ada satu malam tu,
iman saya hancur kecai.
saya menangis,
tapi saya telankan esak dan suara,
hingus yg keluar, saya lapkan sembunyi2.
saya dah biasa buat macam tuh.
dalam hati,
saya mengadu pada Allah.
"Ya Allah, jangan uji saya dengan ujian yang saya xmampu tanggung."
"Ya Allah, ampunilah dosa2 saya"
"Ya Allah, tabahkan hati saya"
"Ya Allah, selamatkan iman saya"
esoknya,
hati saya hilang sebal tentang luka kejam hidup.
kerana Allah yang merawat hati saya.
*senyum*
malamnya pula.
saya ikuti usrah online.
Subhanallah.
Allah itu Maha Besar.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
isi2 usrah itu adalah jawapan pada keluh kesah saya pada Allah malam sebelumnya.
Allah nak sedarkan saya, saya belum cukup bersabar.
Allah nak sedarkan saya, saya ini ujiannya belum getir dibanding orang lain.
Allah nak sedarkan saya, ujian ini Allah kirimkan kerana penyucian dosa2 saya.
Allah nak sedarkan saya, Allah sayangkan saya lalu saya diuji.
Allah nak sedarkan saya, saya banyak lalai selama ni.
*senyum kecil*
*mata berkaca*
dalam usrah online malam tu,
ada disebutkn buku "Hati Sebening Mata Air" tulisan oleh Amru Khalid.
saya teringinkan buku ini jadi milik saya.
duit dalam akaun xmencukupi.
harap2 gaji hujung bulan ni,
adalah rezeki saya. InsyaAllah.
Semoga kita belajar untuk jatuh cinta pada Allah sebelum jatuh cinta pada manusia.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan