Isnin, November 14, 2011

Allah punya social networking

macam mana nak berkenalan dengan Allah?

Allah xda fb.
Allah xda Twitter, YouTube channel,email address dll.

sesimple phone number pun xda.

jd, macam manalah nak bercakap dgn Allah.
nk hntar sms pun xboleh.

rupa Allah, kita xtau.
gambar pun xada.

in other words, Allah itu ghaib.
macam mana nak bercakap dengan Allah yang ghaib?
macam mana nak kenal kalu xpernah jumpa?
macam mana nak bercakap kalu xpernah dgr suara?
macam mana nak percaya yg Allah yg ghaib ni boleh jadi pembantu di kala kita dalam kesusahan?
macam mana nak yakin yang Allah akan dengar cakap kita?
macam mana?

*senyum*

apakah yg Allah tinggalkan untuk kita, umat manusia?
Nabi Muhammad SAW dh wafat.

apa lagi yg tinggal?
yg boleh kita sentuh dengan tangan?
yg boleh kita lihat dengan mata?
yg boleh kita baca dengan mulut?
yg boleh kita dgr ayat2 puitis indah berisi nasihat dan pengajaran?


Allah ada satu je social networking.

Al-Quran.

Allah ada seorang kekasih yg paling Allah syg.

Nabi Muhammad SAW.




"saya xfaham Bahasa Arab lah"

xapa. kita punya Al-Quran yang ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu.

untuk kita memahami ayat2 cinta dr Allah, kita perlukan alih bahasa.
hebatnya Allah, kita bercakap dalam bahasa apa pun sekalipun,
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
sekalipun manusia itu bisu, tetap Allah dengar kata hatinya.

kerana Allah itu sangat dekat. sangat.

buktinya:
Surah Al-Baqarah (surah kedua) Ayat 186
yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”.

Surah Al-Qaaf (surah ke-50) Ayat 16
yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"

*senyum*

magic Alah ni.
kita xnampak tp dekat sgt2 dgn kita.

Allah memang Maha Agung, Allah yg cipta alam cakerawala ni, kalu kita xpedulikan Allah, Allah tak rugi sikitpun. tapi kitalah yg manusia yg paling rugi.


Allah xperlukan fb, Twitter or any social networking to be loved and worshiped by human races.

Al-Quran itulah cara pertama untuk kita mula2 berkenalan dengan Allah.


kita orang Melayu, bertuah dilahirkan Islam, agama kita diwarisi dari ibu bapa.
oleh kerana kita org Melayu, agama Islam, jgn rs kita dh cukup agama buat bekalan di akhirat nnt.


darling,
iman tak dapat diwarisi.

iman, Allah yg bagi.
jadi, nak dpt iman, kene mintak kat Allah.
:)

kita belajar subjek Pendidikan Islam kat sekolah selama 13 tahun.
ada yang parents hantar sekolah agama belah petang.
ada yang belajar kat sekolah agama.

still, tak terbanding lagi ilmu Allah yang ada kat dunia ni dengan apa yg telah kita belajar bertahun2.


hurmm...
mulakan langkah dari sekarang.
carila Al-Quran yg berterjemahan.
kalu xboleh pinjam.
beli.
kalu xada duit,khabarkan saya sanggup beri.

bila sudah kamu miliki Al-Quran itu, diamlah bersama Allah.
lihatlah Allah berbicara pada kamu.

cakaplah apa saja pada Allah.
Allah pasti jawab.

semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
amin.

Tiada ulasan: