3 Disember 2010.
:)
masa berlalu sangat pantas, bukan?
di saat ini, semua ahli keluarga saya sudah nyenyak berdengkuran bermimpi di alam 'mati sebentar'. sebentar lagi akan saya menyusul mereka jua.
cuma sekarang, saya duduk menghadap radiasi LCD my Dell yg saya rasakan semakin hari semakin meninggi. apa bisa radiasinya makin menebal?
bertemankan mug Cream Cracker berisi Oolong Tea tanpa gula yg diharap bisa membantu membaikpulih kpd ideal weight.
oh no!
*teringat pd ukuran yg saya baca pd timbangan hari semalam*
:)
sy mmg begini. hatiku bukan kristal. *ceeewah*lebih2 lg hal yg sy rskan peribadi dan menyentuh sensitiviti. kalu perlu saya utarakan kpd umum, akan saya susun ayat yg serapi mungkin, untuk menyampaikan maksudnya tetapi dengan perkataan yg berbeza. bukan straight forward.
contoh:
insan2 hebat dan berani yang lain, bisa menulis berat badan mereka dengan mudah di blog, di fb dan di mana2. saya tidak.
to be true: saya malu.
:)
saat2nya hati saya akan diketahui hitam putihnya, adalah pd insan2 yg saya cintai dan sayangi SAHAJA. titik.
iya.
sy memilih siapa untuk memberitahu my true colours. of course, pd insan2 yg saya percaya. krn formula hidup saya:-
insan yang dicintai = insan yang dipercayai.
contoh insan2 tersebut: orang2 tertentu dr kalangan family dan orang2 tertentu dari kalangan best friends.
jd, krn itulah, apa yg anda baca di blog ini, hanyalah the tip of the iceberg.
hanya 10% dr cheritera hidup saya yg sangat panjang dalam mencari makna sebagai hamba Yang Esa.
saya yakin, banyak insan2 di alam cyber ini juga berfikiran sempit seperti saya.
"kalu nk privacy, buat apa tulis kt blog? semua org boleh baca" ini mungkin terpacul dr idea sesetengah anda yg lain.
well, my answer is, because i LOVE to write.
menulis adalah masa dimana saya boleh diam bersama2 diri saya.
bercakap dengan hati saya tentang kisah lara, duka, tawa dan bergossip juga.. :D
belajar menerima kenyataan.
kerana mempersiapkan diri untuk bangun di esok hari adalah tugas yang paling getir buat saya.
serius.
bukan mudah menjadi saya.
kalau Siti Nurhaliza gementar sblm pertandingan Juara Lagu, gementar saya lebih dari itu.
:)
dalam pekat malam itu ada terangnya.
dalam sunyi malam itu ada muziknya.
yang indah2 belaka.
yang tidak kan dicapai maksudnya selain insan2 yang mahu memahami dan menghayatinya.
Allah jadikan malam dengan sangat indah bukan?
p/s: Oolong Tea sangat pahit. masih ada 18 uncang. teruskan usaha murnimu Intan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan