Ahad, April 03, 2011

biar tak nampak.tak apa.

tagline Saiful Islam - erti hidup pada memberi

:)

ringkas tapi mendalam.

ada sesiapa tak yang mahu jalani dan habiskan hidup untuk memberi SAHAJA.

atau ada tak yang terfikir untuk berbuat sedemikian walau sedetik?

nanti akan mengeluh manusia2 ini.
penat memberi
penat penat
tak dapat apa2 pun.

sbbnya manusia akan penat memberi adalah kerana balasannya tak terlihatkan.
balasan yang baik itu tak terpegang.

Allah janjikan pahala 70,000 pada umat-Nya yg membaca walau satu huruf di dalam Al-Quran.

bacakan Bismillahhirrahmannirrahim
bacakan Subhanallah
bacakan Alhamdulillah
bacakan Allah Akhbar
bacakan Lailahaillallah

berapa ribu pahala yg kita dapat? ada terlihat? ada terpegang? ada terhembus?

tiada

kerana manusia suka melihat, suka memegang, suka merasa.
mahu yang nampak di mata.

saya yakin, andai Allah turunkan pahala on the spot dalam bentuk emas, pasti sudah, semua manusia akan beragama Islam.

jadi, kalu begitu, manalah nak diketemu hamba yg benar ikhlas beribadat pada pencipta-Nya?

pokoknya,
jangan rs malas
jangan rasa malu
jangan takut
jangan ada apa2 halangan di dalam hatimu untuk menurut tuntutan agama

semuanya Allah kira.
kita saja yang tak nampak

walau kita berbuat baik, lain yang dapat nama
tak apa
Allah tahu.

kita yang tak nampak.

Tiada ulasan: