Selasa, Mac 23, 2010

satu

*tarik nafas panjanggggggggggg*
*lepaskan*

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi.

sekarang, cubalah alih sebentar matamu pada tanganmu.
warna apa yang terlihat?

cerah.
sawo matang.
putih pucat.
gelap.

kalu ditoreh tgn tu adakah darah nanti akan mengalir mengikut warna kulitmu?

tidak.

walau aku 'O' - org ckp, paling baik, boleh derma pd semua jenis darah.
A, B, atau AB-

darah tu tetap satu, merah.

walau kita ada berbeza kaum; Melayu, Cina dan India atau apa saja, kita adalah sama.
walau kita beza agama; Islam, Buddha, Kristian. kita masih sama.
walau negara mana kita datang; Indonesia, India, Pakistan, Singapore, USA, Australia, Arab dll, kita sama.
walau siapa pangkat derjat; sultan, raja, anak raja, CEO, menteri itu, menteri ini, anak pengurus bank negara atau siapa saja, kita sama sahaja.
walau kita ni penagih dadah, pencuri, peragut, uztaz, ustazah, driver bas, buruh buat rumah flat, pencuci tandas kt TESCO, etc etc etc...

nyawa kita semua mempunyai berat yang sama.

semua nyawa bernilai walau siapapun dia. syurga atau neraka bukan kau tentukan. itu kerja Allah.

kalu si pencuri mati ditembak, jgn dickp padan muka. walau dia xpunya anak2 atau isteri. dia tetap anak yang mempunyai ibu bapa.
walau dia anak yatim piatu, kedua ibu bapanya sudah tiada, xbermakna dia xkan ditangisi.

kalulah kau sedar setiap kali kaki kau berpijak, melangkah di atas bumi Allah ini, setiap detik itu nyawa kau semakin hampir pd maut. ibarat jam pasir.

pasti kau xkan buang masa kau dengan perkara2 yg lagha. conth; menghafal lirik lagu dr menghafal Al-Quran.
pasti kau xkan derhaka pd kedua ibubapa kau. cnth: meninggalkan ibubapa kau yg tua kerepot di rumah2 org tua tanpa kau peduli mereka semasa hari raya.
pasti xkan kau berani untuk menyepak kucing2 kurap yg menggeselkan di kaki seluar 'mahal' kau itu ketika kau mkn di warung kaki lima.
xkan kau berani wahai manusia.
xakan.

aku yakin dgn apa yg aku tulis ini.trust me.

peribahasa "bila dh terhantuk baru nk terngadah" pun dh siang2 menunjukkan bila terjadi br nk menyesal. jadi, kau rs apa? menyesal lebih bagus?

kalu xkena pd diri sendiri, mmg xkan paham. contoh: budak 2 1/2 thn yg melecur tgn sbb terkena cerek panas walau dh bnyk kali di warning oleh ibunya jangan bermain di dapur.

bila ia bukan keluargamu,
bukan kenalanmu,
bukan kaum kerabatmu,
bukan seagama denganmu,
bukan sebangsa denganmu,
bukan jiran2mu,
bukan siapa2 yg kau kenal,

hati jangan jadi batu.

mari kita doakan mereka. doa itu paling mujarab. jgn putuskan.


p/s: kalu kau masih xsedar, sila pergi ke wad ICU mana2 hospital,kalu hati kau masih batu, aku minta doa kau disejukkan.

Tiada ulasan: