Selasa, April 26, 2011

pain always thought me the meaning of life

ptg td recived e-mail dr Shell Recruitment Team, seperti yg dijangke, xberjaye ke next interview.

Damn! That e-mail ruined my mood for the rest of the night.

saya adalah manusia...
walaupun saya dh boleh agak yg saya xtak berjaya, tapi bile ditepekkan kebenaran di depan muka, memang rs nak nangis.. haha..

emosional intan mlm ni..haha..

intan +ve: well,rilek intan rilek..ni lah interview job yang pertama. hebat sgt ke, nk terus dpt keje? ni kumpul pengalaman dulu ehh...

intan -ve: tak nak..nak mengadu jugak..nnt bile station Shell tempat ayep kerja buat karnival 7hb May ni, nk mengadu kt En. Azman. haaa...

saya nk jd intan yg mana? +ve or -ve?

rejection is pain.
rejection also means experience in pain.
experienced in pain means I learn a new life lesson.
life is hard.
but, i always learn from mistake.
means, i learn from pain.
pain show me the meaning of life.

so that,
i will strive for happiness from the pain

really, i want to be happy

leave!







leave!







get lost!





please.........




go away.............................................................................

Sabtu, April 23, 2011

hantu sudah penat, tunggu manusia cari malaikat



ni semua salah ayep. ayep yg ajar saya. kalu ikutkan saya yg suci murni ni, xpernah nak tgk video2 macam ni.

haha...

gosh..sy penat tgk hantu.

Jumaat, April 22, 2011

Phone Interview by Shell

just finished phone interview with Shell representatives.
she called at 10.10am and finished at 11.20am, so,if my calculation is not wrong, it takes about an hour and 10 minutes.

first, she said the interview will not take more than one hour, but it exceeded the time limit. haha...ni semua salah saya la. banyak sangat aaa...um....err...what the word arr... dan sebagainya..

haha

inilah experience pertama saya interview kerja, thru phone pulak tu kn. basically, the nervous same saje. haha..tangan sejuk2 genggam ganggang phone. mujur cordless, boleh nyorok2 dalam bilik. oleh kerana nervous, badan automatically tegak sambil mendengar dgn teliti apa yg interviewer tuh cakap.

bezanya cuma, tak perlu travel ke tempat lain ( jimat budget), boleh pakai baju yg anda rasa selesa (contoh: baju kaftan. haha) dan lepas habis interview, boleh terus baring kelegaan atas katil.

hurmm...

lets get serious:
research yg saya dapati drpd internet tentang tips2 untuk phone interview, sangatlah banyak. i expected the question akan sebijik2 mcm dlm internet tetapi sangkaan saya merosot.

soalan yang interviewer tanyekan adalah sangat specific.
contoh soalan:
apakah the greates achievement that i have achieved?
apakah masalah2 yg saya encounter during that process dan how saya overcome those mentioned issues?
apakah feedback dari si A, si B about ur achivement?
and etc etc etc

semuanya sangat berkisar tentang ur experience and ur achivement.

sebelum interview bermula, Miss Su ( the interview's name) explain yg interview ini dibahagikan kepada 3 bahagian.
pertama: (lupe)..something related with ur personal information
kedua: ur experience and achievement
ketiga: case study to assess ur analytical thinking dan ...(lupe)

so, bahagian pertama sangat mudah, sbb lebih pd about urself. mudah je nk bercakap tentang diri sendiri.

bahagian kedua, sangatlah banyak saya buat silap.xmenjawab soalan sampai Miss Su terpakse mengexplain semula maksud soalannya. saya banyak errr..emm...arrr...terlupe certain2 perkataan dalam English yg nak digunakan.perkataan2, ayat2 berbelit2 nk menerangkan sesuatu isu.

in other words; sy gugup dan tergagap2. haha

apa yg membuatkan saya gagap? nervous. dh lame xconverse dlm English. it takes time nk terjemahkan what in my mind yg basically in Bahasa kepada English.

xperlah intan, ini kan baru first interview. ini boleh jadi pengalaman tuk interview2 yg seterusnya. InsyaAllah.

bahagian ketiga:
case study. saya diberi pilihan 4 topik. sy perlu pilih 1 sahaja dan Miss Su akan tanyakan soalan berkenaan topik yg saya pilih td.

topik 1: leadership
topik 2: lupe
topik 3: CO2
topik 4: research and development

jadi saya pilih no 4. itu sahaja yang saya familiar kerana itulah yg saya study for the last 3 years.

in case study, saya perlu membayangkan yg saya adalah CEO sebuah global company dan berfikir secara kreatif dalam problem solving.
antara soalan2 berkaitan R&D
1: apakah advantages and disadvantages of research and development?
2: apa yang saya faham tentang research?
3: apakah kepentingan R&D dalam business?
4: apakah future R&D in ur opinion?

sekian soalan interview
++++++++++++++++++++++++++++++++++

Miss Su then tanya pada saya apakah soalan2 yg saya mahu tanyakan. so I asked 2 qs. katanya samada saya lulus ataupun tidak interview ini, keputusannya dalam masa 10 hari bekerja.

if saya lulus phone interview ini, akan ada satu lagi interview called: Shell Recruitment Day (SRD) where its a whole day interview. The scenario of the interview lebih kurang cam Part 3 dalam phone interview. candidate akan diberi 4 pilihan topik, pilih satu, u must act like u r a CEO of big company, akan ada discussion with group members...etc etc etc

dari situ barulah terjawab samada permohonan saya berjaya ataupun tidak.

well, to be frank, saya rasa saya akan sampai ke level ini sahaja. sbb sy tahu cara saya jawab soalan itu sangat berbelit2...sy pun pelik mcm mana susah sangat nk explain experience saya dalam simple sentence.

*senyum pahit*

kesimpulan yang saya dapati adalah:
-practice ur interview, cuba2 saja dengan soalan yg ada dalam internet, sbb yg penting adalah betapa cekapnya anda berbahasa English. kerana soalan yg ditanya oleh interviewer sangat bukanlah sejibik seperti yg ada di internet.
-mesti rajin studi about the company yg you nak apply.
-jangan segan nk tanya soalan pd interviewer if u ada apa2 kurang jelas. (sy buat interviewer saya ulang soalan sebanyak 3x. haha) sian die kn...beberapa kali say dgr die batuk.

good luck to everyone and to me.
:)

Sabtu, April 16, 2011

Perempuan Berkalung Sorban


filem ini sangat tragis. diadaptasi dari novel tulisan Abidah El Khalieqy. saya teringin untuk membaca novelnya. seperti novel ayat2 cinta, telah saya baca novelnya terlebih dahulu, di dalam Bahasa Indonesia. lagi terasa asli.

isi filem ini sangat halus. terlalu halus. generally, ia membincangkan isu2 penindasan terhadap kaum wanita. bagaimana Annissa berusaha untuk mengubah titik kolot di pasantren milik bapanya. bagaimana susahnya untuk Annissa memahami yg agama Islam sebenarnya tidak memandang remeh pada darjat seorang wanita. yg agama Islam tidak membenarkan sama sekali penindasan terhadap kaum Hawa. segala yg berlaku adalah krn kesalahfahaman dr insan2 yg merasakan diri mereka bijak agama. mereka merasakan merekalah yg layak menegakkan syiar Islam yg sejati. mereka memperkecilkan wanita dengan tanggapan wanita hanyalah untuk menjadi isteri dan menjadi ibu semata2.

apa yang dibaca, hanya novel, apa yang ditonton, cuma filem, dalam realiti, kita akan jumpa ramai Annissa di luar sana... kalu mahu digoreskan setiap kisah Annissa itu di kertas putih, boleh berjilid2, menandingi jilid tebal Harry Potter barangkali.

*senyum*

PERINGATAN.
filem ini berat. untuk menambah kefahaman kita, yg mengucap Syahadah, yg mengaku Islam. bimbang juga kalu Non-Muslim menonton akan salah faham. seelok2nya bagi Non-Muslim yg mahu menonton, silakan mendapatkan penjelasan dari ahli agama yg sebenar2nya. dr mereka yg benar2 tahu Islam. yg memahami Islam. yg mengamalkan Islam yg benar dr Allah SWT.


penting sekali sy rasakan Perempuan Berkalung Sorban di Malaysia juga mendapatkan pembebasan. iya?

Jumaat, April 15, 2011

nafas research dlm kelam



sy baru terperasan yang wujudnya 2 email ini di dalam inbox saya.

sejak saya bercuti, saya sudah jarang buat mail clean up. jd, inbox saya dipenuhi dengan unread emails dan email2 dr jobstreet dan yg lain2 merepek.

sgt surprise dan rs seronok jugak. ada juga gunanya kewujudan saya di dalam dunia research ini.

next step is...xtau. xtau nk buat apa? sy bkn pernah di invite tuk buat book chapter. patut tanye sv dan kwn2 kah?

Isnin, April 11, 2011

Ketika Cinta Bertasbih


petang ni saya melayan filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 di youtube.

personal opinion:

KCB 1: biasa2 saje. ala2 AAC sikit2..dgn suasana mahasiswa Indonisi yg belajar di Universiti Al-Azhar.

KCB 2: best giler! :) :D

baru nampak isi filem itu. saya tak tahu sejauh mana persamaan novel ini dengan filem krn xpernah baca novel KCB.

jatuh cinta pada panggilan 'Bu eh' yakni ibu yang dipanggil oleh anak2nya. sungguh suwitttt :D
Bu eh jugak sangat comel. suaranya juga comel. aduhhhhh.....suka2

kesimpulan filem ini: sememangnya Abdullah Kaerul Azzam itu mmg jodohnya dengan Anna Al... (luper nama belakang Anna)
macam2 terjadi pd usaha Azzam tuk mencari jodoh, ada yg Bu eh xsuka, ada yg ditolak krn adat kepercayaan ibu akan meninggal jika anak ke-3 berkahwin dengan anak sulung. macam2. sampai Azzam dh nk frust. nyaris2 nk kawin ngan Vivi tetapi Azzam xciden pulak.

fuh.

bak kate org2 tue: kalu dah jodoh, tak ke mana.
tapi kan, kalu jodohnya Azzam dan Anna itu berharga dengan kehilangan nyawa Bu eh, agak pedih.

ada jugak part2 dlm filem tu yg buat saya nk tergelak, ada jugak part yg cm terlalu berlakon tp maafkan je. at least they tried.

pd yg sdg mencari, masih belum berezeki ketemu, dan telah ketemu tetapi putus, jgn khuatir, highly recommended to watch so that u will understand yg jodoh yg Allah tentukan itu pasti. hanya masa yg belum sampai.

sabarlah.

kalu jodoh xkemana.

At 300th is my limit

sekampung rombongan ke KLIA. (xder: ayep, tasya n aca)

org JPA called dan informed flight mimin pada 8th April 2011, Jumaat 11.00 mlm. org tu called pada hari Rabu.

too soon.

earlier, mereka ckp flight delayed hingga ke ujung bulan 4. manusia merancang je.

Ketentuan Allah, siapa boleh halang?

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

mimin pun hepi sgt2 sampai kt Fukui. well, his dream..he worked hard for it.

mimin,
jangan main2 kat sane. belajar tetap ada dugaan. cuma sekarang makin jauh, awak xboleh nk balik naik bas ekspres Sani on the spot cm dulu. you have to be strong!

Isnin, April 04, 2011

april in 2011

sumbernya dari sini

Diari si (Budak) Gemuk

“Ooi badak!” kawan saya memanggil.

Tersengih.

Badak pun, badaklah. Itu satu sahaja yang dia boleh kalahkan saya. Saya badak, dia tidak badak.

Saya mula sedar yang badan saya menjadi semakin montel adalah selepas berkhatan. Maka di sepanjang kehidupan sekolah rendah, memang saya sudah dikenali sebagai ‘budak gemuk’. Bagi yang molek sedikit sebutannya, memanggil saya dengan ‘budak montel’. Semenjak kecil, saya sudah mentakrifkan diri saya sebagai si budak gemuk.

Semasa melangkah kaki ke sekolah menengah, saya memulakan perjalanan sebagai budak gemuk.

Budak gemuk yang tidak pandai bermain bola, dipaksa menjadi goalkeeper pasukannya, berakhir dengan tiang gol saya bagi tiada penjaganya. Bola masuk entah berapa biji, angkara si budak gemuk itu. Pengalaman itu melekat di kepala bagai selama-lamanya.

Mungkin makanan di asrama sekolah menengah banyak membantu saya mengatasi hal ini. Sentiasa tidak berselera untuk makan, dan aktif dengan pelbagai aktiviti, saya semakin kurus dan meninggi. Tetapi dari semasa ke semasa, saya sering marah dengan butang seluar atau peha yang ketat. Masih merasakan diri gemuk, tambahan pula dengan berat badan yang tinggi berbanding kawan yang lain. Baru berusia 17 tahun dan ‘kurus kering’, berat saya 76kg.

DI NEGARA ARAB

“Ayam ke daging?” tanya kawan.

“Macam biasa le. Ayam!” jawab kami.

Berada di Jordan, seperti kebanyakan pelajar Malaysia di luar negara, lauknya hampir setiap hari adalah ayam. Ayam, ayam, ayam dan ayam.

Sesekali kalau ada duit lebih, beli daging.

Sesekali rindukan Malaysia, berusaha beli ikan.

Cuaca sejuk, setiap hari masak sendiri. Makannya kalau di luar bermenukan Maqlubah, Nasi Mandi, Syawarma dan Ayam Masywi, rata-rata kami yang menuntut di negara Arab naik berisi. Jadi montel. Selera Arab!

“Teruk Imam tu kena tadi” kata seorang sahabat.

“Kenapa?” saya tertanya.

“Dia berceramah tentang zuhud, jangan tertipu dengan dunia dan macam-macam lagi, tetapi badannya gemuk perutnya boroi. Kena hentamlah dengan jemaahnya sendiri” cerita beliau.

Kasihan… terkasima saya mendengar kisah sahabat itu yang pulang dari mendengar ceramah di sebuah masjid di Amman. Orang Arab memang begitu. Berterus terang. Khatib pun boleh disanggah semasa berkhutbah di atas mimbar.

Namun entahlah, dialog itu amat melukakan hati saya. Sangat melukakan…

Tetapi kegemukan di kalangan pelajar Malaysia jarang diperkatakan kerana sentiasa boleh disembunyikan. Hidup di sebuah negara yang cuacanya sejuk, saya sendiri jarang berbaju selapis. Sentiasa ada jaket yang disarung. Jaket itulah yang menyembunyikan perubahan fizikal. Saiz seluar yang bertambah satu ke satu, ada sahaja saiz Arab yang boleh dibeli. Selama berada di Jordan, pertambahan berat badan berlaku sedikit demi sedikit.

Badak.

Debab.

Semua itu jadi bahan usikan harian. Nostalgia sekolah rendah dahulu datang semula.

“Allah membenci Qari (pembaca al-Quran) yang gemuk!” tersentak saya membaca hadith ini semasa mengaji subjek Mustalahaat al-Hadeeth.

Oh, hadith palsu rupanya.

Saya lega.

Terlupa bahawa hadith itu palsu, tetapi kegemukan saya masih sebuah realiti.

DI NEGARA ORANG PUTIH

Saya sentiasa melihat diri saya sebagai seorang yang gemuk.

Tidak pernah membayangkan gemuk semasa gemuk itu adalah kurus berbanding gemuk yang akan datang.

Namun setiap hari saya sedar yang saya semakin mula mengubah suai penampilan diri akibat kegemukan. Suka berpakaian gelap, berpakaian dua lapis, semua itu adalah untuk menyembunyikan sebuah kegemukan. Terasa diri gemuk, dan dalam senda gurau diberitahu oleh kawan bahawa saya gemuk.

Di Ireland, semasa bertugas menjadi Imam, sedikit sebanyak tubuh badan saya yang agak besar ketika itu membantu menonjolkan diri sebagai pemimpin pada usia yang muda. Jika saya bertubuh kecil, berwajah kanak-kanak, sukar juga mahu menjabat tangan pengantin untuk dinikahkan. Berkhutbah, berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat, bertubuh besar (gemuk) serba sedikit membantu!

Oh, itu kepercayaannya.

Segalanya teruji apabila saya mahu berumahtangga.

Saya yang selama ini sentiasa menyembunyikan tubuh di balik dua tiga lapis baju, bakal berumahtangga, dan buat pertama kalinya menjadi risau dengan kegemukan diri.

Tatkala runsing dengan pelbagai cabaran menjelang perkahwinan, saya makan ini dan makan itu untuk mengurangkan kegemukan. Ada krim yang diiklankan di TV, khabarnya boleh mengurangkan seinci dua kegemukan jika rajin diguna. Saya beli.

Dengan berat badan 100kg, saya mendirikan rumahtangga.

Pengantin yang gemuk.

Gemukkah saya?

Entahlah.

Apa yang pasti, saya melihat diri saya sebagai seorang yang gemuk.

Namun kehidupan beberapa tahun pertama perkahwinan adalah di luar negara. Jarang makan luar, semua masak sendiri, maka segalanya masih dalam suasana yang sihat.

Best betul kalau dapat pergi pasar malam, kan? Boleh beli kuetiaw kerang, favourite abang tu!” saya mengomel dengan isteri.

Rindukan kampung halaman. 11 tahun hidup di perantauan.

DI MALAYSIA

Malaysia disebut Syurga Makanan.

Apa yang tiada? Semua ada.

Rindu masakan Arab, jom ke Rausyah, jom ke Hadramaut, jom ke Saba’.

Rindu masakan Eropah, spaghetti dan pizza ada di mana-mana.

Selain daripada apa yang dimasak di rumah, corak hidup di Malaysia semakin memburukkan keadaan. Makanan di luar yang macam-macam, dan menjadi pendakwah serta penceramah, hampir setiap hari saya diberi penghargaan dengan diberi makan. Makan, makan,makan dan makan.

Maghrib tidak sempat makan, segera ke tempat ceramah, habis ceramah sudah jam 11 malam kadangkala 12 malam, kemudiannya pasti disusuli dengan jamuan ringan. Siapa yang nak mengubahnya? Ia memang protokol tetap semua majlis. Habis ceramah, jamuan. Sebelum ceramah tadi pun, minum-minum bertemankan karipap.

Gemuk.

Makin gemuk.

Benar-benar gemuk.

Saya mula mengalami kemurungan akibat kegemukan.

Malah ia menjadi faktor utama semasa kemurungan itu saya enggan meneruskan kerja di Institut Jantung Negara. Malu dengan diri sendiri. Melihat diri sendiri sebagai calon pesakit.

Pelbagai supplement dicuba, tidak berhasil. Bersenam, susah sekali. Harapkan tangga stesyen LRT sahajalah pemaksa. Namun ia jauh sekali untuk berfungsi sebagai senaman. Hanya tekanan, berkejar-kejaran dan hiruk pikuk di celah manusia yang bagai lautan.

Masuk ke usia 30′an, fisiologi kita juga mula mengalami perubahan. Berbeza sekali dengan usia 20′an. Jenis dan jumlah makanan, keadaan kerja, cara hidup, semuanya memburukkan lagi keadaan. Membeli baju siap pakai sudah lama ditinggalkan. Kebanyakannya mesti ditempah. Dengan kemampuan kewangan yang meningkat sedikit berbanding zaman belajar, boleh pula mencari pakaian di Ebay. Membeli seluar atau baju besar dari negara orang besar-besar.

DENIAL SYNDROM

Kekesalan datang berkali-kali.

Tetapi tidak cukup kekuatan untuk bertahan.

Pada usia 34 tahun, saya sudah mengalami metabolic syndrom. Seboleh-bolehnya pemeriksaan darah jangan terlalu terpeinci. Berpuasa semenjak jam 9 malam, dengan harapan pemeriksaan darah jam 9 pagi esok bagus. Keputusan ‘normal’ penting untuk memberitahu diri yang semuanya ‘normal’. Walhal setiap inci tubuh sedar, ia jauh dari normal. Jika dahulu boleh berceramah 16 slot panjang-panjang dalam tempoh lima atau enam hari, kini tiga slot sehari sudah bagai hampir terputus nyawa.

Sedar yang segalanya tidak normal, tetapi perlu hidup dalam penafian (denial syndrome) kerana jika mengaku tidak normal, tiada banyak perubahan yang boleh dibuat untuk menormalkan kembali kehidupan.

“Di Malaysia ini, makanannya seperti syurga. Senaman jauh sekali. Hari-hari stress dengan kesesakan jalan raya. Politik pula macam sial. Kombinasi semuanya memang mengundang maut!” saya merungut di Facebook.

Akhirnya saya secara rasmi menjadi pesakit diabetik.

Setelah diet tidak berjaya, saya diarahkan oleh doktor agar memulakan pengambilan ubat.

Setahun lebih, setiap hari saya perlu menelan Metformin serta mengurangkan pengambilan gula. Kurang? Kurang banyak makan? Usahkan gula yang di dalam minuman, di dalam makanan pun banyak gula, ikan bakar yang sepatutnya sihat pun rempah atau sosnya berisi gula. Gula di sana- sini. Syukur Alhamdulillah saya tidak merokok, sedikit sebanyak ia tidak drastik memburukkan kesihatan diri.

BANGKIT DARIPADA KEKECEWAAN

Isteri saya seorang doktor.

Suaminya gemuk.

Ustaz pula tu (seperti ramai ustaz dan ustazah lain yang juga gemuk).

Entah apa yang difikirkannya. Entah apa kesan kegemukan saya kepada psikologi beliau.

Namun saya sendiri mencipta bayangan bahawa semakin saya gemuk, semakin rendah kepercayaan isteri saya bahawa saya boleh berubah.

Di usia 35 tahun, kami mula bercakap tentang takaful, segera membeli rumah, wasiat dan tema-tema yang sepertinya adalah persiapan untuk sebuah kematian.

Mahu mati?

Mahu jandakan isteri yang dicintai?

Mahu yatimkan anak-anak yang dikasihi?

Kalau mati gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut taufan atau banjir, tidak mengapa. Ia mengorbankan si gemuk atau si kurus.

Kalau mati kereta dilanggar pemandu gila yang lain, tidak mengapa. Bukan salah kita.

Tetapi kalau mati kerana diri sendiri memandu tidak berhemah, saya yakin kepada derita yang menanti pada kehidupan di kubur dan di Sana nanti. Demikian juga jika mati kerana penyakit-penyakit yang berpunca daripada SESUATU YANG SAYA BOLEH UBAH.

Saya mahu mengembalikan rasa hormat saya kepada diri saya sendiri. Saya yakin walaupun dalam sebulan saya mungkin mempunyai 20 majikan yang berbeza, 20 tukang masak yang berbeza, yang kesemuanya menguasai diri saya, kunci perubahannya masih di tangan saya sendiri.

“Tiada cara lain. Insulin sudah merosot. Kena kurangkan berat badan!” kata doktor di Jabatan Endokrinologi sambil memegang lengan saya, yang mungkin sebesar peha beliau.

Muka saya kelat.

Just do it!

Dengan lafaz Bismillah, saya memulakan program penurunan berat badan ini. Diet 500 kalori sehari, pembetulan hormon, senaman, pembetulan cara tidur, semuanya dihimpun di dalam sebuah regim dengan bantuan seorang doktor. Seluruh kehidupan saya ‘dibentuk semula’. Ia sebuah revolusi. Namun masih semulajadi, dan santun kepada diri, agar kegemukan yang berpunca daripada melanggar Sunnatullah, tidak dibetulkan juga dengan cara yang melanggar Sunnatullah.

Saya mahu menutup diari si (budak) gemuk.

Sebelum diari itu tutup dan tidak buka-buka lagi… oleh sebuah kesedihan yang kekal abadi.

Kegemukan adalah penyakit.

Salah makan adalah maksiat.

Mendurhakai Sunnatullah.

Mengurangkan berat badan adalah sebuah Taubat. Memberhentikan hidup dalam penafian. Kembali kepada sebuah kejujuran.

Jujur dengan diri sendiri.

Wallahu al-Musta’aan…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

================================================

enrti Ustaz Hasrizal ini sangat mendalam. dan saya sedar yg saya memanglah tergolong di dalam golongan gemuk.

saya tahu saya gemuk tapi amatlah terluka apabila perkataan 'gemuk' itu dikata di hadapan muka saya. as if i prayed for this. as if i wish for it. as if i made myself to become 'gemuk' and waiting for people to kutuk2 in front of my face.

saya tahu hakikat saya terbaca entri 'Diari si(Budak) Gemuk' ini bukanlah kebetulan semata-mata. Saya tahu Allah ada rancangan yg Maha Hebat.

saya tahu sesuatu perlu dilakukan tentang si Gemuk di blog ini.

mesti!

Ahad, April 03, 2011

biar tak nampak.tak apa.

tagline Saiful Islam - erti hidup pada memberi

:)

ringkas tapi mendalam.

ada sesiapa tak yang mahu jalani dan habiskan hidup untuk memberi SAHAJA.

atau ada tak yang terfikir untuk berbuat sedemikian walau sedetik?

nanti akan mengeluh manusia2 ini.
penat memberi
penat penat
tak dapat apa2 pun.

sbbnya manusia akan penat memberi adalah kerana balasannya tak terlihatkan.
balasan yang baik itu tak terpegang.

Allah janjikan pahala 70,000 pada umat-Nya yg membaca walau satu huruf di dalam Al-Quran.

bacakan Bismillahhirrahmannirrahim
bacakan Subhanallah
bacakan Alhamdulillah
bacakan Allah Akhbar
bacakan Lailahaillallah

berapa ribu pahala yg kita dapat? ada terlihat? ada terpegang? ada terhembus?

tiada

kerana manusia suka melihat, suka memegang, suka merasa.
mahu yang nampak di mata.

saya yakin, andai Allah turunkan pahala on the spot dalam bentuk emas, pasti sudah, semua manusia akan beragama Islam.

jadi, kalu begitu, manalah nak diketemu hamba yg benar ikhlas beribadat pada pencipta-Nya?

pokoknya,
jangan rs malas
jangan rasa malu
jangan takut
jangan ada apa2 halangan di dalam hatimu untuk menurut tuntutan agama

semuanya Allah kira.
kita saja yang tak nampak

walau kita berbuat baik, lain yang dapat nama
tak apa
Allah tahu.

kita yang tak nampak.