sedar xsedar dh hampir 3 bulan saya bekerja di McD.
11/9/2012 nnt selamat ulangbulan ke-3 untuk saya
dgn mekdi.
*senyum*
to be honest.
xpernah saya terfikir.
xpernah saya terbayangkan.
saya.
beralaskan master degree akan bekerja di kitchen
mekdi.
saya angankan selama ni,
menjadi lecturer,
mengajar anak2 bangsa
dalam kelas ber' air conditioner'
marking tutorial, exam papers and so on...
bergaji ribu2,
able to buy my dream car and simpan duit tuk bawa
Amma sujud di depan Kaabah.
saya baget sayalah pendidik berjasa.
saya baget saya bisa membalas jasa Amma.
ya.
saya baget bagus.
padanlah dengan muka saya.
Allah berikan saya balasan.
dr bulan 1 hinggalah bulan 6 thn ni,
sayalah paling useless.
saya hanya makan, tido di rumah.
interview xpernah ada reply semula.
sayalah penyebab Amma menggadaikan semua brg
emasnya di bank Rakyat.
sayalah yang memaksa keadaan mimin sehingga dia
xbalik beraya.
sayalah yg menjadi penyebab utama mimin perlu
bekerja penat2 untuk mencukupkan uwang bulanan kami.
kasihan pada Amma, dapatannya anak useless mcm sy.
kasihan mimin, dapatannya kakak yg useless mcm sy.
*hati pecah*
*air mata bertakung*
satu2nya interview yg menerima saya adalah kerja yg
mewajibkan pemakaian yang bukan nilai saya bawakan.
hati saya berbelah bahagi mulanya.
yg sy ada skrg, gajinya rm4.35 per hour.
dulu saya di bayar rm 100 per day untuk
membuat research.
imagine the difference?
*tarik nafas pendek*
saya xboleh bersangka buruk pada Allah.
itu dosa.
*senyum*
Alhamdulillah.
ujian ini, saya harap, saya mampu menanggungnya.
Ya Allah,
kuatkan saya.
tipulah kalau saya katakan saya xcemburu pd kawan
yg sudah berkahwin,
yang punya anak.
yang dulunya status single sama macam saya,
sudahpun bertunang.
Ustaz Don pun dah berkahwin.
(kurang dah seorang lelaki soleh nak buat calon
suami!)
haha.
Amma pun banyak xsehat sejak kebelakangan ni.
saya dah perasan yg Amma selalu sakit sejak
Ramadhan arituh.
sampailah sekarang.
ada hari Amma sehat, Amma nak jalan2 pergi EC Mall.
jln2 di KL.
ada hari Amma xsehat. minta di urut selalu.
terbaring aja.
sambil menunggu mimin di skype.
*hati pecah*
lagi2 bila saya dengar Amma sebut2 nama mimin...
"kesian Mimin,kene kerja nak bagi duit
pada kita."
"Mimin mane? die xonline skype ke?"
"Mimin tido agaknya, dia penat buat
baito"
"Mimin makan apelah agaknya?"
*hati hancur*
bila hati dalam state of melankolik,
rasa kesian sangat pada diri sendiri.
abah dh kahwin dengan Umi sejak saya belum
sekolah.
umur saya 12 tahun, Amma dan berpisah dengan abah.
saya tinggal dengan Amma,
tolong Amma memasak,
berniaga di pasar Ramadhan,
Amma berniaga di depan rumah,
pernah kami jatuh motor..habis dengan semua kuih2
untuk dijual.
saya pernah jalan kaki balik ke rumah dari ko-ku.
tgh panas terik, ntah berapa kilometer.
nak belajar di tempat femes,
nak status belajar di universiti,
rela amik loan ptptn,
sampai skrg, sy menanggung hutang berpuluh2 ribu.
saya xmampu nk bayar...yang saya bayar selama ini
pun
xmampu nk kaver riba' nya.
saya punya angan2 minah jenin,
saya nak buat phd di UK.
saya pun xtahu kenapa, tapi saya jatuh cinta pada
UK.
mungkin kerana cantiknya UK krn bebas dr permodenan
yg sesak nafas.
terdetik cemburu bila lihat fb kwn yg tinggal di
UK,
bersenang lenang bercuti ke sana sini bersama
femili.
all that they have, have always been my dream...
always,
the grass is greener on the other side.
dan sekarang,
master yg saya punya xapat membantu saya untuk
mendapatkan kerja yg sepadan dengan kelulusan saya.
saya hanya bekerja dengan gaji rm 800 sebulan.
still single.
saya ada hutang RM 100 dengan Ayep... itu pun
xmampu saya bayar.
melihat Amma tidur setiap mlm.
adalah pil penenang saya.
melihat Amma masih bernafas,
adalah jantung hati saya.
kadang2,
saya menangis sendiri.
saya telankan suara tangisan saya.
saya cuma mampu menangis dalam gelap,
mengadu pd Allah.
takut untuk hadapi masa hadapan tanpa Amma.
macam2 kami usahakan,
untuk membantu Amma sembuh dr kanser.
saya terfikir untuk membawa Amma ke satu hospital
di mana ntah, lupa.
hospital itu menerima pesakit kanser dan cara
penyembuhannya adalah organik food.
tapi sudah tentu, semuanya berkait rapat dengan
duit.
5 ulasan:
Intan...
Saya cuba menyelami rasa hidup kamu...
tenggelam dalam emosi...
saya faham rasa itu.. sebab saya pun berada dalam jalan yang seakan serupa.
Grad 2007, Dapat RA, continue Msc yang buat sy nak give up. almost 5 years to finish it and failed many job Interviews. Jual nasi lemak dan buat tuisyen.. sekarang ni masih mencari peluang yang ada...
Kita ada DIA.. jangan rasa sendirian...
Fi Amaanillah... :)
Intan...
Saya cuba menyelami rasa hidup kamu...
tenggelam dalam emosi...
saya faham rasa itu.. sebab saya pun berada dalam jalan yang seakan serupa.
Grad 2007, Dapat RA, continue Msc yang buat sy nak give up. almost 5 years to finish it and failed many job Interviews. Jual nasi lemak dan buat tuisyen.. sekarang ni masih mencari peluang yang ada...
Kita ada DIA.. jangan rasa sendirian...
Fi Amaanillah... :)
dear sis dhiya,
*tears*
jzkk for your inspiring words.
Alhamdulillah kerana ada org di luar sana yang sudi mendoakan saya.
:)
mintala mana-mana kolej atau universiti swasta dear. please
Dear Tanpa Nama,
Alhamdulillah.
razeki sudah di IUKL, Kajang.
Allah beri rezeki mengikut masa yang Allah tetapkan, bukan yang kita mahukan.
kan?
Catat Ulasan