imbas kembali zaman persekolahan sy dahulu. sy bersekolah di 3 buah sekolah rendah yang berbeza. Shah Alam, Semenyih dan terakhir, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan. di sekolah Balok sy hanya bersekolah di situ selama 1 tahun. dan di sekolah itu juga saya mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan izin-Nya, sy mendapat 4A. (waktu itu subjek Sains belum diambil kira). seingat saya hanya 5 orang pelajar di sekolah itu yg dapat straight A's pd tahun itu.
sejujurnya, saya tidak pernah merasa saya bijak. saya tidak studi 'maut' untuk mendapatkan 4A. saya tidak meletakkan 4A itu 'tujuan hidup' saya di masa itu. saya tidak faham apalah yang terlalu di'excited'kan oleh guru2 di sekolah itu apabila sy dan 4 lg kawan mendapat 4A.
sy pergi sekolah sbb semua orang pergi.
sy pergi sekolah sbb my emak suruh sy belajar.
sy xpernah faham kepentingan ilmu itu pd sy.
dengan keputusan yang dianggap cemerlang oleh guru2 dan rakan2, sy ditawarkan ke Kelas Rancangan Khas di sebuah sekolah di Kuantan, SMART. apa yang saya tahu, saya masuk sekolah itu kerana kedua ibu bapa saya sangat bangga dengan tawaran itu. skrg dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abduk Rahman Talib (SMKART). sepanjang 5 tahun sy di sekolah itu, nama sekolah diubah, pengetua diubah, lambang sekolah ditukar, lagu sekolah ditukar. tapi apa yang mengecewakan saya, saya yang tidak berubah.
tahun 1998, di dalam Tingkatan 3, sy mendapat 7A 2B. niat untuk ke MRSM gagal. dlm erti kata lain, saya tiada pilihan lain selain daripada terus bersekolah di SMKART.
Tahun 1999, Tingkatan 4, sy harus memilih aliran pengkhususan. apa yg sy buat?
oleh kerana sy masih xfaham apa pentingnya ilmu, sy telah memilih aliran Sains Tulen seperti kebanyakan kawan2 saya.
iya.
saya pilih aliran Sains kerana saya mengikut kawan baik saya.
saya pilih aliran Sains kerana saya merasa bangga dengan aliran Sains.
saya anggap aliran Sains adalah aliran paling baik berbanding aliran lain yg ada di sekolah masa itu.
semuanya satu ketidak bijaksanaan sy.
di penghujung tahun 1999, sy sedang membuat latihan ulangkaji Soalan SPM past year subjek Biologi. sy menulis jawapan, (lebih kepada menyalin apa yang tertulis di dalam buku rujukan ke dalam ruangan jawapan di kertas soalan). dan saya berasa muak. rasa nak muntah.
saya bosan.
saya bosan menghafal.
saya bosan menjawab soalan yang tiada penghujungnya.
dalm erti kata lain, saya tak suka subjek Biologi.
:) after almost 1 year Intan?
its too late. dah xboleh tukar aliran.
i am stuck. starting from there, sy jd lemah semangat pd subjek Fizik pula. sy salahkan gurunya yang saya kelim tidak pandai mengajar.
saya tidak suka subjek Kimia, terlalu banyak formula yang perlu dihafal.
semuanya salah guru dan salah subjek itu, tidak pernahnya salah saya.
sy studi last minit. dan Allah itu Maha Adil. what u give, u get back.
tahun 2000, untuk SPM sy hanya berjaya mendapat 1A.
dissapointed.
totally dissapointed with my result.
sy jd cemburu pd kawan2 yg dapat keputusan yang jauh lebih cemerlang daripada saya.
and of course, i blame the school at that time.
haha..kelakar kn.
diri sendiri yg buta dan tidur, tp ttp terus menerus menipu diri sendiri. lebih teruk lg, bukan nk salahkan diri sendiri, tp selalu menundingkan jari pada entiti lain.
saya mengisi borang UPU dengan tanpa apa2 arah tujuan yg hakiki untuk di capai. dengan keputusan yang sebegitu, bukan mudah untuk memenuhi minimum requirement dalam almost all degree application yg sy rasakan sy meminatinya.
sy isi borang UPU sbb semua kawan2 saya isi borang tu.
sy nk masuk U sbb semua kawan2 sy nk masuk U.
sy xmahu ketinggalan daripada kawan2 yg mungkin berjaya melanjutkan pelajaran ke U.
sy xsedar yang hidup bergelar siswazah adalah sangat berbentuk indivualistik.
sy yang akan tanggung jerih perih.
apa berbaloi semuanya ini semata2 krn pandangan manusia?
*senyum sinis*
berkat usaha abah, sy diterima ke UTP.
perasaan saya masa itu: yeay! sy dapat masuk U. sy ada U untuk disebut bila ditanya oleh kawan2, guru2, kezen2, mak saudara2 dan mereka2 yg sewaktu dengannya.
12 Mei 2001, tarikh mendaftar di UTP. satu2nya yg saya tahu tentang UTP adalah namanya. Universiti Teknologi Petronas.
saya tidak tahu letaknya di mana UTP itu.
saya tidak tahu program apa yang akan saya ambil. IS itu Information System. tp apakah maksudnya?
saya tidak tahu kerja apa yg bakal saya sandang dengan ijazah IS ini.
pendek kata, sy masih tidak berubah.
Mei 2001 sampailah Disember 2005 sy berhempas pulas mencari erti kehidupan. mencari diri sendiri. memuaskan hati orang lain. mengikut nafsu anak2 muda yg beroleh kebebasan dr kongkongan keluarga.
Tahun 2006, sy kembali ke Kuantan. saat yg sgt2 sy nantikan. sy fikir sy akan gembira, bahagia apabila di rumah. jauh dr bebanan kelas, bebelan lecturer, assigment, kuiz, project, test, lab dan yg paling penting, no more FINAL EXAM.
:)
tp, erti hidup lebih dari itu wahai insan yang tidak mengetahui.
bumi Allah itu maha luas.
August 2006 - Konvokesyen ke -6 UTP. sy berkesempatan bersalaman dengan Tun M for the first time of my life. I saw him in live, face to face. and he said "congratulations" to me! yeay! i am lucky!
*senyum sampai kembang hidung*
of course, dengan lulusan Ijazah Kelas kedua, tidak memberi ruang yg baik utk sy memperoleh pekerjaan yg baik.
runsing.
surat dari PTPTN sudah tiba di rumah. hutang dunia sudah pun menjerat saya!
bnyk yang berlaku, terjadi, untuk dijadikan cerita, sy telah menyambung pelajaran lagi di UTP.
see, how much u hate, u will come back.
Tahun 2007, sy sekali lagi ke tanah gersang Tronoh, Perak.
kali ini untuk mengejar gelaran MSc pula.
inilah akibat mengejar dunia, kita akan sentiasa mengejar, tidak kan puas, tidak kn berhenti.
tahun 2007 adalah tahun yang menjadikan saya seperti saya sekarang.
sy belajar bahawa peluang kedua sentiasa ada.
sy belajar erti saya.
sy belajar erti Allah.
sy belajar erti Islam.
akan saya sampaikan dengan keizinan Allah di entri yg akan mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan