forgiveness
is a beautiful thing.
saya rasa kita akan hanya faham erti manisnya kemaafan
apabila kita sendiri yang pernah seleweng
dan kita tiada apa2 selain kemaafan untuk dipinta.
bila kita xperlu byr sejuta untuk saman malu.
bila kita xperlu dipenjara untuk jenayah yg berlaku.
bila kita xperlu digantung untuk satu nyawa yg hilang.
bg kita yg dizalimi,
ironinya kita sendiri belum arif tentang 'forgiveness' itu
jasadnya.
rohnya.
kerana yg menuduh dan dituduh adalah 2 perkara yang berbeza.
apabila yg dizalimi tidak bisa memberi kemaafan,
maka dengan itu,
tarafnya jatuh kepada zalim.
ini cakap saya,
kalu tak setujukan,
tak apa.
yg sy ingat..dan suka..ini dia;
A: "maafkan saya bang. saya tak sengaja"
B: "ape maaf2? kalau maaf tuh bermakne, tak payah orang buat balai polis! tau tak?!!"
tak ingat dah, dari filem apa. terlalu lama.
Mr. B silap. Maaf sangatlah tinggi makna dan darejatnya.
sbb tu Allah minta hamba-Nya bertaubat. cukup.
tiada wang yg perlu dibayar.
tiada nyawa yang perlu dikorban.
tiada buah kelapa yang perlu dipecahkan.
tiada sungai yang perlu dikotori dengan dosa2 kalian.
kalau kita dah silap.
Allah minta kita minta maaf saja pada-Nya.
nasuha.
ikhlas dari hati.
taubat yang sungguh2.
ada kalanya, selain minta maaf dr Allah,
kita mesti minta maaf pada org juga.
yg penting.
mesti dari hati.
taubat yg tak hingin ulang lagi dosa2.
cuma kita.
kita yang makin kurang gunakan hati untuk kemaafan.
kita banyak guna hati untuk kebencian dan dendam.
kalau kita tak dapat beri kemaafan,
salah kita.
bkn salah si penyeleweng.
selalu dalam filem dan drama Melayu ada skrip cliche macam ni;
C: "kalu si D tak sembah sujud kat kaki aku, jangan harap aku nak ampunkan dosa2 dia pada aku!"
kadang2 mcm ni:
E: "aku harap kau terime balasannye atas semua yang kau buat pada aku...setannnn!"
atau yang ni:
F: "padan dengan muke kau! baru puas hati aku sekarang! dulu kau halau aku macam anjing, kau ingat lagi tak? ha? sekarang anak kesayangan kau sendiri yang buat pada kau. inilah balasan Tuhan pada orang macam kau!"
apa yang Mr. C cakap, ramai yg pernah fikir.
saya pun.
tapi,
bila Mr. D xpernah insaf dan xpernah minta maaf dgn cara yg Mr. C nak, Mr. C dapat apakah?
tambah sakit hati.
tu je.
bkn dpt duit pun.
letih sebenarnya hidup mcm Mr. C
hidupnya xpernah rasa aman dalam hati.
memberi kemaafan tu terlalu berat.
kita perlu belajar lagi satu darejat tinggi kemaafan, iaitu;
memaafkan tanpa perlu tunggu ucapan maaf dari si penyeleweng.
sebagaimana Allah menunjukkan rasa Maha Kasih dan Kasihan pada hamba-Nya,
minta maaf, nescaya Allah ampunkan.
apatah lagi sesama manusia,
maafkan sajalah.
Allah cipta kita memang macam tu.
kita boleh memaafkan..
kita boleh.
cuma belum jumpa caranya aje.
caranya berbeza ikut individu.
ikut degree kesalahan.
cara paling mudah nak tau,
tanya pada Allah.
dan kalaupun,
kita dah minta maaf dengan ikhlas
sampai keluar air mata darah
sampai jadi putih darah ala2 Mahsuri
tapi dia tak mahu beri kemaafan jugak,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kisah ape?
Allah xkate kene minta maaf sampai org tu maafkan kite.
Allah kate minta maaf dgn ikhlas je.
jgn serabut2 dgn perkara yg diluar kawalan tangan kita.
hati orang bukan remotenya kita pegang.
Allah yg pegang.
teruskan doa kat Allah lah.
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.
Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan