Khamis, Januari 24, 2013

22061954-19012013

19th January 2013.
2.50 am.
Saturday.

tarikh dan masa di atas
takkan pernah saya lupakan seumur hidup.

Amma dah pergi.
tinggalkan saya dan adik-beradik.
tinggalkan derita sakit 3 tahun.
tinggalkan sejuta kenangan dalam hati kami.
tinggalkan senyum dan tawa untuk kami rindu.



Amma takkan kembali lagi.



Amma xsempat ke Tanah Suci bersama saya.
bahkan banyak yang Amma xsempat lihat.
xsempat dapat.
saya xsempat tunaikan.


*senyum kecil*


sesungguhnya peyesalan adalah satu sakit yang paling dalam.
kerana ianya tak berguna satu sen pun.



macam mana untuk saya luahkan.
sehari sblm Amma pergi,
doktor intubate Amma.

di mlm itu saya betul2 sunyi.
walaupun Amma ada di tepi saya dgn mesin respiratory,
tapi saya tahu yang saya sudah kehilangan Amma.


selalunya Amma akan jeritkan nama saya berkali2.
mengadu sakit.
mahukan air.
mahu diurut.
mahu makan.


di mlm itu, saya seperti dengar Amma memanggil nama saya.
tapi, Amma sudah tidak sedar lagi.


di mlm itu, saya rindukan suara Amma.

di mlm itu, saya tak terbiasa sunyi.

di mlm itu, saya rela saya tak cukup tidur dikejut Amma.
tapi, Amma tak kejutkan.









sunyi.









sampai sekarang.

Sabtu, Januari 05, 2013

kun fayakun.

dah semingu tahun 2013 datang.
hati saya mati.
tak ada nafsu utk sambut new year.


keadaan Amma semakin xbaik.
result drpd ct scan 5/12 hari tu,
sel kanser merebak ke beberapa organ lain.

hati, perut, di antara veins..


ayat Prof Mokhtar pd kami sangat jelas.
tiada ayat lapik selindung lagi.


"setiap orang ada reason untuk mati"



*kosong*



sebenarnya,
selama beberapa bulan ni,
saya dapat lihat dan rasa yang Amma semakin menurun kesihatannya.

tapi, saya tipu diri saya sendiri.
saya yakinkan yang mesti ada jalannya.
mesti ada penawarnya.


tarikh sebelum ke Mekah adalah 27 hari lagi.
Ya Allah, sempatkan kami ke sana.
izinkan kami berdua menunaikan umrah untuk-Mu.
berikanlah kesihatan tubuh badan untuk kami menyempurnakan ibadah umrah ini.
permudahkanlah urusan kami.
bantulah kami.


pg smlm,
Amma cakap mcm ni:
"kat depan Kaabah nnt, mak nak doa, nak tgk awok kawen dulu sblm mak mati"


on the spot air mata jatuh.
Amma xnampak sbb sy tgh menggoreng ns.



di depan Amma,
saya buat biasa.
saya mesti kuat.



Ya Allah,
tempuhkan saya dengan iman yang tinggi.



semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.