Jumaat, November 23, 2012

boikot McDonalds

sejak Gaza diserang dengan kejam last week,
bermulalah era boikot McDonald dengan besar2an sekali.

hati saya pun sakit menengokkan gambar yang ada di FB.
mmg kejam dan keji tentera Zionis!

dan tak kurang jugak hero2 FB yang mengutuk org ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan beger free dari McDonalds.
tak kurang jugak para alim yang berdakwah memboikot McDonalds dengan hujah2nya.


saya bukan nak jadi penentang kempen boikot ni.
please.


tapi,
saya sedih.
sedih sebab ramai orang tak faham keadaan kami, pekerja2 mekdi ni.

petang tadi,
hati saya disayat2 bila saya mencabut poster boikot mekdi yang ditampal di kedai mekdi saya bekerja.
kawan2 saya di mekdi Pekan, nasib mereka lagi sedih, dibaling batu.


wahai pendakwah2, wahai hero2 sekalian,

anda perlu faham satu perkara,
ada lebih kurang 11,500 pekerja mekdi di seluruh Malaysia.


ada yang ada anak2.
nak kene bayar sewa rumah,
nak kena bayar loan kereta,
makan pakai seisi rumah,
itu ini, semua benda pakai duit.


anda berkempen memboikot,
sudah saya terasa impaknya,
hari ini shift saya dikurangkan waktu kerja.

kurang waktu bekerja,
maknanya kurang gaji,
kurang gaji maknanya akan ada shortage of monthly budget.

mak saya sakit kanser,
gaji yang sedikit ni, makin sikit lagi.
macam mana?


hero2 dan pendakwah2 sekalian,
anda perlu pandang hal ini dengan menyeluruh.

apabila tujuan anda mahu zero pelanggan membeli mekdi,
itu bermakna, restoran ini bankrap.
nasib kami macam mana?

saya boleh mencari kerja lain.
tapi,
dapat tak 11,500 pekerja mekdi yang lain
mendapatkan kerja dengan gaji yang sama atau lebih tinggi dari gaji mereka sekarang?
dalam masa yang singkat?


bila anda2 semua mengeji orang ramai yang mengambil beger free,
samelah anda mengeji kami juga, yang bekerja di situ.

kami pun manusia jugak der!
kami pun ada hati.


bila anda mensarankan boikot mekdi,
ada anda fikirkan replacement mata pencarian kami?

saya bukan nak letakkan beban ni atas bahu anda2 semua,
tapi saya nak anda lihat kempen bokit ini dari dimensi yang lagi satu.

cukup jihadkah anda demi saudara kita di Gaza sedangkan nasib saudara di Malaysia melarat?

kalau anda marah dengan statement saya,
saya mohon maaf.

jangan sentap.

bila anda tak ada di tempat kami,
janganlah hina kami sewenang2 jari menekan keyboard!


terima kasih kerana membaca.

1 ulasan:

Syuhada berkata...

Sampai kena baling batu?

Haihh.. Sabo je la. Diorang ni emo tak kena tempat!