Isnin, Mac 04, 2013

rindu

saya rindukan solat di MasjidilHaram.
saya rindu solat di Masjid Nabawi.
saya rindu berjalan kaki di gelap Subuh 4.30 pagi ke Masjid Nabawi.
saya rindu sujud dan berdoa sambil menangis di hpn Kaabah.
saya rindu berjalan kaki ke MasjidilHaram.
saya rindu minum air zam-zam apabila masuk ke masjid.
saya rindu duduk di dalam masjid menanti solat Isya'.
saya rindu udara segar dan sejuk Madinah.
saya rindu karpet merah MasjidilHaram.


Ya Allah,
saya rindukan segala2nya tentang bumi Mekah dan Madinah-Mu.


betapa bertuahnya insan2 yang bermastautin di sana.
betapa bertuahnya insan2 yang dilahirkan di sana.
dan betapa bertuahnya insan2 yang meninggal dunia di sana.


terima kasih Allah kerana jemput saya ke sana.
terima kasih Allah kerana izinkan saya solat di 3 masjid berkat-Mu.
terima kasih Allah kerana berikan saya minum air zam-zam  Mu.
terima kasih Allah kerana peluang saya berkelana di bumi para Nabi-Mu.
terima kasih Allah atas rasa indah dan manis semasa saya di sana.
terima kasih Allah atas rindu ini.


Ya Allah,
kekalkan rindu saya pada kiblat-Mu
sehingga saya dijemput lagi ke sana.

Ya Allah,
jemputlah ahli keluarga saya juga
serta insan2 yang saya sayangi
untuk menjadi tetamu-Mu.



Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: