Khamis, Januari 24, 2013

22061954-19012013

19th January 2013.
2.50 am.
Saturday.

tarikh dan masa di atas
takkan pernah saya lupakan seumur hidup.

Amma dah pergi.
tinggalkan saya dan adik-beradik.
tinggalkan derita sakit 3 tahun.
tinggalkan sejuta kenangan dalam hati kami.
tinggalkan senyum dan tawa untuk kami rindu.



Amma takkan kembali lagi.



Amma xsempat ke Tanah Suci bersama saya.
bahkan banyak yang Amma xsempat lihat.
xsempat dapat.
saya xsempat tunaikan.


*senyum kecil*


sesungguhnya peyesalan adalah satu sakit yang paling dalam.
kerana ianya tak berguna satu sen pun.



macam mana untuk saya luahkan.
sehari sblm Amma pergi,
doktor intubate Amma.

di mlm itu saya betul2 sunyi.
walaupun Amma ada di tepi saya dgn mesin respiratory,
tapi saya tahu yang saya sudah kehilangan Amma.


selalunya Amma akan jeritkan nama saya berkali2.
mengadu sakit.
mahukan air.
mahu diurut.
mahu makan.


di mlm itu, saya seperti dengar Amma memanggil nama saya.
tapi, Amma sudah tidak sedar lagi.


di mlm itu, saya rindukan suara Amma.

di mlm itu, saya tak terbiasa sunyi.

di mlm itu, saya rela saya tak cukup tidur dikejut Amma.
tapi, Amma tak kejutkan.









sunyi.









sampai sekarang.

Tiada ulasan: