Selasa, Jun 21, 2011

19June 2011: Happy Father's Day Abah

Intan Najua binti Kamal Nasir

saya akan sentiasa membawa nama ini ke mana sahaja saya pergi di atas dunia ini.

Abah kate, abah bangge sebab mimin dah bawa name die ke Jepun.
Abah kate, abah bangge kalau saya dpt PhD, dapat title Dr. (Insya ALLAH in 2 years more)
Abah tanye, xnak datang rumah die ke?
Abah tanye, xnak datang kebun nangka abah ke?

*menitis air mata*
saya memang lembik bila bercakap tentang amma dan abah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: "Siapakah manusia yan paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?"
Rasulullah SAW bersabda: "Ibumu"
Orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?"
Rasulullah SAW bersabda: "Kemudian ibumu."
Orang itu terus bertanya: "Kemudian siapa?"
Rasulullah SAW bersabda: "Kemudian ibumu."
Orang itu terus bertanya: "Kemudian siapa?"
Rasulullah SAW bersabda: "Kemudian ayahmu."

(Riwayat Bukhari, Musim, Ibnu Majah dan Ahmad)

hadis di atas telah saya jumpa sejak 12 thn. telah saya tulis di atas kertas lalu di selitkan pada cermin almari baju. peringatan buat saya. supaya saya sentiasa akan hormat pada amma.

tapi saya telah banyak lupa.

saya telah banyak kali melebihkan amma dari abah. bukan 3x, mungkin beratus2 x.

saya tak boleh luahkan perasaan apabila merenung uban di rambut dan misai abah.
melihat kedut tua makin bertambah di raut wajah yang dahulunya sangat saya dan adik-beradik takuti.
boleh dikira dengan jari berapa kali setahun saya bertemu muka dengan abah.


saya memang rendah kebolehan untuk mengingati. lebih2 lagi zaman kecil dulu kala.
saya paling kagum pada Abg Adi. Allah bagi kelebihan padanya dalam mengingati apa2 sahaja. jalan2 di Malaysia, cerita zaman kecil2, Pak Cik X, Mak Cik Y, no plet kerete di zaman dulu2 pun Abg Adi ingat.

mama kate, "Abg Adi tu jalan satu Malaysia die tau."

haha. seriusly.

August tahun 2006. Saya dan amma, Abg Adi, Kak Ani, Atuk, Mimin, Ayep datang ke UTP tuk sambut konvokesyen Bsc saya. saya telah sesat menunjukkan jalan ke Ipoh Parade. padahal baru 8 bulan tinggalkan UTP. Abg Adi yang belajar di UiTM Seri Iskandar tahun 1998 pun boleh ingat lagi jalan ke Ipoh Parade.

haha.

hebat kn?

menunjukkan memang jln kt Ipoh xpernah berubah. :D

ok.habis pasal Ipoh.

tentang Abah.
Abah saya.
*sedang mencari memori kecil2 bersama Abah yang bisa saya ingati*

#1:

Saya xingat darjah berapa.
Saya sedang belajar buat latihan matematik. darab.
Saya xfaham kenapa bila 4x3=12, cara kita menulis, 2 diletak di bawah manakala 1 diletakkan di atas.
And seriusly: I am crying because of that.

I am more to scared. takut tak dapat siapkan kerja sekolah. takut cikgu marah.

haha.
*kelakar pulak bila ingat semula*

sampai lewat malam dah. saya sampai xboleh tido.
Abah datang tengok apasal lah saya menangis.
Lepas tu, dia ajarkan.

tidur lena saya selepas itu.

*lagi menitis*

ermm...aper lg..

#2:

Abah bawa saya pergi cabut gigi.
Ya Allah ngerinya dengar bunyi mesin kt dlm bilik tu dr luar. rasa xnak cabut gigi dah.
tapi, Abah belanja makan ais krim lepas cabut gigi.

haha.

budak2.senang je nak pujuk kn.

#3:

kat Genting Highland. naik Roller Coaster. masa kecil2 dulu, suke..tp bile dh besar sikit (sek. ren.), makin penakut pulak. mujur duduk sebelah Abah. bila Abah peluk baru rasa secure.

lepas tu, tobat xmo naik dah.
tp saya naik jugak on 2005 kot. kesimpulan: xterkeluar suara nak jerit takut. terlalu takut.

haha. kali ni tobat sungguh2. memang xnak naik dah Roller Coaster.

#4:

kt Melaka. semua org naik anak kuda sorang2. saya sorang je naik kuda yg dewasa. haha..tp dengan Abah

saya xingat. ni tgk dlm gambar.

#5:

kt Melaka jugak rasenyer. PETRONAS kan selalu buat family day. peritiwa yang menyebabkan saya serik tak mahu berenang dah. hampir lemas. mujur Abah ada.

#6:
masa kecil, rumah kami di Shah Alam. bila balik kampung, mesti Abah drive waktu malam. xnak drive siang, panas katenyer. Apa yang saya suka, Amma akan kejutkan kami adik beradik bila sampai dalam terowong. Kami kagum dengan lampu2. Abes, lampu..kroohh.. :D

#7:
dulu masa susah lagi. sbb kami adik beradik umur rapat. kalu baju hari raya tu semua corak sama. abg adi akan sama warna dengan abg syam. saya akan sama dengan arwah kakak. seronoknyer sbb Amma yang jahit baju.
*bila tgk balik gambar, suka*

tp masa tu, saya teringin sangat nk baju raya beli siap.
skrg, bila dah tua mcm ni, saya nk surah Amma jahit baju, Amma kate mate xnampak sangat dah.
manusia memang susah bersyukur kn.

#8:
masa sekolah menengah, Abah rajin datang bawa mama bg duit belanja pd saya.

#9:
masa saya praktikal di Instep, Kuala Terengganu. Abah buka sheley di Tasik Kenyir. saya ada pergi ke situ dengan kawan2 sekerja.

ini saja yang saya ingat.

sebab sejak saya kecil, Abah dh ada Umi. bila saya 12 tahun Abah ada Mama.

how can i picture my feeling?

masa kecil, saya ada tengok satu movie kat TV. kisah budak boleh pergi ke masa dahulu dan masa hadapan.
i wish i can have the chance too.
i want to go back to where Abah and Amma was happy and fine.
i wish to see what is the cause of their disagreemant that leads to some other things that i wished it never happened.

*wow! i memang ade bakat jd researcher sejak kecil lah*

hahaha..
now i know that i did the right thing by coming back to UTP after 2005.

*senyum dlm hati*

kids,of course, whatever happened in front of their eyes, they can remember it untill they die.

but, as we grow up, we learn more realistic things.
all of our questions, are being answered gradually.
but of course, it does not come easily.
we cried.
we argued.
we screamed.
we laughed.
we smiled.

last week, while i was at home. Amma told me if you want to marry, marry someone who loves you.

*telan air liur*


well, no need to cry over spilted milk.
what's done is done.

*senyum*

nothing that i or we can change.

but, we can plan for future. plan for the best.
and this means, my future husband's criteria has increased.

haha.

dear Abah,

Sorry for less time visiting you.
Sorry for less time 'sms'ing you.
Sorry for less time talking with you.
Sorry for turning down your offer to stay for a night at your house.
Sorry for not visiting your 'kebun nangka' when you invited me.
Sorry for everything.
and
Thank you for everything.

seikhlas hati,
Selamat Hari Abah!
Abah tetap Abah!

perihal bapa



it takes two to have you.
if your mother is your right hand,
father is on the others side.

how do you feel living with one hand?






incomplete.

Ahad, Jun 19, 2011

Waktu mereka sudah tiba, kita belum tahu lagi...

Adikku, Arif bersama arwah Hakim (jaket BUM Equip.) dan arwah Adha (jersi bola hitam kuning) dan Iwan di Bukit Panorama, Sg Lembing. Al-Fatihah buat kedua2 arwah.


Hari Rabu, 15hb June 2011, memanglah tarikh yg bersejarah hitam di dalam hati saya. juga buat adik, Ariff, sesungguhnya bahu yang menanggung, lebih perit, xsiapa yang dapat memahaminya.

saya paling sukakan gambar di atas. saya letakkan di sini kerana saya mahukan kenangan mereka yang indah ini turut disemai di sini. sebagai peringatan tuk kita. bahawa hidup kita ini sangatlah kecil kuman di sisi Allah. Jikalau skrg kita mampu tertawa, barangkali 5 minit kemudian, kita sudah tak bernyawa. semuanya berlaku dengan pantas sekali.


inilah yang Ayep rasakan di hari itu.


ini antara gambar2 yang diambil bersama arwah2 sebelum mereka ke Kuala Kenau yg meragut nyawa arwah Hakim dan Adha buat selama2nya. Al-Fatihah.


lebih perit buat Ayep melihat sendiri dengan matanya kejadian tenggelamnya jasad ke dasar sungai, pisahnya nyawa dari badan.


sekiranya anda dengar raungan suaranya ketika itu, xcukup nak dilambangkan kesesalan yang terbuku di dalam hatinya.


tangan saya sejuk.


betapa berat mcm itu dugaan yg Allah uji pada Ayep. tapi semua ini takdir Allah. masanya mereka bertemu Maha Pencipta sudah tiba. siapalah kita hamba yang hina ni nak menghalangnya. yang pasti ada hikmah-Nya di sebalik semua ini. cuma skrg, di dalam kesedihan, kita belum nampak lagi. Insya Allah, suatu hari nanti.


keluarga arwah Hakim kata pada saya, ini semua adalah takdir. memang sudah sampai masa arwah, tidak pernah mereka menyalahkan Ayep kerana mengajak dan membawa arwah ke sana. Ya Allah, kurniakanlah pahala-Mu dan syurga paling atas buat keluarga arwah yang sangat ikhlas hatinya itu.


*menitis air mata*
*hidung hampir tersumbat*


saya bersyukur kerana adik tidak apa. bersyukur dia masih berada di sisi keluarga kami.


tapi saya tahu, semangat Ayep hilang ketika itu. mulutnya tak henti meminta ampun pada keluarga arwah.


sabar intan sabar.

mari saya simpulkan di sini, pengajaran yang saya pelajari dari kejadian ini:


1. sekiranya anda mahu ke mana2 bersama teman, wajibkan diri meng'inform' keluarga, sahabat terdekat, agar keberadaan kamu di ketahui.


2. apabila ibubapa anda tidak membenarkan, fikirkan dengan mendalam lagi, logik kah kerisauan yang mereka timbulkan? jangan terlalu cepat merasa rimas dengan kongkongan dan bebelan orang tua. kerana sesal kemudian tidak berguna lagi wahai jiwa yang rapuh.

3. harga insan yang kamu sayangi. kerana sekiranya kamu terlambat, yang tinggal hanya gambar2 yang boleh kamu tatap. tiada lagi jasad yang bisa kamu pelukkan.


4. apabila kamu bersedih, kamu sangat lemah. Syaitan sangat suka mengambil kesempatan di dalam keadaan ini. jadi, sentiasalah ingatkan Allah. berjumpalah Ustaz2 untuk penyembuhan hati dan semangat.


5. sokongan keluarga sangatlah penting. sentiasalah doakan yang terbaik untuk ahli keluarga anda setiap kali selesai solat.


6. last but no least, sentiasa ingat Allah, agar kita akan sentiasa bersedia dijemput pulang. Insya Allah.


Al-Fatihah buat arwah Hakim dan Adha.


petikan berita kisah mereka. klik sini

Petua bebas masalah kewangan

Saranan dari penceramah sewaktu seminar PK&K.

dermakan seikhlas hati RM 1 setiap hari di masjid.

jadikan ia tabiat. habits.

and Insya Allah, through out your life, anda takkan terasa terbeban masalah hutang keliling pinggang yang meruncing, dicukupkan semua keperluan tanpa ada rasa xbersyukur, masalah yang menimpa tak dirasa sebagai beban yang teramat sangat.

Insya Allah, hidup anda lebih tenang apabila bebas dari hutang.

reminder keras: habits means jadikan ia sebahagian dari hidup kita. jangan buat hanya ketika kita dlm kesusahan dan meninggalkan apabila senang.

Sabtu, Jun 18, 2011

Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan, Ipoh, Perak

Ahad last week, telah saya ikuti satu seminar pengurusan kewangan dan keusahawanan di INTIM, Ipoh,Perak.

sehabis seminar itu, telah saya berniat tuk mencoret kesimpulan dari ilmu yang dipelajari dari seminar tersebut.

fuh!

rasanya waktu seminar satu hari sebanyak 4 modul itu sangatlah singkat masanya. in future, rasanya bagus sangat boleh dipanjangkan lagi waktu kepada 2 hari seminar. agar dapatlah penceramah memberi tunjuk ajar dengan lebih detail tanpa rasa mengejar masa. malahan, waktu Q & A juga dapatlah dipanjangkan lagi.

Kesimpulan pertama:

tips untuk bebas hutang: sepatutnye hutang kita hanyalah 30% drpd jumlah gaji. sekiranya ianya melebihi 30% drpd gaji, ini bermakna kita tidak mempunyai kewangan yang selamat. contoh hutang2:- kereta, loan rumah, loan peribadi, loan PTPTN (saya tergolong dalam golongan ini..) etc.

sekiranya anda mempunyai banyak hutang tertunggak dengan kad kredit, buat pinjaman peribadi dari mana2 bank. kenapa?
kerana personal loan interestnya rendah dlm 6% setahun , manakala kad kredit bank selalunya caj anda 18% setahun.

look here darling, kad kredit ini sgt merbahaya. ianya sama sahaja seperti Along Bukit Beruntung, cuma mereka ini berlesen tetapi Along Bukit Beruntung tidak. persamaan mereka, riba' yang ditawarkan pada kita adalah sangat tinggi. ( saya gunakan perkataan riba' dengan berterus terang, kerana sememangnya bahasa kita 'bunga', 'faedah' hanyalah bahasa cantik yang dipilih untuk menutupi keharaman riba'. berhentilah terus ditipu)

bebaskan diri anda dr membayar pada Along2 berlesen itu.

tips pembahagian gaji:
apabila mendapat gaji setiap bulan, sepatutnya kita meng'allocate'kan jumlah2 tertentu untuk perkara2 penting tertentu:

tips paling penting: utamakan what you need NOT what you want!!!!

10% - simpanan dalam Tabung Haji
10% - pelaburan dalam Unit Trust contohny. pilih yg Islamic shj.
10% - insurans kesihatan Takaful sahaja. pilih yg Islamic sahaja. ini penting untuk keberkatan di Akhirat.

(sekiranya anda telahpun memiliki insurans conventional, xapa. jangan potong secara melulu. daftarkan diri dengan insurans Takaful, nanti sampai dapatkan sijil, bila dh konfem dlm tangan, baru potongkan insurans yg konvensional itu tadi)

30% - untuk membayar semua hutang2

kemudian barulah kepada bil2 (api,air,phone,streamyx etc), parking kereta bulanan, minyak kereta, smartag, etc.

kemudian barulah pada perbelanjaan kita sebulan.

kalu ada lebihan, lebih baik simpan dari dihabiskan membeli barang2 yg kita mahukan. (i.e. kasut sale di Vincci, Nose)

knp simpanan di dalam Tabung Haji penting? penceramah mensarankan itu.

haha.

tp knp ya?

knp tidak disebutkan melabur dlm ASB? antara ASB dan Tabung Haji, Tabung Haji mmg merupakan interest yg lebih rendah. tetapi ingat! Tabung Haji sudah dikira zakat. (sekiranya wang simpanan anda mencapai tahap patut bayar zakat. nak cerita pasal zakat...itu cerita panjang lagi) manakala ASB tidak. dgn interest ASB yg ditawarkan, apabila anda membayar zakat, tambahan dengan inflasi, nilainya sama seperti Tabung Haji. So, knp xpilih Tabung Haji aja? senang, dh dipotong terus zakat.
sbb kita manusia ini, bila diuji dengan wang yang banyak, akan jadi tamak, kedekut dan beberapa lagi masalah2 jiwa yang lain.

*senyum*

bukannya nak memburukkan, tapi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. takut xdpt jawab bila Allah tanya di Padang Mahsyar nanti.

tentang pelaburan, risiko yang tinggi kalu melabur dalam Stock Exchange. jadi, untuk kita yang kurang ilmu hal2 melabur dan mahu pelaburan yang selamat, boleh pilih Unit Trust sebagai salah satu medium pelaburan. ada juga Unit Trust yang bukan Islamic. jd, kita mesti pandai pilih.

caranya?

pergi bank, dan tanya: saya nk melabur dalam Unit Trust yang Islamic. boleh jelaskan pada saya?

haaa..mesti staff di bank itu sangat berbesar hati membantu anda sbb mereka nk duit masuk.

well, another soalan to ask: di mana bank melaburkan wang saya laburkan di sini?

di sinilah, yang membezakan Islamic dan konvensional. kalu konvensional, mungkin tempat pelaburanya 3D, 4D..etc.. semua yg tidak halal di mata agama Islam.

kalu ada staff bank nk suggest anda pilih yg konvensional kerana pulangan lebih tinggi berbanding Islamic, teguhkan pendirian dan say NO! NEVER!

the most important thing is: untuk keberkatan harta di dunia dan di akhirat, niat kita mestilah ikhlas. niat untuk menjadi kaya agar boleh membantu Islam dan kerana ALLAH semata-mata.

tips menyimpan wang untuk persaraan di hari tua:

nilai wang kita akan jatuh mengikut masa. knp? krn inflasi.
apabila kita mampunyai 20k pada hari ini, 2o tahun akan datang 20k itu nilainya jatuh lebih kurang 50% menjadikan nilainya hanya 10k.

jadi, menyimpan wang di bank bukanlah satu pilihan yang cukup bijak.

yang lebih bijak adalah, membeli emas. anda boleh beli dinar emas, emas jongkong atau emas2 yang dijual di kedai emas, simpankan. nilai emas sentiasa meningkat.. lebih selamat berbanding menyimpan dalam bentuk wang ringgit.

sekiranya anda menyimpan wang ringgit, kene byr zakat, simpan emas pun kene bayar zakat juga, so, baik simpan emas yang akan meningkat nilainya dr masa ke semasa.

apa yang saya coretkan di sini, hanyalah kesimpulan dr seminar satu hari, mmg nampak macam xcukup explaination. saya pun dah hampir lupa apa yang penting. ini adalah antara yg masih saya ingati.

saya belum bercerita mengenai keusahawanan.

secara mudahnya, apabila kita mahu menambahkan pendapatan dengan membuat kerja sampingan, kerja seperti menggerakkan wang juga dapat memberikan pulangan yang lumayan. contoh: Unit Trust Consultant. of course, perlu training dan lesen, tp itu bukan halangan.

apakah maksud menggerakkan wang?

saya kene studi balik.saya dh kurang ingat.
haha

nnt sy dh ingat dan jelas, saya tambahkan.

cukup dululah.

Insya Allah. kita boleh meningkatkan ekonomi kita, agar terjamin ekonomi masyarakat, seterusnya negara kita.

Isnin, Jun 13, 2011

children of heaven



Ali dan Zahraa


saya mendapat tahu kewujudan filem ini dari website SaifulIslam.com. klik sini

untuk mendonlod filem ini di thepriratebay.org sangat sukar apabila berada di dalam lingkungan LAN utp.


jalan termudah: youtube.


:D

haha


nak saya pastekan url ke?

xpayahla.

gugel aje title movie ini. konfem jumpe.


cube belajar buat research sikit..

haha..


the best thing about this movie is:


1. Masya Allah, banyak sungguh mesej yang diselitkan secara halus. indahnya kalau semua orang dapat lihat movie ini lalu memahaminya.


2. filem ini juga cara terbaik untuk mendidik anak2 agar menjaga kebersihan dan kesejahteraan kasut2 mereka. try la..


3. betapa kanak2 itu sangat jujur. mereka sememangnya children of heaven.


4. hidup miskin sememangnya perit, kita lihat dalam movie ini Ali dan Zahraa yang masih kecil terpaksa sama membuat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ayah dan ibunya. but, that is not a bad thing. it teaches Ali and Zahraa a lot of good things... and maybe us..we can learn something from them.


5. sememangya kita takkan tahu apalah rancangan Allah terhadap kita dalam hidup ini. Kita hanya mampu merancang, yang menentukan Allah jua...

cnth: Ali plan nak dapat no 3 dalam pertandingan lumba lari tu sbb hadiah tempat ke-3 ialah sepasang sneakers. dia plan nak tukar sneakers tu dgn kasut tuk Zahraa. tapi, malangnya Ali dapat no 1. ironinya, Ali menangis sbb dapat no 1. budak2 lain menangis sebab kalah xdapat no 1.


Ali tu memang hebat kan...

haha


well, this is #1 recommended movie to watch from my personal point of view.


do watch it and comments.

Selasa, Jun 07, 2011

edited: what drives you?

1st dugaan meng'complete'kan PhD.


after 1 year of intercalation, my GA have been stopped. no more allowances. To get it back, I need to fill in a reinstatement form. this form need to be signed by my SV, my HOD and Director of Postgraduate Studies.

there are 4 supporting documents that I need to attach together with the form. Even my supervisor have helped by preparing a letter to support continuing my GA. Adding to that, our HOD requested for a defense presentation. I presented it twice. at last, he approved my reinstatement for 6 months of GA allowances. Later, I have to present again to continue GA for year 2012.

Alhamdulillah.

at the same time, I feel frustrated.
boleh faham x apa yg sy rs skrg?
pernah x rs mcm org treat kita mcm kita minta sedekah drpd dia?

Alhamdulillah.
sabar intan sabar.

dalam business, you buat pelaburan, you want untung juta2 in return.

academic is academic.

you do research.
your result failed.
you repeat again.
never give up untill you got the right answer.
when this happened, you need more time.
you need more reseources.

how many time Alexander Graham Bell test and failed before he could proved the telephone is possible?
thousands of times.


that is research all about.

when you mixed academic with business, you are underestimating the power of knowledge by downgrading the most special gift from Allah to human kind which is 'AKAL' with the thing that you human created, MONEY.

rubbish mentalty.

the theme for today is:-

what drives you?
MONEY.

rubbish!

the correct one is:-

what drives you?
Al-Quran and As-Sunnah.

sejuk hati dgr...

notakaki: thanks to Aliza for the comment. :)