Hari Rabu, 15hb June 2011, memanglah tarikh yg bersejarah hitam di dalam hati saya. juga buat adik, Ariff, sesungguhnya bahu yang menanggung, lebih perit, xsiapa yang dapat memahaminya.
saya paling sukakan gambar di atas. saya letakkan di sini kerana saya mahukan kenangan mereka yang indah ini turut disemai di sini. sebagai peringatan tuk kita. bahawa hidup kita ini sangatlah kecil kuman di sisi Allah. Jikalau skrg kita mampu tertawa, barangkali 5 minit kemudian, kita sudah tak bernyawa. semuanya berlaku dengan pantas sekali.
inilah yang Ayep rasakan di hari itu.
ini antara gambar2 yang diambil bersama arwah2 sebelum mereka ke Kuala Kenau yg meragut nyawa arwah Hakim dan Adha buat selama2nya. Al-Fatihah.
lebih perit buat Ayep melihat sendiri dengan matanya kejadian tenggelamnya jasad ke dasar sungai, pisahnya nyawa dari badan.
sekiranya anda dengar raungan suaranya ketika itu, xcukup nak dilambangkan kesesalan yang terbuku di dalam hatinya.
tangan saya sejuk.
betapa berat mcm itu dugaan yg Allah uji pada Ayep. tapi semua ini takdir Allah. masanya mereka bertemu Maha Pencipta sudah tiba. siapalah kita hamba yang hina ni nak menghalangnya. yang pasti ada hikmah-Nya di sebalik semua ini. cuma skrg, di dalam kesedihan, kita belum nampak lagi. Insya Allah, suatu hari nanti.
keluarga arwah Hakim kata pada saya, ini semua adalah takdir. memang sudah sampai masa arwah, tidak pernah mereka menyalahkan Ayep kerana mengajak dan membawa arwah ke sana. Ya Allah, kurniakanlah pahala-Mu dan syurga paling atas buat keluarga arwah yang sangat ikhlas hatinya itu.
*menitis air mata*
*hidung hampir tersumbat*
*hidung hampir tersumbat*
saya bersyukur kerana adik tidak apa. bersyukur dia masih berada di sisi keluarga kami.
tapi saya tahu, semangat Ayep hilang ketika itu. mulutnya tak henti meminta ampun pada keluarga arwah.
sabar intan sabar.
mari saya simpulkan di sini, pengajaran yang saya pelajari dari kejadian ini:
1. sekiranya anda mahu ke mana2 bersama teman, wajibkan diri meng'inform' keluarga, sahabat terdekat, agar keberadaan kamu di ketahui.
2. apabila ibubapa anda tidak membenarkan, fikirkan dengan mendalam lagi, logik kah kerisauan yang mereka timbulkan? jangan terlalu cepat merasa rimas dengan kongkongan dan bebelan orang tua. kerana sesal kemudian tidak berguna lagi wahai jiwa yang rapuh.
3. harga insan yang kamu sayangi. kerana sekiranya kamu terlambat, yang tinggal hanya gambar2 yang boleh kamu tatap. tiada lagi jasad yang bisa kamu pelukkan.
4. apabila kamu bersedih, kamu sangat lemah. Syaitan sangat suka mengambil kesempatan di dalam keadaan ini. jadi, sentiasalah ingatkan Allah. berjumpalah Ustaz2 untuk penyembuhan hati dan semangat.
5. sokongan keluarga sangatlah penting. sentiasalah doakan yang terbaik untuk ahli keluarga anda setiap kali selesai solat.
6. last but no least, sentiasa ingat Allah, agar kita akan sentiasa bersedia dijemput pulang. Insya Allah.
Al-Fatihah buat arwah Hakim dan Adha.
petikan berita kisah mereka. klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan