Khamis, Disember 20, 2012

procedure buat pasport Dec 2012 (the latest)

*senyum*

hari ni hari Rabu. sy cuti.
saya pergi buat pasport dengan Amma.



*senyum*





prosedur untuk membuat pasport zaman sekarang  adalah mudah dan express.

pertama:
pergi kedai gambar dan cakap kat staff situ nak amik gambar pasport.
stendednyer, kedai akan cuci 4 keping dgn harga rm10 atau rm 12. bergantung pada kedai lah.
orang perempuan mesti pakai tudung berwarna gelap ye.
(saya pakai tudung hitam. senang citer. )

org lelaki xboleh pakai songkok atau kopiah sbb akan menutupi dahi.



kedua:
pergi ke jabatan imigresen negeri masing2 dan pergi ke kaunter pasport.
sebelum saya diberi nombor giliran, saya disuruh mengisi sekeping kertas kecil yang mana saya tuliskan nama, ic, alamat rumah dan phone no.
setelah itu, borang kecil td serahkan kembali pada staff di kaunter no giliran beserta 2 keping gambar pasport dan ic original.

(nota: ic fotostet tidak digunakan langsung)


ketiga:
setelah dapat no giliran, tunggu dan apabila turn kita dah sampai, serahkan 3 benda td: borang kecil, ic original dan 2 keping gambar pasport. kita kena cap jari dan sign pada borang yang di print oleh petugas di situh.

(nota: tiada borang yg perlu kita isi)


keempat:
setelah siap, kita tunggu sehingga nombor giliran td dipanggil sekali lagi oleh kaunter pembayaran.
(saya amik yang termurah rm100 untuk 2 tahun)


kelima:
setelah membuat pembayaran, pergi cafe atau gerai kecil di luar ruangan, belilah jajan, air kotak, asam masin atau apa2 yang anda suka. makan.

masa yang diperuntukkan adalah sejam untuk menunggu pasport anda siap.

tapi tadi, oleh kerana xramai pemohon, pasport kami siap dalam masa setengah jam shj.
terbaek lah!


*senyum*



saya buat pembayaran 5 minit kurang jam 3 ptg.
jam 3.30 saya amik no giliran untuk kutip pasport.
5 minit kemudian, pasport telah dalam genggaman saya.


walla!


as easy as that.

pasport kami sudah siap.
Ya Allah, kami makin hampir.
sempatkan kami ke sana.
Amin Ya Rabb.




semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: