Khamis, Julai 05, 2012

kalu betul2 syg Rasulullah, ikutlah sunnah Rasulullah yg sebenar. tinggalkan yang bid'ah. please.

Salam.

malam ni malam nisfu Syaaban.
banyak 'ustaz dan ustazah' facebook yang share tentang amalan2 yang dilakukan pd mlm nisfu Syaaban.

dan sy sgt marah.


yelah.

kalu benda tuh bid'ah... bid'ah lah...




yg lain2, membuta tuli, share pulak kat fb page depa.
yg lain2 lagi, terus niat nak puasa Nisfu Syaaban esok hari.




*mengeluh*



please note this!

satu:
tak ada amalan khusus pd mlm Nisfu Syaaban!!!!!!!!!

yg ada adalah:
Dari Abu Hurairah ra. sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada Aku, untuk Aku memperkenankan doanya? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya? Mana orang yang memohon keampunan-Ku, untuk Aku mengampuninya?”-Riwayat Al-Bukhari-

note the key word please: "setiap malam..."

bgnlah Qiyam bila2 pun, ngaji lah Quran hari ape pun... xde istilah ibadah spesifik Nisfu Syaaban...yg melayakkan anda dpt pahala mcm ni, mcm tuh..


no no no!


dua:
puasa pada hari Nisfu Syaaban juga tak ada!!!!!!!!!

yg ada adalah... puasa sunat selama 3 hari setiap bulan iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.

Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) “Kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13,14 dan 15 haribulan), 2 rakaat Dhuha dan solat witir sebelum aku tidur”. –Riwayat Al-Bukhari-



niat kene betul
wahai manusia.

tolonglah...............................



sumber:http://ismajepun.com/v2/nisfu-syaaban/

Tiada ulasan: