benarlah.
Allah akan menguji kita dengan sesuatu atau seorang yang paling kita sayang.
dalam hidup saya,
yang paling saya sayang adalah Amma.
*senyum kecil*
saya membesar dengan Amma sebagai ibu dan bapa.
Abah ibarat bank.
saya bergaduh dengan Amma.
saya pakai baju Amma.
saya tidur dengan Amma.
seluar dalam saya Amma belikan.
baju kerja saya Amma basuhkan, sidaikan, gosokkan.
Amma massakkan makanan.
segala2nya Amma.
sejak saya sekolah,
saya berazam belajar pandai2,
kerja besar2,
gaji banyak2,
mahu bawa Amma ke Mekah.
mahu balas jasa Amma niatnya.
tapi,
biasalah kita kan manusia biasa.
kita hanya merancang.
saya tak pernah rancang Amma jatuh sakit.
but it did happen.
saya tak pernah rancang pelajaran phd saya terhenti di tengah jalan.
but it did happen.
saya tak pernah rancang untuk menganggur selama 6 bulan.
but it did happen.
saya tak pernah rancang hidup sebulan mengharap ihsan adik.
but it did happen.
saya tak pernah rancang hidup dengan gaji rm 800 sebulan. serba serbi xcukup.
but it did happen.
dan,
saya jadi takut sekarang.
rasanya things are getting worst.
saya takut iman saya hancur.
*tears*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan