Isnin, Januari 26, 2009

di dlm jiwa sy yg kacau bilau

Hari ini hari ke 24 dalam tahun baru 2009. It seems like everybody is moving forward but I am still here. Or maybe worst. I keep looking at the past and didn’t allow myself to care about the future. Like a frozen clock.

Niat tahun baru saya adalah: xnk bahasakan diri aku dan ko lagi apabila berkomunikasi dengan kawan2. Harap2 sy mampu lakukannya sedikit demi sedikit. Insya Allah. (rs cm pelik sikit, dh nk abes bulan 1 br jumpe azam tahun baru)

Sepanjang hari nie sy duduk melepak di bilik mbak Lailil. Sejak sy menjadi seorg yg malas memnyiapkan thesis, sy selalu habiskn masa di dlm bilik sorang2. Samada sy tidur atau menonton. Itulah 2 perkara lagha yg sy lakukan selama hampir sebulan nie. Due date untuk submit draft thesis adalah 29th January dan kini sedikitpun masih belum terusik lagi. Saya sendiri belum paham apa yg terjadi pd diri sy sendiri. Xbnyk perkara -perkara berfaedah yg sy lakukan ;[1] makan, demi menjaga kesihatan tubuh badan, [2] solat-bertemu Allah [3] membaca Al-Quran-makanan rohani [4]surf internet untuk menambah ilmu i.e online newspaper, blog, dsbg. sy mmg sgt berasa berat hati, berat tangan, dan berat mata untuk menyiapkan thesis. Entah apa yg dh berlaku pd diri sy nie.

Oleh kerana itulah, sy berkeputusan untuk ber’hijrah’ di bilik mbak lailil. Supaya ada insan yg mempunyai aura rajin bisa memindahkannya aura rajinnya kepada saya. Dgn harapan saya bisa memulakan langkah pertama untuk menyiapkan thesis.

Mbak lalili berkata pd sy, “gampang Intan mau jd rajin, mestinya ada matlamat”

Sy terdiam sebentar.

“matlamat?”

Sy ada matlamat tp skrg hati sy sgt tidak bermaya untk mengejar matlamat itu. Kenapa hati sy jd begitu? Kalu jumpa teman2 seperjuangan di lab, pasti semuanya bertanya tentang progress thesis, sy Cuma menjawab begini

“in progress.please pray for me”.

Simple. supaya buat mereka diam.jangan bertanya soalan tentang research lagi. Kenapa sy jd begitu? Supervisor sy juga bertanya, sy berikan jawapan yg sama juga. Nmpk sedikit perubahan di riak wajahnya. Pasti dia kecewa ngan saya. Pasti dia tertanya kenapa setelah berbulan2 lamanya sejak tahun lepas, sy masih belum menyiapkan thesis itu. Ermm…jawapannya saya malas doc…………………………………(itu hanya dalam hati)

Sy lagi pening.tak paham kenapa saya jadi begini. Tidak terdetik sedikit pun rs bersalah di hati saya apabila sy berhenti berusaha menyiapkan thesis. Apatah lg dgn membuang masa. Ya Allah!. Sy telah menjadi manusia yg rugi.manusia yg munafik.

My emak pun dh bising2, kenapa xsiapkan thesis lagi. Ada satu hari tuh dia kol saya jam 9 lebih. Malam. Dia ckp dia penat kerja, dia suruh sy cepat2 abes belajar dan cepat2 kerja. Entah kenapa hati sy jd keras, sy xtersentuh hati mendengar ucapan my emak..sebagai seorang anak, sepatutnya saya membalas jasa my emak.atas pengorbanannya selama ini. Tp kenapa sy rs marah kepadanya? Ya Allah! Sy xmahu menjadi derhaka.

Bila sys tanya pd diri sendiri,” apa yg menyebabkan Intan rasa begitu?”

Jawab sang hati ”sy xmahu lg berada di sini. Di UTP.sy mahu pulang”

“kamu boleh pulang Intan, tapi bukan skrg, kamu boleh pulang setelah menyiapkan thesis”

“xnak…sy nk pulang skrg.sy xbersemangat untuk menyiapkan thesis.sy xberminat padanya.sy xhepi di sini.sy sedih.sy selalu rs sunyi”

“kenapa Intan, kenapa hati kamu begitu?”

“sbb semangat sy tiada lagi di sini. Dia telah pergi ketika sahabat sy pergi di hari itu”

“jadi selama ini kamu menipu dirimu sendiri?”

“ya, sy berusaha untuk menempuhnya, sy anggap ini ujian dr Allah Maha Esa.tp ternyata yg perit menanggung hati sy di dalam.ia tidak boleh berpura terlalu lama.lama kelamaan ia menjadi lemah dan mahukan kebebasan”

“kebebasan bagaimana yang kamu mahukan?”

“sy sendiri xpasti.sy Cuma mahu pulang”

“kalau kamu pulang skrg, kamu pasti kamu boleh bahagia Intan?kamu boleh membahagiakan org lain? Emak kamu?”

Hati sy diam. Tak..sy xdpt menjamin bahagianya sy. bahagia keluarga.Bkn sy, hanya Allah.

“jadi, apa yg Allah mahu kamu lakukan Intan?”

“beriman kpd-Nya”

“apakah tingkah lakumu ke arah-Nya?”

Hati saya diam.

Azan maghrib berkemundang. Sy mahu berehat.mandi.solat.bertemu Allah.

****

selesainya solat, sy berfikir sendiri lg. apa sebenarnya yg sy mahu atau cari? jawabnya sy telahpun ketahui tp hati sy yg terlalu keras dan degil untuk mengakui.....

notakaki: sy telah menulis entri ini pd jan 24, 09, namun br kini sy beranikan diri mengpostkn ia.

Tiada ulasan: