Selasa, Mei 21, 2013

Interview IUKL (KLIUC)

saya berinterview pada hari Rabu 15hb Mei 2013 haritu.

rata-rata,
ramai yang tak tahu IUKL (Infrastructure University Kuala Lumpur) bila saya sebutkan yang saya ada interview di situ.
tapi, bila saya mentioned KLIUC, baru orang tahu.

menurut kezen, Farra, IUKL baru dapat full university pada bulan February awal tahun haritu.
mungkin inilah sebabnya ramai yang belum familiar dengan nama IUKL.


di sini,
suka saya nak kongsikan pengalaman saya berinterview.

dalam email, selain daripada saya perlu membawa certificate yang original, saya diberi tajuk untuk sedikit mock teaching.

tajuk yang saya dapat ialah: Software Evaluation.

reaksi saya:


*nak nangis*


saya tak pernah ada pengalaman mengajar subjek tu.
saya tak tahu macam mana nak prepare slides, nota tak ada, text book lagilah tak ada.

jadi, jalan paling mudah, tanya kawan.
saya tanya beberapa orang kawan yang dah senpai pengalamannya berkecimpung dalam industri pendidikan.

ada beberapa tips yang diberikan:

-jangan nervous, imagine you are sharing instead of teaching.
- buat slides merangkumi introduction, objective, isi-isi penting dan conclusion.
( saya tambahkan satu lagi slide iaitu references)

oleh kerana saya tak berani nak minta tukar subjek mock teaching,
(takut dilabel banyak songeh atau tak mampu terima cabaran)
saya mencari bahan dengan merujuk kepada pakcik gugel.

keyword: software evaluation filetype: doc   / software evaluation filetype: pdf  / software evaluation filetype: ppt


dengan mudah, saya dapat beberapa powerpoint presentation. saya download dari UPM berkenaan introduction software evaluation.
ada juga dari research paper dan website.

mula-mula saya sangat stress, saya tak faham apa yang saya baca, tapi saya terpaksa juga copy and paste. saya jadi runsing, saya tak tahu apa nak present mock teaching tuh nanti.

oleh kerana apa yang saya tahu adalah membuat research, slides yang saya tuliskan ibarat summary daripada paper, powerpoint dan website berkenaan beberapa methods of software evaluation.

sewaktu mock teaching tu, saya telah tersilap tulis dan HOD telah menegur.

mula-mula memang saya cuak. rasa nak tergagap dah masa tuh, tapi akhirnya boleh la explain apa yang saya nak maksudkan sebenarnya.  dan saya minta maaf atas kesilapan saya.


dan satu ayat dari HOD yang sangat berkesan dalam hati saya:

"we already know the subject,we just want to see how you handle questions, your projection voice"
(lebih  kurang macam tu)

sama macam Farra pesankan, mock teaching adalah key untuk kita diterima atau tidak. pointer tidak dijadikan pertimbangan utama, cara kita mengajar, adakah sampai kepada ketiga-tiga panel, itu yang paling penting.


yang menjadi panel interview haritu, HOD, Dean dan seorang lagi doc, saya telah lupa jawatannya.

Alhamdulillah, the interview went well, saya bersyukur kerana ketiga-tiga panel itu sangat baik.
tak kerek.
terus terang.

interview dimulakan dengan brief introduction about myself.
kemudian mock teaching.
dan sesi soal jawab.

antara soalan,
-subjek yang saya minat nak mengajar
-macam mana nak bahagikan masa dengan tugas sebagai lecturer dan researcher?

katanya
ini adalah interview yang pertama.
kalau lulus, saya akan dipanggil untuk interview kedua dengan HR Dept.

interview itu akan ada juga mock teaching cumanya tanpa projector dan slides.
hanya marker pen dan whiteboard.

kata Farra, insyaAllah kalau dipanggil ke interview kedua, peluang diterima amatlah cerah.
kerana intervier HR berkisar gaji yang diminta, bila tarikh boleh bekerja, mesti berikan salinan sijil yang telah disahkan dan beberapa dokumen peribadi seperti salinan IC dan surat beranak.


*senyum sikit*


saya pun tak tahu  keputusannya.
saya masih belum terima apa-apa email atau panggilan telefon dari pihak IUKL.

kalau saya dipanggil ke interview kedua,
akan saya kongsikan, InsyaAllah.


semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: