Selasa, Disember 07, 2010

zaman tidur mati

terus tidur.

itulah saya di zaman universiti.

punya rumet yang jauh cemerlang dari saya bak panggang dari api. -tp xpernah saya ikut contoh supaya cemerlang sepertinya juga.
punya teman2 yg baik hati. -tp sy xmencontohi.
punya kemudahan tuk belajar. -tp lambat datang lab krn lambat bangun. pernah ponteng kelas tuk tgk series. meniru sewaktu kuiz dan test sbb studi las minit. studi las minit sblm final exam.
punya akses internet di bilik 24 hours. -tp saya habiskan masa berfrienster.
ada intranet di dalam UTP. -saya lebih suka mendonlod lagu di #bingseng dan korean series. berchatting dan ber net meeting sampai pagi.
punya kereta seawal tahun pertama belajar. - sy berewang2 ke JJ ipoh dan bershopping yg kurang faedahnya.
mendapat pinjaman PTPTN. - belanja ntah ke mana. dlm erti kata lain: boros.

bila semuanya mudah, selalunya orang akan senang jadi malas. tidak kan mahu berusaha untuk perbaiki diri supaya jadi lebih baik dari hari ini. jadi buta dengan semua nikmat yg Allah beri. keselesaan yg dikecapi menjadi fantasi indah di setiap hari yang disangka realiti.

berhentilah!

bangun dari tidur!

keberadaan saya di sekeliling insan2 dan teman2 yg cemerlang membuatkan saya menjadi rendah diri. saya berasa saya takkan dapat capai seperti yang teman2 saya perolehi kerana saya memang tidak berbakat.

betapa rendah diri itu boleh membunuh keyakinan diri.
apabila keyakinan diri itu mati, sikap rajin dan usaha turut meninggalkan diri.
tanpa itu, kau tiada apa2.
walau berjaga di siang hari, tidak ada langsung bezanya dengan kau tidur di malam hari.
kau asyik dengan mimpi.
kau juga telah mati.

penyesalan?

ya.

memang saya menyesal kerana tidak pergunakan masa, kesempatan, kemudah dan semua yang saya miliki di suatu masa itu dahulu. tapi, menyesal tidak ada gunanya wahai kawan....

umur bukan makin muda.....

*tarik nafas*

mari saya khabarkan bahawa ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGASIH pada hamba2nya. pada sesiapa sahaja. walau kau adalah Bill Clinton. ALLAH tetap benarkan udara ini kau hirup buat kau terus cergas dan lantas sewenang2nya kau menggunakan otak dan akal yang telah dikurniakan untuk membunuh umat Islam di Palestin.

ALLAH kejamkah? membiarkan insan sekejam itu hidup?
atau
mana2 presiden USA pun yang kejam sebenarnya.

*senyum*

petikan dari lirik lagu Awaken oleh Maher Zain
" yes it's easy to blame everything on the West but in fact the focus should be on ourselves"

*senyum lagi*

setahun selepas grad, saya kembali ke UTP untuk bekerja sebagai Research Assitant. 3 bulan. cukup padat, penat, perit, dikhianati, dipermainkan tapi on top of that i woke up from my sleep.

i am no more sleeping beauty. tiada putera kacak yang akan kejutkan saya dari tidur yang panjang. itu hanya dongeng! dan dongeng bermaksud bukan realiti.

it took me 24 years to be awake.

selepas habis kontrak, saya sambung master di utp. walaupun tujuan utama bukanlah untuk mendapatkan msc degree, tp sy tetap mendaftar.

jika telah Allah tetapkan itu yang akan kamu lakukan, akan kamu lakukan juga walau sebanyak mana kamu benci.

memang benar kamu tidak tahu apa yang baik untuk diri kamu sendiri, hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

semester July 2007, bermulalah perjalanan hidup sebagai pelajar post graduate. di mana saya belajar erti hidup. tanpa erti hidup itu, tidak mungkin saya hidup sampai sekarang.

circle of friends sudah berbeza. in fact, saya tidak punya kawan yang dikenali. saya belajar mengenali karakter dan menilai sendiri mana boleh jadi teman, mana yang boleh jadi kawan biasa. musuh? saya tidak cari itu. tidak kira kulit cerah atau sebaliknya. bukan itu pengukur putih bersih di dalam hati.

berdiri atas kaki sendiri. kalu perlu keluar, sewa kereta, tp oleh kerana budget yang sempit, selalunya menumpang. dan inilah pengalaman pertama saya menaiki bas utp untuk ke pasar malam hari Rabu di Taman Maju. mmg terasa bukan Malaysian apabila berada di dalam bas sewaktu itu. baru saya faham pentingnya bas itu membawa pelajar2 bukan warganegara membeli belah di pasar malam. berjalan kaki pergi dan pulang dari lab walau di waktu malam sudah jadi biasa.

berjimat. barulah saya rasa penatnya belajar sambil bekerja, dengan gaji yang ada. mesti berjimat dengan bijak. budget mesti dibuat setiap bulan agar semuanya mencukupi dan dapat diberi pada orang dan tempat yang sepatutnya.

usaha. research methodology, symposium paper, conference paper, journal paper. semuanya makhluk asing. apakah?? peritnya belajar perkara yang langsung tidak tahu apa2. duduk di lab sampai jam 2 pagi. berbuka puasa di dalam lab. tidur di dalam lab semata2 untuk siapkan symposium paper.

sabar. dimarahi supervisor. dijerkah, ditengking di hadapan teman2 sama kapal.

Cahaya Mataku. yang menjadi perantara antara Dia yang Agung di atas sana dengan aku. mendengar cerita indahnya. melihat kesopanan tingkah lakunya. melihat ketaatannya pada satu Zat yang tak kelihatan. doa2nya sampai ke sana. mengajarku dengan sabar. bertangis dan senyum bersama2ku.

*senyum*
masih kurindukan waktu2 yang berlalu itu.

sehingga sekarang, masih saya terus belajar erti hidup.
jadi ibubapa di luar sana, atau yang bakal menjadi umi dan abah, daddy and mummy, ma dan pa, apa2 saja panggilan untuk kalian,

bantulah anak2mu untuk belajar erti hidup.
jgn disogok dengan wang jika tidak berkesempatan meraikan hari jadi anakmu. wang itu hanya salah satu alat supaya kita boleh hidup. tapi kamu, ibubapanya; adalah HIDUP MEREKA. jangan samakan kasih sayangmu dengan wang. itu hanya akan menghancurkan mereka. leretan kad kredit takkan sama dengan pelukan lembut darimu dikala hatinya gundah gulana.

jgn dimarah jika keputusan peperiksaannya banyak ditulis dengan pen merah.
kita semua tahu bahawa erti hidup tidak ada di dalam silibus sekolah. sistem persekolahan kita benyaknya menyebelahi pada pelajar yang pandai menghafal. jawapannya sudah terbentang dalam buku, tunggu di sedut dan dimuntahkan sewaktu exam. jangan buat anak anda rendah diri oleh kerana ketidak bijaksanaan mereka dalam bidang akademik. jangan diherdik anak BODOH! JANGAN SEKALI2! kalau anak lelakimu minat memasak dan menanam bunga, biarkan. selagi tidak dilakukan yang haram.

Alhamdulillah.
ALLAH jadikan setiap insan itu punya keistimewaan sendiri.
cari dan fahami.
baru mudah menerima dan memberi cinta.

1 ulasan:

kejora berkata...

intan - tidak hilang cinta saya kernaNya...insyaAllah