Rabu, Ogos 29, 2012

glukosa asid dlm hidup

hari esok akan datang dalam masa kurang lagi setengah jam.
saya mesti menaip dengan cepat.
saya jangan tido lambat lagi
esok kerjaaa...

*senyum*


oleh kerana sedap cuti Sabtu dan Ahad,
untuk bangun seawal pagi jam 6 pada hari Isnin adalah
macam bercintaaaa....

waaaaaaaaaaaaa!!


xmo bangun!

haha.

untuk melangkah kaki ke kitchen Mekdi,
cukup saya longlai.

hati saya sudah tidak ada di situ.
saya pergi kerana terpaksa.

tapi,
saya jadi ada hati semula
kerana adanya crew2 yang lain.
mereka adalah penyaman hati saya.


*senyum*


Ya Allah,
mohonkan yang terbaik untuk mereka semua.
berikanlah petunjuk, taufik dan hidayah kepada mereka.


Amin Ya Rabbal 'Alamin.



ada seorang yang saya jadi keras untuk doakan pada dia.

ye. saya pendendam.

saya adalah manusia yang lambat marah,
tapi, bila saya marah, saya susah memaafkan.

maaflah.
ini perangai buruk saya.

kalu saya ingatkan feel dabel M,
memang hati saya sangat sakit.
benci yg amat.

tapi,
saya tahu yang saya mesti belajar memaafkan.

sebabnya,
saya tahu Allah selalu maafkan dosa2 saya,
Allah selalu berikan peluang kedua, ketiga, keempat..keempat ratus, ke empat ribu
pada saya.
siapalah saya untuk membelagakkan diri dengan dabel M.











*paused*

*fikir*




saya belajar banyak perkara dari pergaduhan saya dengan dabel M.

dabel M adalah satu jalan yg Allah wujudkan
untuk saya belajar sesuatu.
untuk saya belajar bersabar.
untuk saya belajar betapa pentingnya erti hormat menghormati.
yang mana saya sendiri ada curang corotnya.

di dalam fikiran waras,
saya sedar yang tiada manusia yang dilahirkan jahat, kejam.
sik da!

bila difikrkan semula dengan waras,
saya dapat listkan kebaikan dabel M disebalik feelnya yang saya bencikan.


memanglah saya manusia,
bila ada kain putih terbentang,
jika ada satu aja titik hitam,
itulah jadi fokus.
putih itu bukan lagi sebutan...
hanya yang buruk2 jadi jajaan.



ada sebabnya Allah gagalkan pencarian kerja saya selama 6 bulan dulu.
ada sebabnya Allah takdirkan saya bekerja di kitchen Mekdi IM ini.

saya baru sedar sekarang.

yang mana saya bencikan feel dabel M,
itulah yg saya buat juga.

intan, you are no angel!


*sebak*


Alhamdulillah.
terima kasih Allah atas pengajaran ini.


isi2 buruk yg saya gaduhkan dengan dabel M :
pada saya dabel M kurang adabnya.
dia tidak hormat pada org2 tua mcm saya,
malahan juga pada yang lebih muda daripadanya.

jawatannya, ke'bz'annya, kepenatannya,
bukan alasan untuk menjadi manusia yang kurang hajar!

kesalahan org lain disebut2,
kesalahan sendiri, pandai pulak buat senyap.

manusia yang tak boleh bersabar.

manusia yang hendak org ikutkan cakap dia sorang saja.
dia sajalah yang betul.



*mengeluh*



*senyum*


tapi,
ada juga putih malaikatnya dabel M ni,

saya boleh katakan,
sepanjang bulan puasa haritu,
tanpa dabel M di syif petang,
takkan ada manager lain yg ambil kesah akan juadah kuih dan air untuk crew berbuka puasa.
adanya dabel M,
air ada tersedia dalam tong kuning.
ada krew yang bertugas membeli makanan di bazar.
ada kuih2 yg siap terpotong.
saya tahu dia jugalah yang menghulurkan duit utk membeli kuih2.


pendek kata,
dabel M ambil berat hal berbuka crew2nya.


dan saya tahu,
Allah tetap berikan balasan atas setiap sen,
atas setiap patah perkataan,
atas setiap niat dia.
yang mana menggembirakan hati org2 yg berpuasa.




*senyum*



sejak saya pernah menangis di kitchen dulu,
dabel M sudah x naik tok sheikh lg bila ada crew yang nak break dalam time 'customer in'.
dan saya rasa manager2 lain pun dah berubah.



dabel M kerjanya serius.
dia bukan jenis main2.

selalunya,
sambil lalu pun,
dia akan dapat nampak cacat cela di situ.
haha.


dia buat kerja dengan pantas.
dialah satu2nya org yg saya jumpa buat produk follow KVS.
dabel M mmg pantas dan cekap bekerja.
tp of courselah,
dia swastakan untuk amik large order.

tapi, dia tetap laju la...
saya perlu belajar dari dia kalu nak jadi pantas juga.
:)






sila lihat di atas semula.
panjangnya esei  kebaikkan dabel M lebih dr isi2 buruknya.






ini adalah cakap saya.
orang lain saya xtahu menahu.
apa yg saya keluhkan bukanlah keluh wakil rakyat Mekdi IM ini.

dulu,
saya ada niat nak cakapkan ini:

"Run! while you can!"


pada awek dabel M.



haha.


tapi sekarang,

still saya nak cakap bende yang sama.
unless dabel M dah cuba berubah dan berubah sikit2 ke arah perbaiki kelemahan.

















oh no...
sekarang dah jam 12.37 pg.
saya over limit hampir 40 minit.


ok.
enaf dabel M stori mori.
selamat malam.


terima kasih Allah.
saya yang xtahu malu ni nak mohon lagi...
mohonkan tunjukkan jalan yang mana untuk saya buat
supaya keadaan boleh diperbetulkan.


Amin Ya Rabb.



Salam Syawal,
mari kita sama2 berpuasa 6.
semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
InsyaAllah.
Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: