Jumaat, Oktober 26, 2012

hari raya korban. berkorban lah apa yg kita sayangi..

saya baru balik kerja tadi pagi jam 2.

*senyum*


sekarang saya masih di alam maya.
berbaju uniform merah McD.
siap name tag.



dear all,



Selasa, Oktober 23, 2012

PhD in UMP?

hari tuh,
saya dan Amma ke rumah abah.
abah adalah abang Abah, tp mmg semua anak2 saudara panggil beliau abah.


abah kata pada saya,
dia boleh carikan duit untuk saya sambung belajar.






*tears*








oleh kerana abah adalah bukan Abah,
saya tak berani bercakap terus yang saya hendak.
walaupun dalam hati...




Ya Allah,
saya terlalu hendak sambung PhD.







saya sudah berkira2
mahu buat clearance di UTP.
saya mahu apply PhD di UMP.



UTP,
hati saya bagai dihiris,
mengenangkan saya tak akan ada sebab lagi untuk ke sana.



walaubagaimanapun,
saya terlalu hendak belajar,
sekalipun abah sudi berkorban membiaya yuran saya,
saya masih perlu memikirkan monthly expenses rumah dan monthly expenses sebagai pelajar.


macam mana jalannya?




semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Rabu, Oktober 17, 2012

mimpi yang membuatkan saya bangkit.

saya sedang mencari kerja.
masih lagi.


sudah tentu saya tak boleh lega hati dengan gaji sekarang.
kerjaan sekarang adalah umpama
"its better than nothing"


saya umpamakan tahun 2012 sebagai tahun gelap saya.
sejak bulan 1 sampailah sekarang,
saya masih menganggur.


Allah sedang mengajar saya erti kesabaran yang sebenar2nya.


minggu depan raya Haji.
saya dah tak mampu nak buat kurban seperti tahun lepas.

dari pihak Amma,
Amma lebih2 lagi terasa serba kekurangan.
dan saya berasa sedih kerana tak dapat memberikan kecukupan.




*paused*








seandainya umur saya masih diizin Allah berterusan  bertahun- tahun lagi,
saya harapkan saya akan membaca entri ini kembali
dengan keberadaan yang jauh lebih baik.
mungkin berada di UK
sedang meneruskan pengajian PhD di situ bersama suami.

dan saya akan berkata sambil menitiskan air mata,
"inilah waktu susah aku yang dulu
syukur aku bersabar dan tak putus asa,
syukur Allah menunjukkan jalan yang lurus padaku,
kalau tidak, takkan aku berada di mana aku sekarang.
Alhamdulillah Ya Allah".




*terus bermimpi*

Selasa, Oktober 16, 2012

dunia kita, macam-macam....

semalam Atuk balik rumah Auntie.


saya tak pasti apa ini bagus atau tak.
 yang jelasnya, rentetan peristiwa sebelum ini adalah sangat unpleasant.



menjaga orang tua boleh memberikan pahala mahupun dosa pada anak yang menjaganya.
siapa yang tak mampu lagi bersabar memang akan angkat tangan.
surrender.


cukuplah dosa yang hidap selama ni.
xnak tambah lagi.



hakikatnya,
kata2 yang benar itu selalunya pahit.
dan, tidak semua yang berani untuk menyatakan kebenaran.
menyatakan kebenaran dengan straight forward.


memang dah adat kita orang Melayu,
cakapnya beralas,
kalau ada yang faham, sampailah maksudnya,
kalu tak, memang meranalah.


dan, saya paling pengecut sebab saya tak berkata apa2 pun.


*paused*







saya memilih untuk diam
saya takut apa yang saya cakapkan bukan yang Allah mahukan saya cakap.

saya tahu Amma hatinya lembut.
saya tahu Amma tak suka gaduh2 sedara mara.


tapi,
tak semua punya prinsip yang sama.



adanya yang lantang bersuara.
membikin sentap pada semua yang terkena.
siapa yang makan cili, dah tentu dia terasa pedasnya.


dan mereka semua melatah.


*well said bro*



jauh di sudut hati saya,
membenarkan kata2 si lantang,
memadankan muka si terasa pedas cili,

tapi itu semua hanya dalam lubuk hati.


yang terus dikritik
adalah si lantang itu.
meskipun yang dilaung adalah benar belaka.


yang pengecut macam saya?




adakah neraka bagi si lantang yang menyatakan kebenaran?
adakah syurga bagi yang senyap dan beralas dalam berkata benar?

dunia kita...
macam2.



semoga Allah tunjukkan jalan yang benar pada kita dan
semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Jumaat, Oktober 12, 2012

Ya Allah, tumpahkan cintaku pada-Mu sebelum ia tumpah pada manusia yang berhak.

ada satu malam tu,
iman saya hancur kecai.

saya menangis,
tapi saya telankan esak dan suara,
hingus yg keluar, saya lapkan sembunyi2.

saya dah biasa buat macam tuh.


dalam hati,
saya mengadu pada Allah.
"Ya Allah, jangan uji saya dengan ujian yang saya xmampu tanggung."
"Ya Allah, ampunilah dosa2 saya"
"Ya Allah, tabahkan hati saya"
"Ya Allah, selamatkan iman saya"


esoknya,
hati saya hilang sebal tentang luka kejam hidup.

kerana Allah yang merawat hati saya.

*senyum*


malamnya pula.
saya ikuti usrah online.

Subhanallah.
Allah itu Maha Besar.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.


isi2 usrah itu adalah jawapan pada keluh kesah saya pada Allah malam sebelumnya.

Allah nak sedarkan saya, saya belum cukup bersabar.
Allah nak sedarkan saya, saya ini ujiannya belum getir dibanding orang lain.
Allah nak sedarkan saya, ujian ini Allah kirimkan kerana penyucian dosa2 saya.
Allah nak sedarkan saya, Allah sayangkan saya lalu saya diuji.
Allah nak sedarkan saya, saya banyak lalai selama ni.


*senyum kecil*

*mata berkaca*


dalam usrah online malam tu,
ada disebutkn buku "Hati Sebening Mata Air" tulisan oleh Amru Khalid.




saya teringinkan buku ini jadi milik saya.
duit dalam akaun xmencukupi.


harap2 gaji hujung bulan ni,
adalah rezeki saya. InsyaAllah.


Semoga kita belajar untuk jatuh cinta pada Allah sebelum jatuh cinta pada manusia.


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Selasa, Oktober 09, 2012

yang mahal itu sabar.

benarlah.
Allah akan menguji kita dengan sesuatu atau seorang yang paling kita sayang.


dalam hidup saya,
yang paling saya sayang adalah Amma.


*senyum kecil*



saya membesar dengan Amma sebagai ibu dan bapa.
Abah ibarat bank.


saya bergaduh dengan Amma.
saya pakai baju Amma.
saya tidur dengan Amma.
seluar dalam saya Amma belikan.
baju kerja saya Amma basuhkan, sidaikan, gosokkan.
Amma massakkan makanan.

segala2nya Amma.



sejak saya sekolah,
saya berazam belajar pandai2,
kerja besar2,
gaji banyak2,

mahu bawa Amma ke Mekah.
mahu balas jasa Amma niatnya.


tapi,
biasalah kita kan manusia biasa.
kita hanya merancang.


saya tak pernah rancang Amma jatuh sakit.
but it did happen.

saya tak pernah rancang pelajaran phd saya terhenti di tengah jalan.
but it did happen.

saya tak pernah rancang untuk menganggur selama 6 bulan.
but it did happen.


saya tak pernah rancang hidup sebulan mengharap ihsan adik.
but it did happen.

saya tak pernah rancang hidup dengan gaji rm 800 sebulan. serba serbi xcukup.
but it did happen.


dan,
saya jadi takut sekarang.
rasanya things are getting worst.


saya takut iman saya hancur.


*tears*

Jumaat, Oktober 05, 2012

I Won't Give Up by Jason Mraz

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts

We got yeah we got a lot at stake
And in the end,
You're still my friend at least we didn't tend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn, how to bend without the world caving in
I had to learn what I got, and what I'm not
And who I am


I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
I'm still looking up

I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We got a lot to learn
God knows we're worth it

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up...





*senyum*