singkat tapi bermakna
untuk penerbit-penerbit drama, filem dan iklan di Malaysia,
dan semua pemilik-pemilik rangkaian televisyen,
sekalipun Malaysia kini dilanda "demam" smartphone dengan internet access 24 jam sehari,
tidak dinafikan media televisyen tetap jadi pilihan utama bagi kebanyakkan rakyat.
isi-isi rancangan kita, drama-drama kita banyaknya klise.
bergaduh sesama keluarga.
percintaan terhalang.
berkereta mewah.
menangis mendayu-dayu.
menjerit, mengamuk, meraung-raung.
terkinja-kinja di dalam club.
belum diambil kira,
berapa ramai peminat sinetron,
peminat WWWF,
peminat k-pop,
dan peminat j-pop.
kita semakin kekurangan nilai kekeluargaan.
anak-anak meninggalkan orang tua di rumah kebajikan.
anak muda membuang bayi tanpa nikah di tong sampah.
sesama saudara bergaduh tanpa bertegur sapa bertahun-tahun.
kiraan kes penceraian semakin meningkat.
jiran tak pernah bertegur sapa lagi.
masalah memang ada.
tapi kita salah dalam membuat agenda penyelesaiannya.
sempit pula.
fokusnya pada pembuat.
fokusnya pada hukuman.
kecil amat usaha mencegahnya.
sikit benar kuderat yang berusaha memperbaikinya.
kasih sayang dan cinta yang hakiki adalah sangat mahal harganya.
kerana itu ia hanya ada pada insan yang istimewa sahaja.
insan yang istimewa
bukan diukur dengan rupa.
kerana kasih sayang itu bukan bergantung pada kacak hero dan anggun heroin.
insan yang istimewa,
bukan diukur dengan tingkat rumahnya.
insan yang istimewa,
bukan diukur dengan kepuk wangnya.
ia istimewa apabila ia lahir dari hati.
walau kerepot kulitnya orang tua,
walau kecil rumahnya,
walau wang ditulis atas kertas yang tiada nilai,
ada satu cinta, kasih sayang yang kita semua dah lama lupa.
dah lama kita abaikan.
dah lama kita kehilangannya.
kita perlukan anjakan paradigma.
kita perlu cari semua cinta lama.
orang-orang tua itu perlu dikasihi di hujung usianya,
kerana di tapak kaki merekalah letaknya syurga.
bayi-bayi tiada dosa itu perlukan ibubapa untuk menyanginya.
bukankah kita suatu masa dulu sama tidak berdaya apa-apa.
permusuhan perlu disejukkan.
cinta suami isteri lebih mahal syurganya daripada cinta remaja.
berbuat baik pada jiran tak kira agama.
p/s: saya rindu arwah Yasmin Ahmad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan