Isnin, Februari 03, 2014

trip to medan-nak kongsi tips

13, 14 dan 15 januari 2014.
saya ke Medan, Indonesia.


*senyum besar*


Alhamdulillah.
luar negara ke-3 yang saya jejak.

1st= Madinah
2nd= Mekah
3rd=  Medan


jadinya,
entri kali ini, adalah tips yang saya cadangkan apabila anda berada di sana.

pesanan,
ini pengalaman bukanlah fakta kekal.
lagipun saya bukanlah travellers sejati.
ada perkara yang anda tak setuju, ya, abaikan saja.
 ini tips saya kongsi dari pengalaman 3 hari saya di situ buat kali pertama.



pertama:

hotel.

kami stayed di Hotel Madani.
di book oleh student dengan harga 335,000 rupiah per night.
if not, boleh naik harga 500,000 rupiah per night.

jadi, macam mana student boleh book hotel kami?
sbb Kak Tuty adalah lecturer a.k.a Dentist.
di Medan bersepah-sepah student medic yang boleh diharapkan untuk bantuan macam ini.

bila ada kabel, boleh dapat harga murah -- 1st lesson.


kedua:

iron.

di hotel ini tak ada iron disediakan.
mesti dihantar pada laundry servis.
kena lihat harga sehelai baju berapa ribu rupiah. saya tak baca sebab tak ikut servis ini.

kalau nak bawa iron sendiri, mesti ada external plug kerana plug di hotel cuma 2 pin.
tak sama macam iron org Malaysia yang 3-pins.

ketiga:

kereta sewa.

kereta sewa pun kereta student juga.
bila nak sewa kereta di situ, boleh cari di airport.
bayaran lebih kurang 100,000 rupiah sehari tanpa driver.

macam mana lah kalau tak ada driver?
kan nanti sesat?


keempat:

pulsa.

nasihat student tu,
beli pulsa dan beli internet mengikut hari.
harganya murah xsampai 100,000 rupiah pun.

jadi, masukkan dalam satu smart phone yang available.
anda boleh drive dengan bantuan gps atau waze anda.
yeay!


kelima:

becak:

rupanya macam beca di Malaysia cumanya bukan dibawa oleh pengayuh basikal tapi driver motorsikal.
dari hotel kami ke pajak ikan, harga adalah dalam lingkungan 15,000 - 20, 000 rupiah sahaja. kalau ada yang offer harga lebih tinggi, jangan amik.  pergi tanya pada pak pak becak yang lain. ramai je yang offer.

nasihat saya, untuk yang nak adventure, bolehlah naik becak ni. kalau tak, baik naik taksi saja. kerana ciri-ciri keselamatan becak macam agak rendah. lebih-lebih lagi dengan jalan raya di Medan. sesuka hati jalan terus di lampu merah.

haha.

student kita di sana, semuanya dah biasa, jadi mereka boleh bawa kereta dengan relaks je. kita yang dalam Kijang, rasa nak maki.

haha.


keenam:

pajak ikan.

pajak = pasar.

tempat shopping yang memang heaven. ala-ala pasar payang ngan wakaf che yah di kelantan. macam-macam ada. kita yang tengok macam nak gila pun ada. haha.

cumanya, akan ada peniaga-peniaga yang berniaga dengan barang di tangan, akan mengekori anda dari belakang, tepi kanan dan kiri, dan depan.

sangat-sangat annoying.

mereka akan terus ikut sambil desak suruh beli produk mereka, sampai  kita rasa nak marah.
serius.
sangat annoying.

memang tak dapat nak window shopping macam kat Malaysia.

kalau tak nak beli, cakap je terus terang pada mereka, "tak mahu" dengan muka serius.

tips harga:
t-shirt yang bertulis medan 25,000 - 30,000 sehelai.
kalau size S di Malaysia, bagus amik size M. sbb saiz S Indonesia sangat kecil.

t-shirt tu yang size xxl harganya lain, 40,000 rupiah.
katanya kualiti kain berbeza dan guna lebih banyak kain.

oklah tu, 40,000 rupiah lebih kurang RM 12.  still murah kan.

kalau nak beli fridge magnet, saya beli 3 bungkus= 30 fridge magnet dengan harga 210,000 rupiah. dalam 70,000 rupiah satu bungkus.

maybe anda pandai tawar, boleh dapat 50,000 rupiah per bungkus ke.

kalau nak shopping kain sembahyang dewasa, kanak-kanak, kain sulam, tudung, kain ela atau sebagainya, tipsnya begini, jangan tanya harga paling murah kalau tak serius nak beli. nanti mereka marah. jangan suruh bukak baju dari plastik bagai kalau tak serius nak beli oke!

survey, jalan-jalan dulu, compare mana yang berkenan, barulah mintak tawar harga.

harga yang mereka letak selalunya 2x ganda dari harga sebenar. jadinya, kami ada menipu-nipu yang kami ni student di USU (Uni Sumatera Utara).
cakaplah slang2 Indon sikit amik hati.

stended la nak tawar harga kat Malaysia ni.
gunakan skill.
dapatlah harga yang berpatutan bukan harga cekik darah.

ada juga peniaga memang keras hati tak nak turunkan harga,
tak apa, cakap elok-elok, keluar dari kedai dia, cari kedai lain.
kedai lain bersepah-sepah lagi.

tolong elakkan bercakap kasar dengan peniaga tu, kita orang luar.
itu bukan tempat kita tau.
jangan nak berlagak macam banyak duit walaupun memang anda banyak duit!


if anda nak shopping di tempat ala-ala KLCC, sila ke Sun Plaza.
method of transportation kami adalah becak, paymentnya dari pajak ikan ke sana 20,000.
kalau anda bawa kereta sewa, saya tak tahu berapa harga tiket parking.


ketujuh:

makan nasi padang.

kalau nak makan nasi padang, kami prefer tapau untuk fixed kan harga. jimat. sebab kami semua yang bermusafir masa tu adalah 10 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. tapau lebih jimat.

kami ada makan di kedai di hari pertama, jumlah bayarannya 200,000 ++. dlm RM lebih kurang 250. rasa nak menangis pun ada. ni sengaja bagi mahal sebab kami orang luar ke? atau memang mahal?

pengalaman.

Bro Lim kata tempat makan nasi padang yang sedap adalah Garuda.
cubalah.


kelapan:

kanak-kanak peminta sedekah.

sewaktu kami makan di restaurant nasi padang, ada seorang budak lelaki yang buat muka simpati dan terusan berdiri di meja kami.

"belum makan"

itu skripnya.

tujuan dia, nak cuci kasut kita untuk dapat duit.

nasihat orang pada saya: pejamkan mata, keraskan hati walau rasa simpati yang amat sangat. makan je, jangan layan dia. dia akn berdiri dekat kita, dan pergi ke orang lain pula.

seorang dapat, dia akan bagitau kawan-kawan, ramai lagi yang akan datang. masa tu, kita akan rasa annoying sebab diganggu tengah makan.

tips nak bagi sedekah: bagi sebelum kita nak balik. sebelum naik kereta, taksi, becak.
selamat lah dari yang lain.


bila kita berhenti di traffic light pun, akan ada macam-macam peniaga jalanan.
jual air mineral, tisu, surat khabar, kacang etc.

masa tu, hati rasa kesian sangat nasib rakyat yang hidup macam tu.

ada juga penyanyi jalanan. mereka akan berdiri di tepi tingkap kita dan menyanyi.
biar dia menyanyi sampai habis barulah bagi duit.
jangan buka tingkap kalau setakat nak dengar lagu. buka tingkap bila nak bayar je.

kalau kita bayar duit sebelum dia habis menyanyi, dia akan terus jalan lepas dapat duit.

dan, budak itu mengingatkan saya pada Tegar. agaknya inilah hidup beliau satu masa dulu.

kesembilan:

tukar duit.

saya suggest tukar di Malaysia.
kalau di airport dan hotel ratenyer tinggi.

masa saya pergi, sedang rancak pilihan raya, jadi matawang rupiah jatuh RM 277 untuk satu juta rupiah. saya minta pak becak yang bawakan ke kedai money changer.

pak becak tu baik, dari hotel,beliau bawa kami ke money changer, ke pajak ikan, tunggu kami shopping, tolong tawar harga t-shirt medan, hantar kami pulang ke hotel. oleh kerana puas hati dengan kejujuran dan baik hati pak becak itu, kami beri 100,000 rupiah pada beliau.

bagi saya, orang yang jujur, kami willingly bayar lebih. :)


kesepuluh:

makanan tepi jalan.

jangan makan! kalau anda cirit birit, takde makne nak jalan-jalan.
tengok aje oke!


kesebelas:

kedai urut.

ini feveret yang lain-lain. antara 10 orang dewasa, 9 pergi urut tapi seorang tak.
yang tak pergi urut adalah saya.
haha.

saya takut sakit.

*senyum*

tapi harga urut di sini adalah sangat murah. 70,000 untuk 2 jam.
murah kan.

kata mereka, urut memang paling terbaik. berkerak-kerak bunyi urat.
 biasanya kena booking time untuk urut.

kalau anda puas hati, bolehlah bagi tips pada tukang urut tu.
kalau puas hati tapi tak nak bagi tips, pun tak apa.


kedua belas:

karaoke.

femili karaoke yang kami pergi adalah sangat best.
touch skrin oke!
macam-macam lagu ada, omputih, indon, malaysia.
 haha.

ketiga belas:

jus buah.

 bila order air di kedai makan, silalah order jus buah. tak kisahlah jus mangga, jus alpukat, jus guava, jus tomat, jus tembikai ke. rasa jusnya sangat pure. pekat. macam tak campur air masak. harganya taklah mahal sangat segelas jus dalam 12,000. ada yang 17,000. ikutla kita amik buah yang mahal ke murah. still itu harga murah dengan kualiti jus yang pekat dan best.



saya tak pergi pun lake toba atau tempat lain.
duduk di hotel, keluar makan dan shopping.

hope this will help.

InsyaAllah.


selamat bercuti!

1 ulasan:

yaa miyera berkata...

Salam. Nak tanya something. Saya risaukan pengankutan kat sana. U kata kat sana boleh sewa kereta tanpa pemandu. Dekat airport memang banyak ye servis ni? Sebab kalau google memang tak jumpa harga yang u kasi.