Sabtu, Ogos 17, 2013

bumi Mesir, bukan bumi kita kah?

isu Mesir tak nampak significant bila dibaca dari layar monitor komputer.
*sedih*

bila kita sedang sibuk menyiapkan assignment mengejar dateline.
bila kita sedang sibuk menguplod gambar2 hari raya lepas.
bila kita sedang sibuk meng'stalker' fesbuk ex-Gf, ex-BF,
bila kita sedang sibuk dengan segala mak nenek tab dan iPad.

hidup kita sekarang lebih signfikan dari nyawa rakyat Mesir.
kalau kita tak submit according to dateline, record akan buruk.
reputasi jatuh, gaji pun ditolak, akan ada shortage of monthly commitment.

gambar2 raya kita lebih signifikan dari gambar2 saudara kita yang syahid di Mesir. tambahan pula, para jurugambar yang bertarung nyawa untuk meng'capture' setiap saat genting di Mesir tiada apa-apa makna untuk kita.

melihat perkembangan ex-BF dan ex-GF kita bersama teman barunya lebih signifikan daripada perkembangan pertempuran serangan di medan Rabaah.

menggunakan masa lapang dengan bermain game pau, lumba kereta dan yang sewaktu dengannya adalah lebih signifikan dari mendoakan saudara seIslam kita di Mesir sana.

*sedih*

apabila ianya tidak terjadi pada kita, isu Mesir tak ada signifikannya.
apabila ianya tidak terjadi pada saudara kita, isu Rohingya tak ada signifikannya,
apabila ianya tidak terjadi di negera kita, isu Syiria tak ada signifikannya,
tak ada.

Ramadhan dah tinggalkan kita.
begitu jugalah kita meninggalkan semua kebaikan2 yang kita lakukan, gandakan sewaktu di bulan mulia itu.

Syawal bukan bulan melupakan kebajikan dan kembali pada kejahilan,
tapi bulan meneruskan amal ibadat.

kalaulah anda lihat berapa kerat yang datang ke masjid untuk solat berjemaah di bulan Syawal ini,
kalalah anda dengar getar suara menahan air mata imam di saat beliau membacakan doa Qunut Nazilah dalam solat,
kalaulah anda rasa getar hati mengaminkan doa Qunut Nazilah sedalam-dalamnya,

kita belum cukup Islam lagi.
belum.

*menangis*

Tiada ulasan: