Sabtu, November 16, 2013

kesal boleh buat kita mati sebelum Allah ambik nyawa.

entri harini tentang kanser dan the impact on the family togetherness.




penyakit adalah ujian.
kadang-kadang kita lupa, 
badan yang sihat pun ujian juga.


bila badan kita sihat,
Allah nak tengok apa yang kita buat
dengan kesihatan yang Dia beri.

bila Dia tarik sikit nikmat sihat badan,
Dia nak tengok kita hadapi dengan syukur atau kufur,
dan apakah kita usaha untuk sembuh.

dan , apabila usaha itu gagal,
adakah kita akan marahkan Dia?

atau kita bersabar dengan ketentuan-Nya?


2 2 pun adalah ujian.

tapi,
dah tentu lah,
ujian penyakit adalah lebih tajam tusukannya daripada ujian sihat badan.


tak lama selepas Amma meninggal,
saya dapat kerja sebagai pensyarah di Bangi.

saya tinggalkan semua di Kuantan
demi satu perjalanan baru.



but, it wasn't easy.


air mata adalah teman baik saya.



gaji pertama yang saya dapat,
adalah rahmat yang besar 
yang terlalu lama saya nantikan

tapi,


dalam masa yang sama
adalah satu kekesalan
niat tak tertunai
hajat tak sampai.


Amma selalu doakan saya dapat kerja.
Amma kadang-kadang bercerita akan ikut saya duduk di mana saya bekerja.
Saya berangan dengan Amma nak ke Fukui jumpa Mimin.


perasaan kesal tak sempat tunaikan impian Amma 
adalah perasaan yang paling banyak membunuh saya.


everyday.



to wake up just to know that you are going to be killed.




feel's useless.









dan,
perasaan itulah yang boleh membunuh 
rasa syukur atas nikmat Allah.

padahal lama saya nantikan peluang kerja ini.
tapi, saya tak rasa gembira.

kerana, tiada lagi Amma untuk saya sama-sama kongsi.



Alhamdulillah.
semacam mana hati saya lembik penyek,
Allah sajalah yang bangunkan saya dari lemas.




bila difikir balik,
sepanjang Amma disahkan sakit kanser sejak  July 2010.
Amma dah berhenti kerja.
inilah masa rehat yang Allah berikan.
sekian lama Amma bekerja demi membesarkan kami 5 adik beradik sebagai ibu tunggal.


banyak permintaan Amma, niat Amma.
begitu juga kami berusaha semampu mungkin untuk memenuhi setiap satu mimpi Amma.


bila Amma pergi,
kami yang ditinggal,
ditinggalkan dengan kekesalan yang paling dalam.
di hati setiap kami.



inilah hidup kita.



kita tak boleh dapat semua.
kita manusia.
-Wany Ardy, Langit Vanilla-


sebenarnya,
setiap seorang anak Amma,
sudahpun memberi yang paling terbaik,
yang dimimpi Amma.

walau Abadi belum ada anak, 
rumah Abadi lah rumah Amma tinggal,
berteduh, berlindung dan sakit dan sihat.

Abg Syam memberi peluang pada Amma
untuk bermanja dengan cucu.

Mimin telah berkorban paling habis korban
demi memberi kami hidup di setiap bulan.

Ayep adalah satu-satunya anak Amma 
yang membawa Amma naik kapal terbang.
jalan-jalan, duduk hotel.

saya,
satu-satunya anak perempuan yang tinggal,
tempat bergaduh dan bercerita gelak,
menjaga Amma di setiap hari di setiap hospital,
di setiap operation, 
di setiap chemotheraphy.

-ini bukan ayat belagak-


saya akan gagal untuk nampak semua ini
kalau saya terus lembik penyek.



kanser.
adalah pembunuh.
kanser bukan saja membunuh Amma,
tapi juga hati dan harapan kami.



tapi,
erti hidup adalah lebih dari itu.



kanser.
adalah ujian dari Allah.
masa untuk anjakan paradigma.


sebagai medan pengubah rutin seharian yang silap.
masa memperbetulkan iman dan taqwa.

masa untuk bersatu
dan sama-sama berusaha mencari
jalan penyembuhan.

ada yang sembuh,
Allah nak lihat kesungguhan syukurnya.

ada yang tak berjaya,
Allah nak lihat sejauh mana redha atas ketentuan-Nya.


bagi saya,
kanser bukan tentang duit.

kalau orang kaya,
boleh bawa pergi ke luar negara,
beli organ itu ini,
di pasaran gelap atau terang.

kalu orang miskin,
hidup rasa makin terhimpit
yang sedia sempit.

duit banyak atau sikit,
tak ada jaminan akan sembuh kanser.


it's not about money.
it's about the time that we spend with each other.

gunakan masa yang tinggal sebaik mungkin.
dengan taubat.
dengan cinta dan kasih sayang.

sedih memang sedih.
tapi telankan.
sembunyikan.



biar kita menangis sorok lembik penyek dalam hati
daripada kita menangis kesal bila kita berdiri di sisi kubur arwah.

kesal boleh buat kita mati  sebelum Allah ambik nyawa.



teruskan hidup.
sebab kita takkan boleh hidup tanpa Allah.




Ya Allah,
Ar-Rahman Ar-Rahim,
di setiap hari di mana ada seorang insan di uji dengan penyakit ini,
di situlah rahmat kasih sayang-Mu.

jangan putuskan asa mereka Ya Allah,
berikanlah mereka sebagaimana telah Engkau berikan padaku.
malahan lebih baik lagi.

kalian yang terpilih dengan ujian ini,
saya doakan kalian tabah.
La Tahzan. Allah ada.

Amin Ya Rabb.

Selasa, November 05, 2013

sampai tua.tak terjemahkan.

baru sampai dari Teluk Ramunia, Johor petang tadi.


semalam balik sana,
Mak Long Johor dah dijemput.

sungguhlah.
benarlah.

takdir Allah tak ada siapa boleh lawan.






ke 4 tahun 2013.

Amma 19.01.2013
Abah Kuantan 16.02.2013
Atuk 20.06.2013
Mak Long Johor 04.11.2013



kalau William Shakespears ada Romeo dan Juliet,
kalau Yusof Haslam ada Sembilu,
kalau arwah Yasmin Ahmad ada Sepet,


saya ada kisah idola saya juga.



walau didikan agama mereka biasa-biasa saja,
tapi hati dan sayang mereka sangat tulen dan ikhlas.


tulisan atas layar putih macam ni
takkan dapat sampai semua yang saya tonton.
tak terjemahkan.

Mak Long Johor adalah kakak sulung.
berkahwin dengan Pak Long namun tidak direzekikan zuriat sendiri.

mereka mengambil 3 orang anak angkat.
arwah Abang Nuar,
Abang Madi,
dan Kak Irah.


semuanya dididik, dibesarkan dengan kasih sayang tak ada pilih.
sakit mereka, sekolah mereka, makan mereka, pakai mereka, kahwin mereka.
semuanya serba mewah.


kisahnya Mak Long berdua selalu dengan Pak Long.
mereka berdua boleh di cap "kaki berjalan".
pantang ada kenduri,
seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia mereka akan pergi bersama-sama.
dari muda sampai ke tua.
saya pun tak tahu berapa puluh tahun.
sampai ke tua oke.


dari sihat hingga ke bertongkat.
dari sihat hingga ke katil dialisis Hospital Kota Tinggi Johor.

setiap kali ada anak saudara mereka yang berkenduri membina masjid,
merekalah paling 'lorat' memasak bagai lauk pauk,
semua masakan atas darat dengan dalam laut nak dimasaknya.

kalau kita berkunjung ke rumahnya,
Allah....
loratnya, semua lauk nak beli,
semua nak masak.

kita sedang makan,
disuruhnya tambah lauk lagi,
tambah lagi,
tambah lagi.


di setiapnya Pak Long berbaring buat dialisis,
Mak Long duduk di sisi,
setia.
temani.

sampai siap.
pulang bersama-sama.
Rabu dengan Jumaat nanti datang lagi.
InsyaAllah.




hari ini,
Pak Long pergi ke rutin 3 hari seminggunya,
tanpa ditemani zaujah.
tanpa ada zaujah yang menanti kepulangannya.



ini satu ujian.
ini satu hijrah.


semacam mana hati saya remuk
di malam pertama tanpa Amma,

saya boleh rasa remuknya hati Pak Long di malam ini.
di saat semua saudara mara kembali ke tanggungjawab harian,
hilang riuh,

tinggal sunyi.


tinggal ruang yang mengingatkan kepada arwah.
baju.
katil.
kerusi.
ubat.
wheelchair.
telefon.
gambar.


semuanya.
di setiap penjuru rumah.
semuanya adalah satu tusukan paling tajam dalam hati.


rindu.




*air mata melimpah*






rindu akan sembuh (partly)
tapi dengan masa.
dengan segala macam seksa yang perlu di hadap dengan iman.



nak sembuhkan hati,
memang kena mintak dengan Yang Maha Tinggi.


saya doakan Allah sentiasa bantu Pak Long
menempuh sakit fizikal dan sakit rindu.




kita pun satu hari nanti
akan susuli.




Ya Allah,
kurniakanlah khusnul Khatimah pada kami.
Matikan kami dalam Iman.

Amin Ya Rabb.