Jumaat, November 23, 2012

result UPSR dah keluar! yeay!

result UPSR keluar dah berapa hari yang lalu.
basi topik yg saya nak bincangkan.

basi tak basi.
saya nak jugak membebel.
sebab mentaliti parents dan cikgu2 sekolah masih di macam zaman saya amik UPSR tahun 1996 dulu.

buat adik2 yang berjaya dapat 5A,
alfu mabruk!
Alhamdulillah.
syukur pada Allah dik.

bersyukur sebab ada cikgu2 yg susah payah mengajar.
syukur sebab ada parents yang sanggup keluar duit hantar pergi tuisyen bagai.
syukur sebab ada parents yang ikut mendoakan kejayaan adik2.
syukur sebab adik2 ada parents yang turut meraikan kejayaan adik.
(akak ada kawan yang sudah tiada ayah untuk sama2 kongsi kejayaan dia)

adikku,
you are so lucky!
jadi, bersyukurlah pada Tuhan.


dan,
pada adik2 yang xberjaya dapat 5A,
tak apa.

jangan frust menonggeng.
kalau nak menangis, menangislah.
tapi jangan lama sangat.

sebab adik perlu bangkit dan terus usaha untuk exam2 lain
yang lagi penting,
yang lagi mencabar,
yang legi besar impaknya terhadap masa depan adik2.

UPSR masih terlalu awal untuk menentukan masa depan adik2.

adik baru 12 tahun.
takkan xdapat 5A, masa depan adik gelap kot?

pada parents,
sudah2lah...
die budak lagi,
kalau dia tak pernah silap, tak pernah gagal,
mana dia nak kutip pengalaman hidup?

tolonglah bagi anak2 awak belajar yang bahawasanya:
tak apa gagal.
its not a big deal!
umur dia baru 12 tahun kot.
pujuk dia.
bagi semangat kat dia untuk buat yang baik in future.

janganlah korang membebel2,

contoh 1:
"tuhlah, banyak sangat main iPad. memang abah jual balik iPad tuh!"

contoh 2:
"inilah dia, lain kali main FB banyak2 lagi. tak payah studi, bukak je FB tuh sampai Subuh"

contoh 3:
"anak pak long kamu dapat 5A, kamu dapat 1 je. eeiii...buat malu betul"

contoh 4:
"tuhlah, ayah suruh pergi sekolah, pergi belajar, tapi kamu pergi sekolah, bukan belajar, main je banyak!"

dan contoh2 yang lain.

wahai parents,
banyaknya bilangan A bukan menunjukkan anak2 kamu pandai dalam akademik dan vice versa, oke!

tolonglah telan dan hadam bende ni.
tolonglah simpan perbahase busuk saya ni dalam kamus hidup anda.


kepada cikgu2 sekolah jugak,
saya tujukan peribahase ini pada anda jugak.

janganlah pandang rendah pada budak2 yang xdapat straight As.

awak tak tahu betapa terlukanya hati mereka,
dan betapa mereka akan bawa perasaan terkilan itu sampai tua.

suka? ade anak murid yang awak pun dah  tak ingat tapi dia berdendam pada awak sampai dia mati?
suka? budak2 tuh hilang keyakinan diri dia disebabkan persepsi dan respon awak?

ok lah.
saya ni memandai2 je nak mengajar cikgu.
saya ni memandai2 je nak mengajar parents2.

padahal saya bukan cikgu,
padahal saya pun belum ada anak,
memanglah saya tak faham apa yang anda2 rasakan.

tapi,
saya faham perasaan murid2 awak.
saya faham perasaan anak2 awak.

Tiada ulasan: