Tuceng.
Tuceng dah balik kepada-Nya hari Isnin minggu ni.
Atas riba aku.
Pukul 11.00 malam macam tu.
Mimin tengah kerja, called.
Dan, kami sama-sama menangis.
Sama macam malam Mak pergi.
Jadi, malam tu jugak, Ayep mengorek tanah bawah pokok kat tepi rumah tanam Tuceng.
Aku dan Fyda mandikan Tuceng yang kotor sebab muntah dia yang melambak.
Dalam pukul 12 tengah malam, Tuceng dikebumikan.
Satu kesedihan yang tak dapat aku nak tahan.
Hidung aku tersumbat.
Kepala aku sakit.
Air mata tak dapat tahan sikitpun.
Turun macam air terjun.
Lepas tu, kami bersihkan toto yang Tuceng muntah dan masuk tidur.
Aku tak tahu pukul berapa aku tidur.
Aku tak boleh tidur sebab semuanya jadi cepat sangat.
Bukan senang-senang boleh mengantuk,
lepas tu tidor.
Bangun pagi Selasa,
emosi aku lembik.
Aku tengok cermin, mata aku bengkak 2 2.
Jadi, aku pun mesej bos cakap aku EL.
Tuceng,
boleh cerita yang baik tak tentang kami pada Tuhan?
Tuceng,
Auntie B sayang Tuceng.
Babai Tuceng,
Kita jumpa lagi satu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan