Ahad last week, telah saya ikuti satu seminar pengurusan kewangan dan keusahawanan di INTIM, Ipoh,Perak.
sehabis seminar itu, telah saya berniat tuk mencoret kesimpulan dari ilmu yang dipelajari dari seminar tersebut.
fuh!
rasanya waktu seminar satu hari sebanyak 4 modul itu sangatlah singkat masanya. in future, rasanya bagus sangat boleh dipanjangkan lagi waktu kepada 2 hari seminar. agar dapatlah penceramah memberi tunjuk ajar dengan lebih detail tanpa rasa mengejar masa. malahan, waktu Q & A juga dapatlah dipanjangkan lagi.
Kesimpulan pertama:
tips untuk bebas hutang: sepatutnye hutang kita hanyalah 30% drpd jumlah gaji. sekiranya ianya melebihi 30% drpd gaji, ini bermakna kita tidak mempunyai kewangan yang selamat. contoh hutang2:- kereta, loan rumah, loan peribadi, loan PTPTN (saya tergolong dalam golongan ini..) etc.
sekiranya anda mempunyai banyak hutang tertunggak dengan kad kredit, buat pinjaman peribadi dari mana2 bank. kenapa?
kerana personal loan interestnya rendah dlm 6% setahun , manakala kad kredit bank selalunya caj anda 18% setahun.
look here darling, kad kredit ini sgt merbahaya. ianya sama sahaja seperti Along Bukit Beruntung, cuma mereka ini berlesen tetapi Along Bukit Beruntung tidak. persamaan mereka, riba' yang ditawarkan pada kita adalah sangat tinggi. ( saya gunakan perkataan riba' dengan berterus terang, kerana sememangnya bahasa kita 'bunga', 'faedah' hanyalah bahasa cantik yang dipilih untuk menutupi keharaman riba'. berhentilah terus ditipu)
bebaskan diri anda dr membayar pada Along2 berlesen itu.
tips pembahagian gaji:
apabila mendapat gaji setiap bulan, sepatutnya kita meng'allocate'kan jumlah2 tertentu untuk perkara2 penting tertentu:
tips paling penting: utamakan what you need NOT what you want!!!!
10% - simpanan dalam Tabung Haji
10% - pelaburan dalam Unit Trust contohny. pilih yg Islamic shj.
10% - insurans kesihatan Takaful sahaja. pilih yg Islamic sahaja. ini penting untuk keberkatan di Akhirat.
(sekiranya anda telahpun memiliki insurans conventional, xapa. jangan potong secara melulu. daftarkan diri dengan insurans Takaful, nanti sampai dapatkan sijil, bila dh konfem dlm tangan, baru potongkan insurans yg konvensional itu tadi)
30% - untuk membayar semua hutang2
kemudian barulah kepada bil2 (api,air,phone,streamyx etc), parking kereta bulanan, minyak kereta, smartag, etc.
kemudian barulah pada perbelanjaan kita sebulan.
kalu ada lebihan, lebih baik simpan dari dihabiskan membeli barang2 yg kita mahukan. (i.e. kasut sale di Vincci, Nose)
knp simpanan di dalam Tabung Haji penting? penceramah mensarankan itu.
haha.
tp knp ya?
knp tidak disebutkan melabur dlm ASB? antara ASB dan Tabung Haji, Tabung Haji mmg merupakan interest yg lebih rendah. tetapi ingat! Tabung Haji sudah dikira zakat. (sekiranya wang simpanan anda mencapai tahap patut bayar zakat. nak cerita pasal zakat...itu cerita panjang lagi) manakala ASB tidak. dgn interest ASB yg ditawarkan, apabila anda membayar zakat, tambahan dengan inflasi, nilainya sama seperti Tabung Haji. So, knp xpilih Tabung Haji aja? senang, dh dipotong terus zakat.
sbb kita manusia ini, bila diuji dengan wang yang banyak, akan jadi tamak, kedekut dan beberapa lagi masalah2 jiwa yang lain.
*senyum*
bukannya nak memburukkan, tapi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. takut xdpt jawab bila Allah tanya di Padang Mahsyar nanti.
tentang pelaburan, risiko yang tinggi kalu melabur dalam Stock Exchange. jadi, untuk kita yang kurang ilmu hal2 melabur dan mahu pelaburan yang selamat, boleh pilih Unit Trust sebagai salah satu medium pelaburan. ada juga Unit Trust yang bukan Islamic. jd, kita mesti pandai pilih.
caranya?
pergi bank, dan tanya: saya nk melabur dalam Unit Trust yang Islamic. boleh jelaskan pada saya?
haaa..mesti staff di bank itu sangat berbesar hati membantu anda sbb mereka nk duit masuk.
well, another soalan to ask: di mana bank melaburkan wang saya laburkan di sini?
di sinilah, yang membezakan Islamic dan konvensional. kalu konvensional, mungkin tempat pelaburanya 3D, 4D..etc.. semua yg tidak halal di mata agama Islam.
kalu ada staff bank nk suggest anda pilih yg konvensional kerana pulangan lebih tinggi berbanding Islamic, teguhkan pendirian dan say NO! NEVER!
the most important thing is: untuk keberkatan harta di dunia dan di akhirat, niat kita mestilah ikhlas. niat untuk menjadi kaya agar boleh membantu Islam dan kerana ALLAH semata-mata.
tips menyimpan wang untuk persaraan di hari tua:
nilai wang kita akan jatuh mengikut masa. knp? krn inflasi.
apabila kita mampunyai 20k pada hari ini, 2o tahun akan datang 20k itu nilainya jatuh lebih kurang 50% menjadikan nilainya hanya 10k.
jadi, menyimpan wang di bank bukanlah satu pilihan yang cukup bijak.
yang lebih bijak adalah, membeli emas. anda boleh beli dinar emas, emas jongkong atau emas2 yang dijual di kedai emas, simpankan. nilai emas sentiasa meningkat.. lebih selamat berbanding menyimpan dalam bentuk wang ringgit.
sekiranya anda menyimpan wang ringgit, kene byr zakat, simpan emas pun kene bayar zakat juga, so, baik simpan emas yang akan meningkat nilainya dr masa ke semasa.
apa yang saya coretkan di sini, hanyalah kesimpulan dr seminar satu hari, mmg nampak macam xcukup explaination. saya pun dah hampir lupa apa yang penting. ini adalah antara yg masih saya ingati.
saya belum bercerita mengenai keusahawanan.
secara mudahnya, apabila kita mahu menambahkan pendapatan dengan membuat kerja sampingan, kerja seperti menggerakkan wang juga dapat memberikan pulangan yang lumayan. contoh: Unit Trust Consultant. of course, perlu training dan lesen, tp itu bukan halangan.
apakah maksud menggerakkan wang?
saya kene studi balik.saya dh kurang ingat.
haha
nnt sy dh ingat dan jelas, saya tambahkan.
cukup dululah.
Insya Allah. kita boleh meningkatkan ekonomi kita, agar terjamin ekonomi masyarakat, seterusnya negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan