Jumaat, Mac 30, 2012

terus kuat!

kisah mencari kerja
di zaman sekarang.

bila nak minta kerja yang setaraf dgn degree,
'sori, u doesn't have experience'
or
'sori, ur pointer doesn't fulfill our requirements'


bila nak minta kerja yang lebih rendah,
'sori, ur qualification is too high'
or
'sori, kami nak hire pekerja tetap, bukan sementara'

ok. fine.

*ni nk marah ni*


tapi, kene sabar.


*sabar intan sabar*


tapi, iman saya berkecai sangat hari ni.



*paused*





saya boleh kena penyakit murung.
kata2 manusia boleh buat manusia lain jatuh sakit.
cukup dengan guna mulut.
cukup dengan pilihan perkataan yg separa kejam.
(xperlu guna caci maki pun)
cukup dengan letakkan perkataan 'TAK' dihadapan perkataan yg positif.

contoh:
tak hormat.
tak pandai.
tak layak.
tak sesuai.

inilah cara membunuh saudara yang paling murah.


xpayah cucuk dgn pisau.
xpayah cucuh api.
xpayah upah orang pun.jimat duit.


cakap je.
bunuh hati dia.
automatically jasad dia xhidup.

cara2nya:
cakap sampai bagi orang tu putus harap dan rasa dia useless.
dan, selepas itu, dia akan percaya semua 'tak' yang awak cakapkn pada dia adalah diri dia yg sebenar.
walla! u've killed a person without killing them!




*keluh pendek*



sbb mcm inilah,
Allah dah bagi warning siap2.
sejak beribu2 tahun dulu.

'mengumpat lebih teruk dari membunuh'



*mengeluh pendek*



jadi untuk jahitkan semula serpihan iman saya,
saya kembali pada Al-Quran.
saya baca translatation surah Matahari;



As-Syams (Surah 91) yang bermaksud;

[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2] Dan bulan apabila ia mengiringinya;
[3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
[4] Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
[5] Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

ini 7 ayat pertama dalam surah Matahari.
sebanyak 7 ayat ni, Allah tunjukkan betapa besarnya kuasa Allah mampu bina semua matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan manusia tanpa perlu pertolongan zat apa pun.

ciptaan Allah yang eloknya tak ada tanding. tak ada banding.


*paused*


betapa besar kuasa Allah yang bina langit, bumi, matahari yang panas supernova, dengan bulan lagi, Allah xberikan saya kerja pun.


*ah sudoh*

tengok intan.
kate nak kuatkan semangat.


tengok2.
tengok cara syaitan iblis hasut cucu Adam.


Astaghfirullah hal'aziiim.


kalu mintak 100, 100 Allah bagi.
dh mcm Allah ikut arahan kita pulak.
xjadi lah Allah tu Tuhan.
xjadilah kita hamba.



sbb kita hambalah, kita kena selalu minta pada Allah.
sbb Allah tu Tuhanlah, Allah yg tentukan bila nak bagi.

kalu ini caranya Allah nak sedarkan saya yang saya ni hamba,
saya mengaku,
saya memang hamba Allah.

tapi, saya nak extra lagi sikit.
saya nak jadi hamba Allah yg Allah sayang.
boleh?





Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Tiada ulasan: