Putri yang Ditukar, Gemersik Kalbu, Vanila Coklat, Ariana Mikhail dan Bella Calamidades.
goreng donat hampir hangus.
bakar badam dlm microwave sampai hangus. (seriusly...bekas transparent tu cair dan berasap weh)
yg paling xboleh blah...berat badan dah naik semula!!
*hentak kepala atas meja*
kadang2,
saya tgk suri rumah yang menjadi suri rumah selama berpuluh2 tahun,
saya jadi pelik,
pelik pada hebatnya mereka jadi sabar dan kekal berkhidmat sebagai tukang masak, tukang sapu, buat laundry service SETIAP HARI.
Subhanallah.
saya memang nak bagi awards pada suri rumah full time tuh.
sudah tidak ada bagi saya.
tiada lagi life yg osem as phd student;
pergi ke lab.
cari journals, papers.
baca papers.
buat summary.
bermeeting berkaitan ICCIS.
preparation untuk tutorial lab.
mengajar dalam lab.
marking assignment students.
kadang2 invigilate test.
berdiskusi bersama Brother KUD, Sis Sureena mengenai phd, research, utp, postgraduate in uk, doing phd in us dll.
having mesyuarat tingkat wif Sob, Hamada, Din..
professor itu, dean ini, conference itu, journal ini, fees, allowances, bla bla bla....
ber'speaking' bila nak bercakap dgn international students
*paused*
saya sedang melihat dan merasa hidup saya sedang berubah dari the swan princess ke ugly duckling.
haha.
bila pepatah kata hidup ni ibarat roda,
sekejap kita di atas,
sekejap lagi mungkin kita di bawah.
terlalulah benar.
saya boleh bantu Amma untuk monthly expenses, dulu lah.
tapi...
sekarang, sayalah penghabis beras kat rumah ni.
semua bil dan expenses saya adalah atas ihsan Amma.
satu persatu rantai dan gelang emas Amma jadi korban.
untuk menyambung hidup kami.
Ayat 1000 dinar baca tiap2 hari.
hantar resume dah,
interview dah,
tp nothing.
kadang2
rasa nak menangis pun ada.
pernah x rasa diri useless?
sekarang saya sedang rasakan.
kebesaran Allah.
yang saya bukan siapa2
saya bukan paling hebat dalam famili.
walau saya belajar paling tinggi
saya tetap jadi pencuci toilet.
selama ni saya sombong tanpa saya sedar.
kalu Allah kata bukan saya punya,
memang milik Allah lah.
memangnya hanya pada Allah sajalah tempat menyerah.
untuk sedar kelemahan diri,
sangat pedih.
hati saya dikelar2.
untuk cari jalan keluar,
lagilah...
hati saya bagai dihiris2.
tau x pemandangan di dunia yg kedua terindah?
(yang pertama dah tentu untuk melihat sendiri Kaabah)
*senyum*
berdiri di luar rumah.
lihat ke dalam.
lihat semua isi rumah sedang bersama2, bercit chat, tersenyum, gelak ketawa.
*senyum*
senyum itu yang mahu saya kekalkan...
Ya Allah,
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Janganlah jauh dariku.
saya takut tanpaMu,Ya Allah.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rabb.
1 ulasan:
ermm . im juz only said , sabar yea kak , sabar , pasti ader yg terbaik utk akk nanti . sebak skit bace beberape sentences entri akk . insyaALLAH , pasti ade rezki utk akk suatu hari nanti . sue akn cube tlg akk , sue juz cube , tp semua tuh , ALLAH yg bagi nanti :)))
Catat Ulasan