Sabtu, April 16, 2011

Perempuan Berkalung Sorban


filem ini sangat tragis. diadaptasi dari novel tulisan Abidah El Khalieqy. saya teringin untuk membaca novelnya. seperti novel ayat2 cinta, telah saya baca novelnya terlebih dahulu, di dalam Bahasa Indonesia. lagi terasa asli.

isi filem ini sangat halus. terlalu halus. generally, ia membincangkan isu2 penindasan terhadap kaum wanita. bagaimana Annissa berusaha untuk mengubah titik kolot di pasantren milik bapanya. bagaimana susahnya untuk Annissa memahami yg agama Islam sebenarnya tidak memandang remeh pada darjat seorang wanita. yg agama Islam tidak membenarkan sama sekali penindasan terhadap kaum Hawa. segala yg berlaku adalah krn kesalahfahaman dr insan2 yg merasakan diri mereka bijak agama. mereka merasakan merekalah yg layak menegakkan syiar Islam yg sejati. mereka memperkecilkan wanita dengan tanggapan wanita hanyalah untuk menjadi isteri dan menjadi ibu semata2.

apa yang dibaca, hanya novel, apa yang ditonton, cuma filem, dalam realiti, kita akan jumpa ramai Annissa di luar sana... kalu mahu digoreskan setiap kisah Annissa itu di kertas putih, boleh berjilid2, menandingi jilid tebal Harry Potter barangkali.

*senyum*

PERINGATAN.
filem ini berat. untuk menambah kefahaman kita, yg mengucap Syahadah, yg mengaku Islam. bimbang juga kalu Non-Muslim menonton akan salah faham. seelok2nya bagi Non-Muslim yg mahu menonton, silakan mendapatkan penjelasan dari ahli agama yg sebenar2nya. dr mereka yg benar2 tahu Islam. yg memahami Islam. yg mengamalkan Islam yg benar dr Allah SWT.


penting sekali sy rasakan Perempuan Berkalung Sorban di Malaysia juga mendapatkan pembebasan. iya?

Tiada ulasan: