Selasa, November 05, 2013

sampai tua.tak terjemahkan.

baru sampai dari Teluk Ramunia, Johor petang tadi.


semalam balik sana,
Mak Long Johor dah dijemput.

sungguhlah.
benarlah.

takdir Allah tak ada siapa boleh lawan.






ke 4 tahun 2013.

Amma 19.01.2013
Abah Kuantan 16.02.2013
Atuk 20.06.2013
Mak Long Johor 04.11.2013



kalau William Shakespears ada Romeo dan Juliet,
kalau Yusof Haslam ada Sembilu,
kalau arwah Yasmin Ahmad ada Sepet,


saya ada kisah idola saya juga.



walau didikan agama mereka biasa-biasa saja,
tapi hati dan sayang mereka sangat tulen dan ikhlas.


tulisan atas layar putih macam ni
takkan dapat sampai semua yang saya tonton.
tak terjemahkan.

Mak Long Johor adalah kakak sulung.
berkahwin dengan Pak Long namun tidak direzekikan zuriat sendiri.

mereka mengambil 3 orang anak angkat.
arwah Abang Nuar,
Abang Madi,
dan Kak Irah.


semuanya dididik, dibesarkan dengan kasih sayang tak ada pilih.
sakit mereka, sekolah mereka, makan mereka, pakai mereka, kahwin mereka.
semuanya serba mewah.


kisahnya Mak Long berdua selalu dengan Pak Long.
mereka berdua boleh di cap "kaki berjalan".
pantang ada kenduri,
seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia mereka akan pergi bersama-sama.
dari muda sampai ke tua.
saya pun tak tahu berapa puluh tahun.
sampai ke tua oke.


dari sihat hingga ke bertongkat.
dari sihat hingga ke katil dialisis Hospital Kota Tinggi Johor.

setiap kali ada anak saudara mereka yang berkenduri membina masjid,
merekalah paling 'lorat' memasak bagai lauk pauk,
semua masakan atas darat dengan dalam laut nak dimasaknya.

kalau kita berkunjung ke rumahnya,
Allah....
loratnya, semua lauk nak beli,
semua nak masak.

kita sedang makan,
disuruhnya tambah lauk lagi,
tambah lagi,
tambah lagi.


di setiapnya Pak Long berbaring buat dialisis,
Mak Long duduk di sisi,
setia.
temani.

sampai siap.
pulang bersama-sama.
Rabu dengan Jumaat nanti datang lagi.
InsyaAllah.




hari ini,
Pak Long pergi ke rutin 3 hari seminggunya,
tanpa ditemani zaujah.
tanpa ada zaujah yang menanti kepulangannya.



ini satu ujian.
ini satu hijrah.


semacam mana hati saya remuk
di malam pertama tanpa Amma,

saya boleh rasa remuknya hati Pak Long di malam ini.
di saat semua saudara mara kembali ke tanggungjawab harian,
hilang riuh,

tinggal sunyi.


tinggal ruang yang mengingatkan kepada arwah.
baju.
katil.
kerusi.
ubat.
wheelchair.
telefon.
gambar.


semuanya.
di setiap penjuru rumah.
semuanya adalah satu tusukan paling tajam dalam hati.


rindu.




*air mata melimpah*






rindu akan sembuh (partly)
tapi dengan masa.
dengan segala macam seksa yang perlu di hadap dengan iman.



nak sembuhkan hati,
memang kena mintak dengan Yang Maha Tinggi.


saya doakan Allah sentiasa bantu Pak Long
menempuh sakit fizikal dan sakit rindu.




kita pun satu hari nanti
akan susuli.




Ya Allah,
kurniakanlah khusnul Khatimah pada kami.
Matikan kami dalam Iman.

Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: