Khamis, Jun 27, 2013

rezeki sudah di IUKL, Kajang

saya sudah berada di IUKL sejak Isnin.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulilllah.


Terima kasih Ya Allah atas semua rezeki yang dikurniakan.
Terima kasih atas doa-doa keluarga, teman yang dimakbulkan.
Terima Kasih kerana berdampingan saya dengan insan-insan yang tak putus berdoa untuk saya.



Sujud Syukur tak mampu membalas rahmat -Mu Ya Allah.




sudah tentu,
berada di sini, cabarannya tetap ada.

macam-macam.

ada sikit rasa takut.
nerves.
kurang yakin pada diri sendiri.



tapi,
Uncle Maarup pesannya buat saya kuat;
"ini semua kerja Allah. kalau orang lain boleh buat kenapa awak tak boleh?"

saya pujuk hati.
sabar hati.
jangan jatuh.
sabar air mata.
jangan jatuh.

saya pujuk hati;
"Allah nak beri ilmu ni."


pesan senpai-senpai;

"kalau tak tahu tanya. mana yang akak mampu, akak tolong ye."


Ya Allah,
sesungguhnya di sebalik kesulitan, ada kemudahan.


betapa benarnya janji-Mu Ya Allah.



semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...tahniah saya tumpang gembira setelah saudari mengharungi pelbagai liku2 kehidupan dalam mencari kerja..Alhamdulillah. Boleh saya tahu bagaimana nak apply di IUKL? Terima kasih.

I.N.T.A.N berkata...

salam saudari tanpa nama,

skrg fakulti ICT memerlukan lecturer, kalau cik nak cuba hantar resume, reply comment saya, saya akan beri email address saya.