Jumaat, Mei 25, 2012

aku yang berdosa

malam ini saya nak menceritakan tentang lembiknya iman.


saya dah rasa perkara macam ni lama dah.
apabila saya pulang ke Kuantan untuk menjaga Amma,
saya sudah lepaskan banyak perkara.
saya sabarkan sbb perkara2 itu boleh saya kompromikan.

tapi ada satu perkara yang saya memang xboleh kompromi.
saya mahukan masa saya dengan Allah.
saya mahu berbulatan gembira.
saya mahu bersolat dengan khusyu'.
(demi Allah, terlalu sukar khusyu' apabila di rumah sendiri)
saya mahu selamatkan pandangan mata saya dari semua rancangan realiti yang selalu Amma tonton.
including Indon series, Filiphine's series, Malay's series Propaganza, Melodi dan lain2.

kadang2, saya sedang solat, saya dengar nama saya dipanggil.
Ya Allah.
Saat itu cuma Allah saja yang tahu betapa saya mahu menangis.
Saya mahu masa bersama Allah,
tapi saya selalu tergelincir dari landasan khusyu'.

nak buat jahat, mmg mudah.
nak buat baik, mmg susah.

saya penat kadang2.

saya mengadu pada Allah dalam sujud.
saya sedih kerana belum dapat kerja.
saya sedih kerana belum berjodoh.
saya sedih kerana duit selalu xcukup.
saya sedih kerana cemburu pada rakan2 yg ada semua yang saya idamkan.
saya sedih kerana impian saya yang saya pendamkan.
saya sedih kerana Amma sakit belum sembuh2.
saya sedih kerana Amma sedih bila saya belum dapat kerja.
saya sedih kerana saya buat Amma sedih.
saya sedih Amma xfhm niat saya berbulatan gembira.
saya sedih Amma xkenan usrah saya.
saya sedih Atuk macam ni.
saya sedih Abadi macm tu.

hati saya hancur setiap kali melihat raut wajah tua Amma.
saya rasakan saya terlalu banyak dosa pada Amma.
saya rasakan saya xtunai janji saya untuk jaga Amma dengan terbaik.



saya sedar ini lah perjalanan saya sekarang.
saya sedang merangkak,
atas kaca.


saya sedar Allah sedang uji saya.
cuma saya ni cepat habis sabar.
saya mahu recharge. saya ke bulatan gembira.
itupun ada yang xkenan, xizin.

itupun ujian Allah jugak.




*mengeluh*



saya rasa saya sorang2.
saya takut nak mempersoalkan kenapa.
xbaik.
Allah dah berikan keluarga yang paling terbaik buat saya.
saya mesti bersyukur,
bukan komplen terus menerus.



kadang2,
saya rasa nak lari.


kalau Allah rezekikan kerja di luar negara,
sumpah saya pergi.




Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: