Selasa, September 17, 2013

kuasa doa yang daulat amat

buat para jemaah yang dijemput ke tanah suci pada tahun ini.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Tahniah.

saya jelez.


haha.


di sana banyak lain dengannya dengan tempat tinggal kita.
di sana jaga hati dan jaga mulut
jaga pandangan dan jaga telinga

di sana doa adalah sangat makbul
lantas, usah di doa yang buruk keji

di malam pertama menjejak kaki  di Mekah Al-Mukarramah,
makanan yang disediakan kehabisan.

tak sempat saya dapatkan.
perut yang lapar jadi lupa.

kerana debarnya
akan berhadapan dengan Kaabah dalam beberapa minit saja lagi.

melaksana umrah buat kali pertama sangat mencabar,
waktu 2 pagi panasnya ibarat siang hari.

ramainya manusia,
berhimpit, ditolak, rasa takut terpisah.


sabar adalah kunci atas segalanya.
iya?


sepulang dari MasjidilHaram,
perut mula berbunyi.

dalam hati saya mengadu
pada Allah,
"Ya Allah, laparnya perut saya"

SubhanAllah.
AllahhuAkbar.

Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Mengasihani.

jalan yang kami lalu di kaki lima kedai,
tuanya menyedekah kebab dan air kotak
pada setiap kami.

MasyaAllah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


*senyum*


tak tergambar dengan perkataan betapa
rasa gembira syukur saya di saat itu

rasa itu sangat sweet.


*senyum*



teruskan berdoa.
doa yang baik-baik ya!

kepada semua bakal tetamu Allah yang istimewa,
Semoga selamat pergi dan kembali
samada kembali ke pangkuan keluarga
mahupun kembali ke sisi-Nya.
selamat hendaknya.

kerana ramai sekali yang
ingin kembali di sana.

moga mendapat haji yang mabrur
dan
menjadikan ini satu titik tolak
yang mengubah sempadan iman.


InsyaAllah.


Ya Allah,
berkatilah kami semua dengan rahmat-Mu.

Fynn Jamal - Biar (Lirik)

 membuatkan saya rindu pada
di setiap malam
di mana saya menyelimutkan Amma.

dah lama saya tak ke sana
dengan rasa yang beribu

dan kini
yang tinggal
adalah kerinduan.


Khamis, September 05, 2013

singkat tapi bermakna

untuk penerbit-penerbit drama, filem dan iklan di Malaysia,
dan semua pemilik-pemilik rangkaian televisyen,
sekalipun Malaysia kini dilanda "demam" smartphone dengan internet access 24 jam sehari,
tidak dinafikan media televisyen tetap jadi pilihan utama bagi kebanyakkan rakyat.


isi-isi rancangan kita, drama-drama kita banyaknya klise.
bergaduh sesama keluarga.
percintaan terhalang.
berkereta mewah.
menangis mendayu-dayu.
menjerit, mengamuk, meraung-raung.
terkinja-kinja di dalam club.

belum diambil kira,
berapa ramai peminat sinetron,
peminat WWWF,
peminat k-pop,
dan peminat j-pop.


kita semakin kekurangan nilai kekeluargaan.
anak-anak meninggalkan orang tua di rumah kebajikan.
anak muda membuang bayi tanpa nikah di tong sampah.
sesama saudara bergaduh tanpa bertegur sapa bertahun-tahun.
kiraan kes penceraian semakin meningkat.
jiran tak pernah bertegur sapa lagi.


masalah memang ada.
tapi kita salah dalam membuat agenda penyelesaiannya.
sempit pula.


fokusnya pada pembuat.
fokusnya pada hukuman.


kecil amat usaha mencegahnya.
sikit benar kuderat yang berusaha memperbaikinya.


kasih sayang dan cinta yang hakiki adalah sangat mahal harganya.
kerana itu ia hanya ada pada insan yang istimewa sahaja.

insan yang istimewa
bukan diukur dengan rupa.
kerana kasih sayang itu bukan bergantung pada kacak hero dan anggun heroin.

insan yang istimewa,
bukan diukur dengan tingkat rumahnya.

insan yang istimewa,
bukan diukur dengan kepuk wangnya.

ia istimewa apabila ia lahir dari hati.
walau kerepot kulitnya orang tua,
walau kecil rumahnya,
walau wang ditulis atas kertas yang tiada nilai,

ada satu cinta, kasih sayang yang kita semua dah lama lupa.
dah lama kita abaikan.
dah lama kita kehilangannya.


kita perlukan anjakan paradigma.

kita perlu cari semua cinta lama.
orang-orang tua itu perlu dikasihi di hujung usianya,
kerana di tapak kaki merekalah letaknya syurga.
bayi-bayi tiada dosa itu perlukan ibubapa untuk menyanginya.
bukankah kita suatu masa dulu sama tidak berdaya apa-apa.
permusuhan perlu disejukkan.
cinta suami isteri lebih mahal syurganya daripada cinta remaja.
berbuat baik pada jiran tak kira agama.

p/s: saya rindu arwah Yasmin Ahmad.

 

Selasa, September 03, 2013

hadiah merdeka

antara-antara kejadian hidup yang bisa menitiskan air mata saya.

Alhamdulillah.

sebentar tadi seorang saudara 
kembali pada fitrah Allah.

Alhamdulillah.

Ya Allah,
bila mana jalan-Mu adalah jalan kebenaran yang sebenar,
akan ada jalan untuk insan-insan yang Kau teristimewakan.

sungguh mereka ini semua sangat istimewa.

untuk bro Isaac,
you are special,
Allah invited you.
can't you see?

*senyum*

welcome to the family.

*senyum*

bro Isaac,
akan ada hidup yang mencabar di hadapan,
ini pasti.
tapi, jangan berpatah balik,
semuanya bisa ditempuh dengan ada-Nya Allah.

untuk insan-insan teristimewa yang memberikan bantuan dengan izin-Nya,

untuk Sue, Alhamdulillah atas jalan bantuan.
untuk Afiq, Alhamdulillah atas jalan kemudahan dan arah yang lurus.
untuk Bro Lim, Alhamdulillah kerana kesudian menerima dan mendidik pejuang agama.
InsyaAllah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.